Sunday, 18 November 2012

The NOT FORGOTTEN Land.

Allahu~


Berdzikir dengan nama tuhanmu
Bermunajatlah di tengah malam
Bertaubatlah padanya penuh rasa hamba
Agar doa kita di.. makbulkan
Agar Palestina kita genggam semula
Agar Palestin bebas di tangan kita
Kembali damai disirami air

Kebenaran Al-Quran dan sunnah
Palestina kan dimiliki lagi
Ingatlah Allah dan hindarkan dosa
Palestin kan aman lagi
Dengan ketaatan dan amalan soleh

Palestine you will regain your land
Remember Allah and stay away from sin
Palestine will be at peace again
And filled with the worship of Allah

Dengan kata dan ketaqwaan
Pada Allah yang maha kuasa
Ketakutan dan kelemahan
Peluru dan dentuman 
Bukan lagi penghalang
Pembelaan Allah akan datang
Palestin... Palestin... Palestin
Palestin... Palestin... Pa...lestin

-UNTUKMU PALESTIN-
RAIHAN






Wednesday, 7 November 2012

AZAM.

^_^


Bismillah.
* * *
"Ya saya."
"Jangan termenunglah Izzah.Macam nak terkeluar biji mata dah aku tengok.Tu, buku yang kat atas meja, dah abis baca belum? Esok nak kena bentangkan." Tinggi suara Johanna mengingatkan.
Izzah senyum simpul berwajah manis macam kerang busuk.Err, tapi yang ini wangi lagi.
"Arasso arasso."Amboi, tu dia.Sekali Korea yang keluar.
Johanna atau lebih selesa dia dipanggil Hana hanya mampu menggelengkan kepala tanda pusing dengan kawan sebiliknya itu.Bukan dia marah cuma mahu mengingatkan.Tiga hari kelmarin, habis masam mencuka wajah manis sahabat baiknya itu selepas diperli Prof. Aimin.Itu semua gara-gara assignment tak siap, pembentangan tak sempurna.Haila haila.Ketawa kecil dia mengingat.Izzah, kalau tak duduk menghadap laptop menonton masterchef Korea siri masak-memasak makanan Korea kegemarannya itu, dia akan termenung.Habis Benji di sebelah jadi mangsa rakan kongsi tadah telinga dengar dia membebel ntah apa-apa.Dan benji tu teddybearkura-kura milik Izzah.
Begitupun, dia sayang sahabatnya itu.Sangat.Dari tingkatan 1 bersama.Sampai sekarang, dekat UiTM pun sama-sama menuntut ilmu.

"Baik mak incik.Aku nak sambung study lah ni." Senyum lagi.
"Tahun ni, tak nak main-main lagi.Aku kena rajin.Kena perbaiki niat belajar.Kalau dulu tu, asyik ngadap laptop (senyum sampai telinga), sekarang nak kurangkan menda-menda tu, insyaAllah.Tapi, kau kena tolong ingatkan aku.Kadang-kadang aku lupa." Senyum.Semangat Izzah.
"InsyaAllah.Sama-sama kita belajar dan berjaya semester ni ye, intan payung sayang." Hana kenyit-kenyit mata.
"Euwwww, gelilah." Sambil menutup telinga Izzah menggeleng.
Ketawa terlebih harkat kedengaran dari bilik mereka.Mujur hujung.Jauh dari warden.Kalau tidak, mahu ada yang bermuram durja di kelas esok.

* * *
Bismillah,
Walhamdulillah, wallahuAkbar!
Yosh!!! Anis nak jadi macam Izzah.Pasang niat untuk perbaiki apa yang telah dimulakan.
Kuliah pun dah nak hampir sebulan mula.Pergi pun hangat-hangat tahi ayam.Haiiii~
CUBA walau paaaaayah tapi kena paksaaa.Memang tak mudah, cuma kena yakin diri mampu buat.
Dan jikalau ada yang membaca ini yang dekat dengan saya, tolong ingatkan ye.Saya ni terkadang suka lupa.
Bismillah..Moga Allah memberkati dan mempermudah.
Jalan untuk mengubah biarpun payah tapi tak susah,insyaAllah.

