Showing posts with label (E=Mc2). Show all posts
Showing posts with label (E=Mc2). Show all posts

Friday, 29 November 2013

RINDU, SERINDU SERINDUNYA

Bismillahirrahmanirahim.
Alhamdulillah atas kurniaan helaan nafas yang masih berhembus.Segala nikmat dan ujian yang dalam sedar atau tidak terkadang jarang dihambur kata syukur.
Selawat dan salam buatmu junjungan Nabi tercinta, Muhammad Al-Mustofa beserta ahli keluarga dan mereka yang mengikutimu sampai akhir zaman.

Tentang cinta dan rindu.
Dulu, sebelum kenal cinta, memang langsung tak ambil peduli.Tapi bila dah meningkat remaja setiap insan yang bernama manusia mesti tidak lari dari punya perasaan benci dan cinta.Fitrah.Tapi ia fitrah yang kadang-kadang boleh jadi fitnah.Fitnah besar dunia.Allahu~

Bila datang cinta, pasti ada rindu.Alhamdulillah, sekarang ini, di saat jari laju menaip papan kekunci, si empunya diri telah Allah anugerahkan satu nikmat pelengkap agama seperti sabdaan Nabi junjungan.Ya.Suami.

Bila berjauhan seperti sekarang, hati yang dulu menjaga agar rindu hanya untuk sang suami, kini betul-betul untuk dia.Allah Allah.Siapa yang mencipta perasaan indah ini kalau bukan Rabbul Izzati.
Simpan biar untuk yang halal.Tak rugi insyaAllah.

Aku bersyukur, Allah kurniakan dia untuk diri yang serba serbi kurang.Tiada apa-apa melainkan apa yang Allah beri.Ada hikmah atas aturan Allah ini, aku selalu ingatkan dan pesan pada hati.
Tapi, bila sampai satu tahap, bila hati ini merintih merindui dia, ditambah sedang berbadan dua, aku tahu, ada sesuatu yang kurang pada cintaku, pada rinduku.Aku cari.Bukalah segala macam buku yang walaupun tidak semua kubaca, laman sesawang, media sosial sekalipun, akhirnya aku jumpa. Allah…
Aku manusia lemah Tuhanku.Aku lupa yang mencipta rindu itu, yang menjentik cinta itu ENGKAU.Yang menitip kasih dan menyemai sayang pada sesama manusia itu juga ENGKAU.YANG MAHA PENGASIH DAN PENYAYANG.Aku lupa.Ya…

Cinta pada manusia itu, yang walaupun pada dia, si separuh  jiwa kita tetap fana.Tidak kekal.
Dan kalaupun mahu kekal sampai syurga, letakkan cinta agung yang tertinggi pada DIA.Pada RasulNya.
Salurkan cinta pada si separuh jiwa itu untuk gapai cinta DIA, cinta Rasul.Arahkan rindu dendam bonda dan anak solehnya itu pada merindui DIA dan RasulNya.Baru Allah balas dengan yang kupanggil dengan DUA CINTA.CINTA DIA DAN RASULNYA, juga CINTA MANUSIA.

Bila doa pada Dia, mohon agar dijaga cinta ini, rindu ini hanya untuk si separuh jiwa, doa sekali moga ia mengalir kepada mencintaiNya dan RasulNya.Moga-moga bila berjauhan, rindu itu bukan kosong.Walaupun jauh tetap terisi dengan DUA CINTA.
Mula-mula memang susah mendidik hati, tapi lama-lama dia akan jinak juga.Ingatkan dengan janji-janji DIA yang tidak akan mensia-siakan cinta hambaNya.Nah.Hati akan senang, tenteram dan tenang.Alhamdulillah.

Indah.Berjauhan mendidik hati dan jiwa.Untuk si separuh jiwa, terima kasih habibi albi.Kerana dengan hadirmu, telah hadir sekali hikmah.Terima kasih Allah.Engkau hantar si separuh jiwa hamba itu untuk hamba kenal erti DUA CINTA.Kuatkan hamba Ya Rabb.

Bagi yang turut merindu seperti sang perindu ini, terus doa untuk si separuh jiwa kita itu.Doa sekali agar Allah lorongkan pada cintaNya dan Rasulullah.Indah, insyaAllah.Belum campur ujian dan nikmat lain lagi.Mudah insyaAllah.Wallahu yubarik fikum, wallahul musta’an insyaAllah.
Dan untuk yang belum sah berpunya, yang belum pun jadi sang perindu halal untuk si separuh jiwa yang halal, belum masa merindu dendam.Tu, hulurkan tangan bukakan hati seluasnya untuk sambut cinta Allah dan Rasul.InsyaAllah, yang baik untuk yang baik-baik juga.Allah dah janji.Rabbunal musta’an, insyaAllah.