Saying is one thing, but doing is another. Allahu~
*mata pinar-pinar*

nisaJauri
cairo2012

Tuesday, 30 October 2012

-SELAGI PERKONGSIAN ITU MEMBERI ERTI-

(^__^)V

Bismillah, walhamdulillah.
Atas setiap ujian, nikmat dan rezeki yang dilimpahkan,
bersyukurlah!.
Tanda kita berterima kasih atas kasih sayang Allah.
Humbly say, ALHAMDULILLAH.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Dedicated to sahabat-sahabat yang sudah berumah tangga,bakal berumah tangga dan mungkin muhasabah buat yang masih mencari-cari.


Pilihanku..

Bukannya pada paras rupa yang menawan hati..
Kerana cintaku bukan pada pandangan semata..
Takut jika diwarnai kegelapan..
Kita buta hilang arah..

Pilihanku..
Bukannya pada manis tutur kata bermadah..
Kerana cintaku bukan pada janji yang bermaharajalela..
Andainya suara dikaburi fitnah,
Kita rebah tiada bermaya..

Pilihanku..
Bukan pada banyaknya harta dunia,
Kerana cintaku bukannya ternilai dengan harga..
Bimbang kemewahan membawa leka..
Menghilangkan cinta kita pada-Nya..
Lalu di manakah bahagia?

Pilihanku itu..
seorang yang buta..
Buta menilai paras rupa..
Sesungguhnya syahadahnya menggegar seluruh jiwaku..
Keikhlasannya melakar cinta yang diredha..
Tongkatnya pada akidah yang menyinari laluan bahagia

Pilihanku itu...
Seorang yang bisu..
Bisu mengungkapkan janji yang tiada pasti..
Kerana harapan disandarkan pada Illahi..
Pendiriannya menusuk nurani hawa..
Bait-bait kesyukurannya lahir pada sujud seorang hamba

Pilihanku itu..
Seorang yang papa dan hina...
Papa dengan takbur yang mengubur
Hina kerana sederhana..
Iman memujuk jiwanya..
Cintanya pada agama mengikat tali ukhwah..
Lalu disimpul teguh pada tiang pernikahan..

Pilihan kami..
Pada agama yang memelihara
Pada Syahadah yang mengiringi
Pada al-Quran yang membimbing..

Biar..
Cinta kami pada Maha Menyintai..
Kerana janji-Nya yang pasti
Cinta kami pada kekasih Illahi
Kerana memimpin ke jalan bahagia yang hakiki
Kasih isteri pada cinta yang diberi..
Biarlah sampai ke Akhirat nanti...
Kerana yang sebenarnya ku mahukan padanya..
Bukan cuma kekasih duniawi..
Tapi teman menuju Syurgawi..

'Ramai yang mencari cinta tetapi tertipu olehnya,
Ramai yang kecewa kerana cinta dan putus asa pada rahmat-Nya,
Ramai yang membenci cinta dan membenci nyawanya.'

"Cinta yang dicari tanpa melalui Pencipta adalah cinta yang tiada batasnya. Cinta tanpa batasan hanya cinta sekadar hiburan. Hiburan yang bukan hanya melalaikan jiwa, menggelapkan hati malah buta pada Pencipta. Apabila musibah melanda, mula salahkan Tuhan kerana tidak menyedarkan daripada leka. Hati kita yang lemah, sentiasa digodai nafsu, sebab itu kita kena berpegang pada sandaran yang kukuh, Allah S.W.T. Adanya Iman.. apapun cabaran kita tetap mara ke hadapan. Insya-Allah.



Aku mencintaimu kerana agama yang ada padamu, jika hilang agamamu, maka hilanglah cintaku padamu 
-Imam Nawawi-




Dan ini, ye, yang di atas ini adalah tanda kasih seorang sahabat pada kami.Orang kata, sharing is caring while caring is loving. ^__^
Alhamdulillah pada si dia yang Allah hantar buat beri peringatan.
Dan saya kongsikan kepada semua selagi ia dapat memberi erti dan manfaat pada diri.
InsyaAllah.
Terima kasih teman---> Halimaton Mohamad sayang <3


NisaJauri
cairo2012
30102012
1010pm

Thursday, 25 October 2012

AIDILADHA MUBARAK!

ALLAHU AKBAR ALLAHU AKBAR ALLAHU AKBAR
ALLAHU AKBAR, WALILLAHILHAMD...

Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar. 
Segala puji hanya bagi Allah.



Dari sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas R.A, Rasulullah S. A. W telah menerangkan tentang fadilat di bulan Zulhijjah iaitu :

1. Tanggal 1 Zulhijjah kesalahan Nabi Adam AS telah diampukan Allah.Oleh itu, sesiapa yang berpuasa pada hari itu dosanya akan diampunkan oleh Allah.
2. Tanggal 2 Zulhijjah doa Nabi Yunus AS diperkenankan Allah.Oleh itu sesiapa yang berpuasa pada hari itu seperti berpuasa setahun dan dicatitkan baginya seperti tidak pernah melakukan maksiat.
3. Tanggal 3 Zulhijjah doa Nabi Zakaria telah diperkenankan oleh Allah.Oleh itu sesiapa yang berpuasa pada hari itu doanya juga akan diperkenankan oleh Allah.
4. Tanggal 4 Zulhijjah Nabi Isa AS dilahirkan.Oleh itu sesiapa yang berpuasa pada hari itu akan terhindar dari kefakiran dan kemelaratan.
5. Tanggal 5 Zulhijjah Nabi Musa AS dilahirkan. Oleh itu sesiapa yang berpuasa pada hari itu akan terlepas dari sifat munafiq dan siksa kubur.
6. Tanggal 6 Zulhijjah Allah telah membukakan pintu-pintu kebajikan kepada nabi-nabiNya.Oleh itu sesiapa yang berpuasa pada hari itu akan dipandang Allah dengan pandangan rahmat.
7. Tanggal 7 Zulhijjah pintu neraka jahannam akan dikunci.Oleh itu seiapa yang berpuasa pada hati itu akan dibukakan baginya pintu kemudahan dan dikunci pintu kesulitannya.
8. Tanggal 8 Zulhijjah Nabi Ibrahim telah mendapat perintah supaya menyembelih anaknya Nabi Ismail.Seharian ia berfikir sama ada perintah itu daripada Allah atau dari syaitan.Hari itu dinamakan hari Tarwiyah (hari berfikir/melihat).Sesiapa yang berpuasa pada hari tersebut akan diberikan pahala yang banyak oleh Allah.
9. Tanggal 9 Zulhijjah Allah telah memberitahu kepada Nabi Ibrahim bahawa mimpinya itu adalah benar, bukan dari syaitan.Oleh itu, hari tersebut telah dikenali dan disebut sebagai hari Arafah (Hari mengetahui).

Wallahu 'alam.

Sunat bersedakah kepada fakir miskin.Sesiapa yang bersedekah pada hari tersebut akan dibangkitkan oleh Allah pada hari kiamat nanti dalam keadaan aman sentosa.
Amalan sunat pada 10 Zulhijjah :