Moga-moga yang tertulis ini kali tidak kosong.Ia boleh jadi jariah dan sebaliknya.
Moga-moga Allah terima,insyaAllah.


hamba yang hina.
May Allah bless us
NisaJauri
Malaysia (bilalah lagi cairo)
0130am

Wednesday, 2 October 2013

UNTUK DIA :)


[Untuk dia yang masih sangat kecil]

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha penyayang.
Tiada daya aku meminta dan memohon hanya daripada Mu, Ya Rahman.


"Ya Allah peliharalah anakku selama ia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhan Mu, Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperut ku dengan rupa yang baik, dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada Rasul-Mu.

Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah panjangkanlah umurnya sihatkanlah badannya, dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad SAW, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam". 
Ameen.
Allahumma ameen.

[dari buku "Amalan ketika Mengandung", Abu Afiqah]



Wednesday, 5 June 2013

The serious spills~



::BUKAN SEMUA GULA-GULA KAPAS::

Bismillah.
Alhamdulillah.Thank you Allah for all the ni'mah and mehnah yang telah diberikan.Kami diuji kerana Kau sayang pada kami.
Dan tiada satu pula yang Allah turunkan itu sia-sia.Semua pasti ada hikmah tersirat yang kadang-kadang kita boleh rasa atau mungkin kekal jadi rahsia.Alhamdulillah.



And hey there! It has been so long since my last keluhkesah, random rant, out and spills.
Memang dah lama sangat kalau nak dikira dengan jari masa entry terakhir dengan yang ini.Alasan; sibuk.Internet broadband lambat serupa siput.And the rest is history~...
Tapi, Alhamdulillah.Ini ada random out and spills lagi yang rasa nak dikongsi pada semua.Walau kadang-kadang rasa macam tulis dan baca sendiri je gayanya, but it's okay then.(heh, dulu kata tak berani nak tulis belog sebab tak tahu nak cakap apa, dan sekarang laju je jari jemari menaip ntah apa-apa). Well, sebab diri yang hina serba serbi ni rasa nak kongsi.Walau apa yang tercoret ni mungkin tak bagi faedah banyak pun.

Emm, kali ini nak masuk fasa -mari serious- sekejap.Kira this entry is one of those serious soundalike entry la. To begin with, we'll spell it like kanak-kanak sekolah rendah diajar mengeja. M.A.R.R.I.A.G.E. Yang dalam bahasa Melayu kita sebut PERKAHWINAN. Ohho, hold it right there. (Told ya).


eheh *angkat2 kening*

Ya.Perkahwinan tu memang satu benda yang serious.Bukan main-main macam kecik-kecik dulu main kawen-kawen dengan anak jiran sebelah rumah.Pernah dulu, bila masih dibangku menengahan, masa tengah duduk sembang benda ni, kawan cakap "Kawen ni bukan benda main-main.Bukan untuk sehari dua punya cerita.Tapi untuk sepanjang umur kita yang dengan si dia tu.Seumur hidup."

Dan betullah.Bila umur dah meningkat tua sikit dari remaja belasan tahun ni, bila dah dekat nak bermajlis (-_-), macam-macam rasa datang.Macam-macam benda fikir.Kalau dulu, masa asyik baca novel yang tak berapa cintan cintun pun, duduk bayang, oh kalaulah si bakal incik suami seperti: 
A) Carl Duke Adam 
B) Benji 
C) Along serbia (mind the serbian thingy)
D) Lee 
E) A.O
and etc~ memang kahwin dengan novel je lah terus kalau cenggitu gaya angan-angan.
But, hey me!There is no such thing as perfect love story la.Hatta yang dalam novel itu pun hadap macam-macam mehnah dan tribulasi dulu baru sampai tahap happily married till Jannah.

Tapi betullah menguji minda, fizikal, mental, tahap kesabaran luar dan dalam.Dengar orang cerita kisah mutazawwijin itu sweet, suami isteri ini manis dan so on, dalam hati pun duk fikir benda yang sama.Tapi hakikatnya, lain.Mereka yang sweet dan manis itu pun merasa juga sour dan masamnya alam rumahtangga.Sebelum dan selepas nikah adalah dua perkara yang berbeza.Sebelum, bujang terantangtang.Anak dara pingitan pak cik Jauri.Tanggungjawab masih pada ibu dan ayah.Tapi esok-esok dah nikah, dah jadi Puan.Dah pikul tanggungjawab seorang isteri, ibu.Masak nak fikir benda-benda macam ini inside and out. Tapi mesti kena fikir.Kerana kita orang-orang yang percaya, bahawa fasa itu tetap akan datang walau lambat atau cepat.Orang-orang yang percaya bahawa itu ketentuan Allah.Setiap yang makhluk itu dicipta berpasang-pasangan.