- Mandi sunat Aidiladha pada pagi harinya.
- Sunat tidak menjamah makanan dan minuman sehinggalah selesai menunaikan solat sunat  
  Aidiladha.
- Keluar menuju ke masjid dengan satu jalan dan pulang dengan menggunakan jalan lain
- Mengumandangkan TAKBIR, TAHMID,& TAHLIL bermula malam 10 Zulhijjah sehinggalah 
  terbenam matahari pada 13 Zulhijjah.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Dan tahun ini tahun kelima saya kira beraya Aidiladha di sini, di bumi Mesir ini.Dan sungguh, Aidiladha di sini berbeza dengan yang di Malaysia.Seronok. ^^
Alhamdulillah.
Apapun, walau dimana kita menyambutnya, moga setiap pengorbanan kita ke arah kebaikan itu diredhai oleh Allah.Moga setiap yang diniatkan itu juga ikhlas semata kerana redhaNya.Aamiin.

Dan bagi yang mengenali diri ini, yang juga sudi singgah baca ke blog ini ;
SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA.
KULLU AM WA ANTUM ILALLAHI AQRAB.AAMIIN.




Wednesday, 17 October 2012

LIFE is full of BEAUTY


BEAUTY IS A GIFT, EVEN IT IS SUBJECTIVE.




Entry kali ini, tiada kata yang berat-berat.Tiada makna yang tersirat.
Entry kali ini cuma terisikan dengan yang cantik-cantik (^^).Bagi mereka yang merasakan bahawa ciptaan Allah itu indah.
^___^

55:16

So which of the favors of your Lord would you deny.
-ArRahman-

Bahawa sesungguhnya, Dialah yang memegang hati-hati manusia.
Allahu~

Hidup ini, warna-warni.
Ada yang hijau, biru, merah, oren, jingga, hitam, kuning mahupun putih.
Cantik.
[So which of the favors of your Lord would you deny.]

Kadang-kadang rasa susah, penat, lelah.
Tak mampu nak harung seorang diri.Rasa lemah menghantui.


Dan kadang-kadang...

Diri lalai.Terlupa bahawa kita hamba.
Allahu~ 

Tapi sebenarnya...

Kita tidak berseorangan.Kerana kita masih punya kawan dan teman-teman.
^__^

Mereka yang selalu mengingatkan di kala terleka dan mengajak ke arah kebaikan.
Yang sediarela berbulatan gembira mungkin,
Atau,

Yang setia meminjam bahu, menghapus gundah, menghilang resah.
MENGINGATKAN YANG KITA MASIH PUNYA ALLAH, TUHAN MAHA PEMURAH. 
Dan, sekali lagi kita tersenyum.
Ujian yang kita rasa berat jadi ringan.Lelah yang memenatkan terasa hilang.
Alangkah indahnya berukhuwah kerana Allah. :)

^____^..tehee..~

Mentari pun muncul kembali.Menghiasi taman hati.Hehe.
Dan, hilanglah resah.Pudarlah gundah.
Jangan pernah rasa terasing kerana kita masih punya Allah.
Kawan-kawan Allah hantar sebagai wasilah.
Menjadi mereka yang sentiasa tidak jemu memberi nasihat, membakar semangat.

Bacalah! Dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang.

-InsyaAllah-

Maka, nikmat Tuhanmu yang manakah yang engkau dustakan?

67:29

Katakanlah (wahai Muhammad) ; Allah, Dialah yang Maha Pemurah, yang kami beriman kepadaNya dan yang kepadaNya kami berserah diri...
-AlMulk:29-




-YOU WILL NEVER WALK ALONE-
(^__^)v


all credits and thanks to---> siri gambar-gambar Tumblr.com

nisaJauri
cairo12
18102012/2zh1433
6.03am

Monday, 8 October 2012

DEDIKASI KHAS :D

...
“PAK PAK GEBOM GEBOM, PAK PAK GEBOM GEBOM”
Eh! Ini bukan “bunyi kompang dipalu, pengantin baru”.
Ni bunyi paluan kompang untuk meraikan mereka-mereka yang telah selamat diijabkabulkan bergraduasi hari ini.(walau sendiri pun tak tahu macamana nak palu kompang, boleh buat bunyi je ^^).

Hari ini hari gembira dalam duka.Hari ini hari sendu dalam tawa.
Hari ini menyaksikan air mata tumpah lagi.Deras.Sederasnya air sungai Nil mengalir (err, Nil deras ke?)
Alhamdulillah.
Hari ini hari bersejarah. Setelah berlelah dan berusaha sehabis mampu, Allah balas mereka dengan kejayaan hari ini.
They’re officially graduated. :)
(dan bunyi mercun berdentum-dentum, dihiasi dengan lampu kelip lip lap lip lap.eheh! ^^)



Merekalah kawan-kawan saya.Kawan-kawan yang lama sama-sama belajar di zaman persekolahan dulu.
Kawan-kawan yang saya kenal sejak dari menuntut di Maahad Ahmadi, Gemencheh, Negeri Sembilan dulu. Kawan-kawan yang juga sama-sama menuntut di bumi Mesir ini. :)

Alhamdulillah, praises be to Allah. For he is the One yang telah mengurniakan kita, saya, kamu, dan anda semua kejayaan.Walau ia tertangguh sekalipun, ia tetap nikmat yang penuh hikmah *nod2*.
Semua inginkan kejayaan.Ia fitrah bagi yang bergelar manusia.Dan ia nikmat besar bagi yang bergelar pelajar.Dari yang belajar di sekolah rendah yang petang-petang suka main kejar-kejar, naik basikal lumba laju-laju.Ataupun yang berada di bangku sekolah menengah, dengan meja yang kadang-kadang berubah-ubah (maaf kalau cerita bangku dan meja tiada kaitan rapat.hehe),bertukar-tukar nota, (rela paksa pergi Ulu Yam-haaa,yang ni memang ada kaitan dengan 'kamiadikberadik2ndgenofi'dadi). Mahupun mereka yang sudah di menara gading.Semua dari kita inginkan kejayaan. Maka kata Nabi kita:

“Tuntutlah ilmu hingga ke Negeri China”

“Barangsiapa yang meniti suatu jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah memudahkan baginya jalan untuk ke syurga..."
Juga kerana Allah pesan :

 39:9
...katakanlah, adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya, hanya orang yang berakal sihat yang dapat mengambil pelajaran. [Az-Zumar : 9] 

ALLAHU~
Moga Allah beri kesabaran kepada mereka, kawan-kawan saya dalam meneruskan perjuangan di tanah air, bumi tercinta.
Moga Allah tetapkan kaki dan pendirian mereka dalam membantu ummah, memartabat Islam di mata dunia.
Moga Allah memberkati ilmu-ilmu mereka untuk disampaikan pula kepada yang lain.
Moga Allah menjaga mereka dalam ketaatan dan keberkatan.
Aamiin, ya Rabbal ‘alamin.

Merekalah yang saya kagumi.
Merekalah penguat diri dikala gundah, pemberi semangat dikala lelah.
Merekalah kawan-kawan saya.Hadiah Allah.

Dan merekalah :
Induk Hanis (yang selalu membuat diri rasa tenang), Asu Syahirah (yang menjadi penguat dikala gundah), Ziemah (yang sentiasa memberi semangat dikala lemah), dik Hana ( yang menjadi penceria dalam mengingat), Incik Fakha (yang banyak membantu),Incik Azmim (yang pendiam baik hati), Incik Hasan (yang selalu masak untuk kami warga rumah negeri), Incik Rodhi (tuan ketua yang ringan tulang), Incik Omar (bos yang suka memberi salam), Incik Ustaz Khalid (ustaz sekuliah lughah), Ustaz Zuhairi (abu Hurairah thani) dan mereka yang lain yang tidak tersebutkan.Wallahu Yubarik Fikum Ajma’in.Aamiin.

mereka :)

wajah-wajah graduan Negeri Sembilan.Tidak lupa juga pada IBU.<3 
Alhamdulillah.