51:49

"Dan segala sesuatu kami jadikan berpasang-pasangan, supaya kamu mengingat kebesaran Allah"
[Azzariyat:49]

Orang-orang yang percaya bahawa ia suatu sunnah yang dituntut oleh Baginda Nabi S.A.W.
Ya, kita orang-orang yang yakin bahawa setiap yang Allah tentukan ada hikmah dan kebaikan.Tidak sia-sia.

23:115

23:116

"Maka kamu mengira bahawa Kami menciptakan kamu main-main tanpa ada maksud dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami" 
"Maka Maha Tinggi Allah, Raja yang sebenarnya; tidak ada tuhan yang berhak disembah selain Dia, Tuhan yang memiliki arasy yang mulia"
[AlMukminun:115-116]


Mungkin kegusaran yang melanda tahap giga ini akan terubat nanti, insyaAllah.Mudah-mudahan.Well, in my situation dengan mana nak fikir itu, nak fikir ini.One word, serabut, sikit.Tapi insyaAllah.Kan Allah dah bagi guide.Solat.Minta kekuatan.Minta petunjuk, mohon beri yang terbaik.That's more than enough.
Mudah-mudahan.Allahumma aamin~

Okay.Done for now then. Moga-moga saya mampu buat yang terbaik untuk diri sendiri dan keluarga.Memang bukan mudah, dengan segala macam ujian.Tapi tak mustahil selagi kita percaya pada Allah.Doa itu penting.Percaya pada pasangan.

As for me, perkahwinan bukan sahaja untuk rasa manis gula-gula kapas je, tapi untuk kita tahu juga yang lidah ini ada deria masam, pahit dan masin.Semua saling melengkapi antara satu sama lain untuk mewujudkan satu rasa yang lagi sedap dari yang manis tadi.InsyaAllah.

9:71


"Dan orang-orang yang  beriman lelaki dan perempuan, sebahagian mereka adalah menjadi pelindung (penolong) kepada sebahagian yang lain.Mereka menyuruh yang makruf dan mencegah yang mungkar, mendirikan solat, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah dan RasulNya.Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah maha perkasa lagi Maha Bijaksana". [AtTaubah:71]

Hilal Asyraf >> Kebahagian yang sebenar adalah apabila kita berjaya taat kepada Tuhan.Allah~

24:26

"Wanita-wanita yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat adalah untuk wanita-wanita yang jahat (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik, dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik pula.Bagi mereka ampunan dan rezeki yang melimpah (iaitu syurga)
[AnNur:26]

Moga-moga.Nak yang terbaik, maka diri perlu jadi seperti yang kita nak itu dulu.
Well, i've heard a saying, fake it till you make it.

Aamin~


P/s : Nama-nama tersenarai di atas adalah watak-watak coolio novel feveret ever.(May I; RADHA, aA+bB, 5 tahun 5 bulan, Anthem, Versus.And all was kak Rnysas' and Hlovates') Tiada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang tiada.Eheh. ^^
Entri yang berjaya ditulis dan dipos dikala hati kegundahan bercampur gelisah (baca nervous) untuk hari yang bakal mendatang itu.Dengan all kind of undone preparation.Dengan kusut fikir barang nak beli bawa balik Tanah Melayu.Ok.Thats it.*mata pinar-pinar*

Doakan.Doakan.Doakan.Moga segalanya dipermudahkan.Allahumma aamiin~

May Allah bless.
NJ
Cairo06062013
01.19am

Wednesday, 7 November 2012

AZAM.

^_^


Bismillah.
* * *
"Ya saya."
"Jangan termenunglah Izzah.Macam nak terkeluar biji mata dah aku tengok.Tu, buku yang kat atas meja, dah abis baca belum? Esok nak kena bentangkan." Tinggi suara Johanna mengingatkan.
Izzah senyum simpul berwajah manis macam kerang busuk.Err, tapi yang ini wangi lagi.
"Arasso arasso."Amboi, tu dia.Sekali Korea yang keluar.
Johanna atau lebih selesa dia dipanggil Hana hanya mampu menggelengkan kepala tanda pusing dengan kawan sebiliknya itu.Bukan dia marah cuma mahu mengingatkan.Tiga hari kelmarin, habis masam mencuka wajah manis sahabat baiknya itu selepas diperli Prof. Aimin.Itu semua gara-gara assignment tak siap, pembentangan tak sempurna.Haila haila.Ketawa kecil dia mengingat.Izzah, kalau tak duduk menghadap laptop menonton masterchef Korea siri masak-memasak makanan Korea kegemarannya itu, dia akan termenung.Habis Benji di sebelah jadi mangsa rakan kongsi tadah telinga dengar dia membebel ntah apa-apa.Dan benji tu teddybearkura-kura milik Izzah.
Begitupun, dia sayang sahabatnya itu.Sangat.Dari tingkatan 1 bersama.Sampai sekarang, dekat UiTM pun sama-sama menuntut ilmu.

"Baik mak incik.Aku nak sambung study lah ni." Senyum lagi.
"Tahun ni, tak nak main-main lagi.Aku kena rajin.Kena perbaiki niat belajar.Kalau dulu tu, asyik ngadap laptop (senyum sampai telinga), sekarang nak kurangkan menda-menda tu, insyaAllah.Tapi, kau kena tolong ingatkan aku.Kadang-kadang aku lupa." Senyum.Semangat Izzah.
"InsyaAllah.Sama-sama kita belajar dan berjaya semester ni ye, intan payung sayang." Hana kenyit-kenyit mata.
"Euwwww, gelilah." Sambil menutup telinga Izzah menggeleng.
Ketawa terlebih harkat kedengaran dari bilik mereka.Mujur hujung.Jauh dari warden.Kalau tidak, mahu ada yang bermuram durja di kelas esok.

* * *
Bismillah,
Walhamdulillah, wallahuAkbar!
Yosh!!! Anis nak jadi macam Izzah.Pasang niat untuk perbaiki apa yang telah dimulakan.
Kuliah pun dah nak hampir sebulan mula.Pergi pun hangat-hangat tahi ayam.Haiiii~
CUBA walau paaaaayah tapi kena paksaaa.Memang tak mudah, cuma kena yakin diri mampu buat.
Dan jikalau ada yang membaca ini yang dekat dengan saya, tolong ingatkan ye.Saya ni terkadang suka lupa.
Bismillah..Moga Allah memberkati dan mempermudah.
Jalan untuk mengubah biarpun payah tapi tak susah,insyaAllah.

Saying is one thing, but doing is another. Allahu~
*mata pinar-pinar*

nisaJauri
cairo2012

Tuesday, 30 October 2012

-SELAGI PERKONGSIAN ITU MEMBERI ERTI-

(^__^)V

Bismillah, walhamdulillah.
Atas setiap ujian, nikmat dan rezeki yang dilimpahkan,
bersyukurlah!.
Tanda kita berterima kasih atas kasih sayang Allah.
Humbly say, ALHAMDULILLAH.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Dedicated to sahabat-sahabat yang sudah berumah tangga,bakal berumah tangga dan mungkin muhasabah buat yang masih mencari-cari.


Pilihanku..

Bukannya pada paras rupa yang menawan hati..
Kerana cintaku bukan pada pandangan semata..
Takut jika diwarnai kegelapan..
Kita buta hilang arah..

Pilihanku..
Bukannya pada manis tutur kata bermadah..
Kerana cintaku bukan pada janji yang bermaharajalela..
Andainya suara dikaburi fitnah,
Kita rebah tiada bermaya..

Pilihanku..
Bukan pada banyaknya harta dunia,
Kerana cintaku bukannya ternilai dengan harga..
Bimbang kemewahan membawa leka..
Menghilangkan cinta kita pada-Nya..
Lalu di manakah bahagia?

Pilihanku itu..
seorang yang buta..
Buta menilai paras rupa..
Sesungguhnya syahadahnya menggegar seluruh jiwaku..
Keikhlasannya melakar cinta yang diredha..
Tongkatnya pada akidah yang menyinari laluan bahagia

Pilihanku itu...
Seorang yang bisu..
Bisu mengungkapkan janji yang tiada pasti..
Kerana harapan disandarkan pada Illahi..
Pendiriannya menusuk nurani hawa..
Bait-bait kesyukurannya lahir pada sujud seorang hamba

Pilihanku itu..
Seorang yang papa dan hina...
Papa dengan takbur yang mengubur
Hina kerana sederhana..
Iman memujuk jiwanya..
Cintanya pada agama mengikat tali ukhwah..
Lalu disimpul teguh pada tiang pernikahan..

Pilihan kami..
Pada agama yang memelihara
Pada Syahadah yang mengiringi
Pada al-Quran yang membimbing..

Biar..
Cinta kami pada Maha Menyintai..
Kerana janji-Nya yang pasti
Cinta kami pada kekasih Illahi
Kerana memimpin ke jalan bahagia yang hakiki
Kasih isteri pada cinta yang diberi..
Biarlah sampai ke Akhirat nanti...
Kerana yang sebenarnya ku mahukan padanya..
Bukan cuma kekasih duniawi..
Tapi teman menuju Syurgawi..

'Ramai yang mencari cinta tetapi tertipu olehnya,
Ramai yang kecewa kerana cinta dan putus asa pada rahmat-Nya,
Ramai yang membenci cinta dan membenci nyawanya.'

"Cinta yang dicari tanpa melalui Pencipta adalah cinta yang tiada batasnya. Cinta tanpa batasan hanya cinta sekadar hiburan. Hiburan yang bukan hanya melalaikan jiwa, menggelapkan hati malah buta pada Pencipta. Apabila musibah melanda, mula salahkan Tuhan kerana tidak menyedarkan daripada leka. Hati kita yang lemah, sentiasa digodai nafsu, sebab itu kita kena berpegang pada sandaran yang kukuh, Allah S.W.T. Adanya Iman.. apapun cabaran kita tetap mara ke hadapan. Insya-Allah.



Aku mencintaimu kerana agama yang ada padamu, jika hilang agamamu, maka hilanglah cintaku padamu 
-Imam Nawawi-




Dan ini, ye, yang di atas ini adalah tanda kasih seorang sahabat pada kami.Orang kata, sharing is caring while caring is loving. ^__^
Alhamdulillah pada si dia yang Allah hantar buat beri peringatan.
Dan saya kongsikan kepada semua selagi ia dapat memberi erti dan manfaat pada diri.
InsyaAllah.
Terima kasih teman---> Halimaton Mohamad sayang <3


NisaJauri
cairo2012
30102012
1010pm

Wednesday, 5 September 2012

Tumpah lagi~

T___T

*kesat, kesat.*
ok dah.
ehem ehem...

---------------------------------------------
~BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM~

ALHAMDULILLAH, DI ATAS SEGALA KURNIAAN NIKMAT DAN REZEKI.
ALHAMDULILLAH ATAS SETIAP HELAAN NAFAS DAN DETAKAN JANTUNG YANG MASIH DIBERI PINJAM.
ALHAMDULILLAH.ALHAMDULILLAH.ALHAMDULILLAH.

BERSYUKURLAH!
BE GRATEFUL.
BECAUSE ALLAH LOVES YOU.
BECAUSE YOU WORTH IT.
SAY.....
ALHAMDULILLAH.
*senyum lebar*^______^

Hi, Helloo~, 안녕하세요~~ :)

Sooo, *wink2*.heheee

T__T


*lap air mata*
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
3:139

Mafhumnya ;
Dan janganlah kamu merasa lemah dan jangan pula bersedih hati, sesungguhnya kamu adalah yang paling tinggi darjatnya jika kamu orang yang beriman.


Jajangmyeon : InsyaAllah.Jangan sedih-sedih.Allah uji awak sebab awak mampu.Dan mak ayah awak juga mampu terima.Allah TAKKAN tinggalkan hambaNya tanpa ujian dan kasih sayang. *senyum balik lepas kesat hidung*(Allahu~).

Unnie~ : Takpe.InsyaAllah,ok. ^__^ Kejap je setahun tu.Bukak tutup mata, cak!! setahun dah.InsyaAllah.Belajaq bagi ghajin sikit tahun ni. *hati tenang*.(Allahu~).

Sabrina : InsyaAllah.Mak cik dengan Pak cik faham.Jangan nangis. *hilang gundah*.(Allahu~).

Kak Idah : Nisa', Allah bagi najah ke, gagal ke, semuuuaaa tu ujian.Yang najah juga ujian, yang gagal juga ujian.Yang najah Alhamdulillah.Mungkin ujiannya dalam bentuk yang lain.Fikir pulak nak balik sok, berdepan dengan masyarakat, itu juga ujian.Yang gagal, ujian kegagalan.Tapi, JANGAN PERNAH PUTUS ASA DENGAN RAHMAT ALLAH.Jangan putus asa untuk teruskan belajar.Dia tangguhkan mungkin sebab kita belum cukup tamam (sempurna faham) lagi dengan subjek tu.ALLAH TAK ZALIM, Nisa'.Dia uji sebab Dia sayang.Allah tu MAHA ADIL.Dan sebab itu memang sifat Dia.Empunya Adil.InsyaAllah, usaha lagi,kher.Lagi satu, REDHA dengan apa yang Allah bagi.Besar nikmat Redha.Kita belajar lagi, sebab tu urusan kita.Yang lain serahkan pada Allah, sebab itu memang urusan Dia.Jaga diri dari yang tidak-tidak tu.Akhlak dan adab juga. ^___^ *tarik nafas dalam-dalam, -Alhamdulillah- lega lagi*.(Allahu~ pertemuan singkat yang penuh hikmah dan rahmat.Terima kasih Allah atas peringatan yang Engkau berikan melaluinya.)

*nod2*

Mak&Ayah : Jangan nangis.Mak dan Ayah tak marah.Tambah setahun lagi tu, belajar rajin-rajin.5 dari 16, sikit je.Buat betul-betul *tarik nafas dalammmmmm*. Nanti balik dengan Adik.*tarik sedu* Jangan nangis.Buat apa nangis. *amik tisu, kesat pipi*.Belajar rajin-rajin.Tahun depan boleh balik cepat. (Allahu~.terima kasih Mak.Terima kasih Ayah.) *pipi dah kering* ^____^

CINTA HATI SAYA :) -Ya Allah, jagakan mereka untukku, kurniakan mereka kesihatan yang baik-


Saya bertuah.Alhamdulillah.Semua dari kita juga BERTUAH.
Ujian kegagalan Allah beri, bersama rahmat yang tak putus-putus. Bersyukurlah Anis!.*nod2*
Sekali lagi dengan ini, I'm an official, final year student for this new 2012/2013 session.(emm,betul ke grammar).
Alhamdulillah.

Tulah, Mesir.Macam-macam boleh jadi.Yang belajar, kadang-kadang Allah uji dengan kegagalan.Bukan malas, tapi Allah suruh tambah usaha.*nod2*

2:286

Mafhumnya ; 
Allah TIDAK MEMBERATI seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya.(hingga akhir ayat)

Oh ye. Kak Idah pesan, the most important thing we must guard is our HEART.Apa je boleh jadi kat bumi bertuah ini.Bumi para nabi dan para wali.Tak semua jadi atas keinginan sendiri.Yang berlaku itu pula atas kehendak Ilahi.SYUKUR~Nikmat syukur itu indah.Sabar kerana sabar itu cantik. ^__^. Sebab itu jaga hati paling penting.Niat tak boleh yang tidak-tidak.Niatkan benda-benda yang baik.Jangan buruk sangka denga apa yang berlaku.BERSANGKA BAIKLAH dengan Allah.Tak rugi tau,insya Allah. :)

Allah berfirman dalam sebuah hadis Qudsi yang mafhumnya :
Aku adalah sepertimana sangkaan hambaKu, dan Aku bersama dengannya ketika mana dia mengingatiKu.Jika dia mengingatiKu di dalam hatinya, Aku mengingatinya di dalam hatiKu.Dan jika dia ingat kepadaKu di khalayak ramai, nescaya Aku pun ingat kepadanya dalam khalayak ramai yang lebih baik.Dan jika dia mendekat kepadaKu sejengkal, Aku pun mendekatinya sehasta.Dan jika dia mendekatiKu sehasta, Aku mendekatinya sedepa.Dan jika dia datang kepadaKu berjalan, maka Aku datang kepadanya berlari. 
-Hadis Qudsi Riwayat Syaikhan, Tirmidzi dan Abu Hurairah-

Allahu~
Bersangka baiklah dengan Allah.Tuuu~ Allah dah beritahu, kalau ingat padaNya, Allah akan ingat pada kita, malah lebih lagi.Allahu~.

Jadi kerja saya, saya mesti rajin belajar.Bukan belajar yang hanya di kuliah.Tu, yang diluar kuliah juga tauu. (InsyaAllah).Mesti rajin!!!



Saya : Mak, Ayah.Doakan Anis kuat.Doakan Anis rajin.Terima kasih mak, ayah.
Saya lagi : Kawan-kawan, jom belajar rajin-rajin untuk ummah.InsyaAllah.^__^
Saya juga lagi : Terima kasih kawan-kawan atas setiap patah butir bicara penguat semangat.Sangat membantu. ^___^
Saya Hamba Allah : Terima kasih Allah.ALHAMDULILLAH.

Jaga akhlak.Belajar rajin-rajin.Tajdid niat.Studi bukan aib.Najah untuk ummah dan diri sendiri.Hubungan dengan makhluk mesti kena jaga *oh diri, ini penting*
Hubungan dengan Allah juga. 

Aaaa,
Last but not least...
Adik 2 : Kita tahu akk kuat.Akak mesti kuatkan diri dan semangat tau.Semua yang berlaku ada hikmah di sebaliknya.Bertenang ye.Senyum selebar yang mungkin macam ni ^____________________________^.
I'm always beside you. (Allahu~) Allahu yubarik fiki ya ukhti mahbubah. :) 
(dah boleh senyum lebar.Jangan risau..heee~)



Allahumma aamiin.

With this, I rest my case.Pray more, talk less.
---------------------------------------------------------------------------------------------
ALHAMDULILLAH.

13:11

Mafhum ayat ; 
Baginya (manusia) ada malaikat-malaikat yang selalu menjaganya bergiliran, dari depan dan belakangnya.Mereka menjaganya atas perintah Allah.SESUNGGUHNYA ALLAH TIDAK MENGUBAH KEADAAN SESUATU KAUM ITU SEBELUM MEREKA MENGUBAH KEADAAN DIRI MEREKA SENDIRI.Dan apabila Allah menghendaki keburukan atas sesuatu kaum, maka tidak ada yang dapat menolaknya dan tidak pelindung bagi mereka selain Dia.

Make a change!
YOSH!!!

-end-




Sunday, 19 August 2012

-It's SYAWAL!, Alhamdulillah-

Allahu Akbar Allahu Akbar Allahu Akbar
Walillahilhamd.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------
Alhamdulillah.
Ramadhan telah melabuhkan tirai.Pergi membawa 1001 keberkatan.
Moga Allah beri peluang bertemu dengan Ramadhan akan datang.Aamiin
Dan kini, syawal datang lagi.Membawa dengannya pula 1001 kegembiraan bagi yang berusaha dan bermujahadah di bulan Ramadhan.
Kegembiraan, warna warni kemeriahan.Allahu~
Alhamdulillah.
(Haza kullu min fadhli rabbuna)
-Semua ini anugerah dari Allah-

"Gema takbir di pagi hari
Tanda kemenangan dirai
Setelah sebulan berpuasa
Tunaikan rukun islam ketiga
Setelah sebulan berpuasa
Tiba Syawal kita berhari raya."

Salam aidilfitri

Allahu~

Di kesempatan yang ada, pemilik blog ini iaitu saya, KHAIRUNNISA JAURI memohon ampun, maaf zahir dan batin kepada semua yang sudi membaca dam memview blog tidak seberapa ini.
Dengan ucapan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
TAQABALALLAHU MINNA WA MINKUM SOLIHUL A'MAL.AAMIIN

KULLU AM WA ANTUM TAYYIBIN.

Moga Syawal yang hadir tidak membawa pergi semua kebaikan dan ketaatan kita kepada Allah sepanjang 30 hari (kami di Mesir) dan 29 hari (mereka di Malaysia) berpuasa.
Moga ketaatan kita bukan pada bulannya Ramadhan, tetapi kepada yang Empunya Ramadhan.

Kelmarin, hari terakhir berpuasa, ketika iktikaf di masjid Libi, Hayyu Sabie', penuh sayu meminta sang imam.
Memohon agar ketaatan kepada Allah dan kelazatan beribadah pada bulan penuh kemuliaan itu tidak terhenti setakat di situ.Moga kekal juga di bulan-bulan mendatang.Amin, amin, amin.

Dan ketika memperdengarkan khutbah, juga di masjid yang sama, sang imam berpesan,
"siapa-siapa yang ibadahnya semata kerana Ramadhan, ketahuilah bahawa sesungguhnya, Ramadhan telah pergi.namun siapa-siapa yang ibadahnya kerana Allah, maka ibadahnya kekal, insyaAllah."

Allahu~
(Ya Allah, terimalah ibadah kami.Ikhlaskan ya Allah hati-hati kami keranaMu.Aamiin)



Alhamdulillah, tahun ini tahun ke-3 beraya di perantaun.(dan saya kuat!!!takmo nangis2 ye jiwa, huuuuu)
Alhamdulillah, aidilfitri kali ini dengan kawan-kawan lagi.Buat kuih raya sama-sama.Dan dalam sekelip mata, kami berjaya pulak tu buat 10 jenis kuih-muih raya. *teruja*
See, kan dah kata kami kuat.Tak sedih.*tipu kot*
Sedih-sedih jugak, tapi Alhamdulillah, syawal kali ini, juga seronok.

Dan ini dia mereka-mereka yang saya rindu sampai nak terkeluar air mata sebab masuk habuk je *erk?* heee~

huhui, hensem, cun melecun tuhh.hehehe

Ada lagi ni.

Tu diaaaa.bergaya sakan.besaq panjang dahh:)
2 orang yang gemar berfotografi

Haaaaaaaa.Tulah.Masam manis saya.Heee~ semua duk pakat pakai jubah *blink2 keterujaan dapat tengok gambar*

Tu baru setengah, (emm, belum setengah lagilah) album.Tak taulah berapa banyak sesi fotografi mereka.hehe.
(kakak awak kat sini pun nak cukupkan sealbum youuu) kihkih.
Alhamdulillah.Tak dapat beraya sama, tengok gambar pun dah cukup buat diri tersenyum LEBAR macam ni ^___________________________________^.
Alhamdulillah.
Tulah guna teknologi.Yang jauh didekatkan.Gunalah teknologi sebaiknya.(iklanlah pulak.Tapi betullah ni tau.) *nod2*

Gambar kami di Mesir???
Nanti.Mahal tau.Anak dara Muslimah (insyaAllah), gambar tak boleh letak sembarangan semberono *eh,ade ke* huhu.Kena melalui penapisan Lembaga Tapisan Gambar Muslimah Sejagat.Hoho.Eksklusif tauuuu. ^___^


Dan mereka pulang beraya ke kampung tahun ini.Kampung tempat tumpah darah ku.Ayer kangkong, Selandar, Jasin, Melaka.
Semua ada.Pak sha & keluarga, Mak Ja' & keluarga, Mak Nor & keluarga sekali dengan sepupu sepapat yang dirindui.Siap hantaq whatsapp gambar main bunga api reramai lagi.*muka cebik* :).Gambar, will be updating the pictures soon, insyaAllah.Hehe.
Apapun, moga Ramadhan mengajar kita banyak benda.Pengabdian yang ikhlas semata kerana Allah.
Syawal pula datang sebagai pelengkap.Bukan mengurang pahala.InsyaAllah
Kerana Syawal ini adalah hari-hari menerima ganjaran bagi mereka yang benar-benar ikhlas beramal di bulan Ramadhan.


Raya raya jugak.Tapi jangan lupakan ikhwan dan saudara seislam kita di seluruh dunia.DOAKAN mereka dan jangan pernah berhenti.Moga dengan itu, Allah beri mereka kekuatan.
Allahu~ apakah khabar nasib mereka. :(

Saudara-saudara di Syria, Burma, Palestin, Iraq, dan semuanya.Ya Allah, beri mereka kekuatan dan ketabahan.Kuatkan kaki mereka di jalanMu.Jangan Kau halang kemenangan mereka dalam perjuangan mereka kerana dosa-dosa kami.Aamiin

اللهم أعز الاسلام وانصر المسلميناللهم وحد صفوف المسلمين

[ALLAHUMMA AAMIIN]
---------------------------------------------------
Sekali lagi
SELAMAT HARI LEBARAN.
MINAL AIDIN WAL FAIZIN SEMUANYA 
^________^
MAAF ZAHIR DAN BATIN.

Nah, ni lagu best :

Mendayu suara meniti angkasa
Alunan takbir mengulit pagi
Insan tersenyum tanda gembira
Lebaran mulia menjelma lagi kali ini.

Di hari lebaran mulia ini
Jangan pula membuat dosa
Begitulah hakikatnya hari raya
Bergembira TANPAMELUPAKANYA, ALLAH YANG ESA

Indah suasana dalam senyuman
Seluruh alam turut raikan
Mengucapkan syukur pada tuhan 
Atas nikmat yang datang, limpahanNya

Ikhlaskan hati mohon kemaafan 
Leburlah dosa di tapak tangan 
Lupakan segala silap dan salah
Insan bersatu membina ummah.




Allahumma aamiin

-End-
:)


Saturday, 11 August 2012

Anak Buah kami!

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

ALHAMDULILLAH, THUMMALHAMDULILLAH, THUMMALHAMDULILLAH
^_^

Syukur pada Allah atas segala nikmat yang dilimpahkan pada kita.
Nikmat iman dan Islam.
Nikmat nafas dan rezeki.
Dan untuk semua yang dikurnia.
ALHAMDULILLAH.

Lihat tajuk entry.Tu yang kat atas tu kan.Hee~
Alhamdulillah.

Sekadar hiasan :) [cubit pipi tu kang]

Anak buah bertambah.And when I said anak buah kami, ia bermaksud kami = makcik-makcik 2nd generation of i'dadi, Maahad Ahmadi.Heeeeeee.Alhamdulillah.
Semalam, our dearie mommy, Najwa, telah selamat melahirkan bayi perempuan comel.Alhamdulillah.Moga Allah merahmati kelahiran bayi itu, membawa keberkatan dan kegembiraan buat umi dan abi, insyaAllah. :)
Moga jadi anak solehah.Aamiin.
TAHNIAH WA!!!! 

dan ini, gambar baby.Khala anis pinjam ye buat penyeri.

Allahu~. Comel sangat kamu nih >_< hee.
Allahu yubarik fiha.Aamiin.
<3 Naurah Haninah <3

Bukan ni je, sebelum tu, dah ade 2 orang anak buah dari sorang lagi ibu.:) Ain! ^__^


Qayyum dan sufi yang soleh dan solehah :) 

comel!
Moga membesar menjadi anak yang soleh dan solehah, berbakti kepada ibu dan ayah insyaAllah.Allahu yubarik fikuma. :)
Si abang nama Qayyum, adik, Sufi.

Dan ofkos tak lupa juga pada yang seorang lagi ni.Yang ni special sikit sebab die lahir di Mesir.

^______________^ Ummi muna, khala pinjam gambar.

See, those beautiful eyes. :)
Yang si comel lote ni nama dia, Musfirah.Anak buah khala-khala rumah negeri sembilan Kaherah.Hehe.
Didoakan juga moga menjadi anak solehah yang dirahmati insyaAllah.Allahu yubarik fik wa ummik.Aamiin.

(bile pulak lagi nak ada anak sendiri nih.heh.InsyaAllah, sooooooooooooooooooooooon.)

BISMILLAH;
“Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) do’a permohonan”.
( Surah Ali’ Imran: 38 )
“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.”
(Surah Ibrahim: 40)
“Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (Kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa.” (Surah Al-furqan: 74)
~ALLAHUMMA AAMIIN~


Aamiin


p/s: InsyaAllah kalau ada lagi akan kembali diedit.^^
MAY ALLAH BLESS US.AAMIIN