Doakan kami…doakan kami…doa kan kaaami. (untuk menambah feel, sila nyanyi dengan irama lagu “maafkan kami” :D )
Mohon mendoakan saya dan kami-kami yang masih di sini.Doakan agar kami kuatkan kaki menuntut ilmu bukan sahaja yang di kuliah, namun rajin juga mencari yang di luar.

Dan yang pasti, patah tumbuh, hilang berganti.Walaupun yang tumbuh dan berganti itu mungkin tak sama dengan yang patah dan hilang.
Moga Allah memberkati. :)

-----------------------------------------------------------------------------------------
Dan sekarang, entry  ni dah lewat sehari dari tarikh hari yang tersebut (8/10/12).
Dan sekali lagi, MABRUK ALAIKUM...TAHNIAH...CONGRATULATION...CHUKAHAMNIDA (tehee ^^)...
May Allah bless.

NisaJauri
Cairo12
091012.1225am.

Friday, 5 October 2012

Ayat-ayat cinta~

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.
[dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang]

Alhamdulillah.
Masih diberi peluang bernafas lagi hari ini.
Nikmat Iman dan Islam.Allahu~
Alhamdulillah.


-kata-kata cinta terukir indah,mengalun berzikir di kidung doaku~~~ -
ehh, ni lirik lagu nasyid.Pinjam buat tagline entry.

Sigh~.
Mata tertancap pada skrin laptop putih berukuran 14 inch.
Tadi, baru sebentar tadi, sebelum duk update entry,baru sahaja usai meninjau-ninjau laman mukabuka, pencicit (twitter, twitter) heh, Tumblr -bukan tumbler air yang kita-kita atau budak-budak tadika darjah 1, 2, 3 ... bawa pergi sekolah tu- dan beberapa page tertarik berinfo menarik.
Dan ayat-ayat cinta itu membuai rasa, membelai jiwa.
Quote-quote menarik memberi semangat pendorong di kala gundah.
Kata-kata semangat dan doa penghubung hati kepada Allah tika lara datang menjengah.Allahu~
Ohoh!.Ni betul.Bukan main-main. ^__^
Jadi makanya, patik dengan rasa sukacita dan rendah dirinya cuba menulis kembali dan berkongsi dengan kawan-kawan pembaca.Moga-moga bermanfaat hendaknya.
----------------------------------------------------------------------------------------------
[1]
kredit

"Call upon me ; I will respond to you"
Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Aku perkenankan bagimu. [Al-Ghafir:60]
Allahu~ Kan.Ayat cinta Allah yang memang tak tipu boleh buat kita sebak.
Tapi, setiap kali itu juga kita terlupa padaNya, dan di setiap kali itu jugalah Dia sentiasa memaafkan kita.
T__T

[2]

2:153

"Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan Allah dengan SABAR dan SOLAT.Sungguh, Allah beserta orang-orang yang sabar. [AlBaqarah:153]
Allah minta kita solat dan sabar dalam setiap perkara.Ikut syariatNya.Dah.Bukan suruh buat yang tidak-tidak.And still, He forgives and bless us.
Allahu.~ Sekali lagi diri terpempan.

[3]
kredit
Haa.Ni yang paling saya suka.Yang paling selalu rasa, dan yang paling banyak kena pada diri dan jiwa.
INDEED~It's true.
Dalam setiap yang melanda, ujian yang datang menyapa, yang baik atau buruk, semua tu sebab Allah sayang pada kita.Tiada satu pun yang tertakdir itu sebab Allah benci, atau Dia zalim.TIDAK!!!.
Nyata terang lagi bercahaya (bling bling terang) Dia Uji Sebab Sayang! Full stop.Titik.Noktah.(uiii) ^_^
Kita akan Allah tinggikan lagi kalau beriman as in Sabar, and be patience.
Dan pastilah, yang zalim itu kita, manusia.

13:11

Sila perhatikan ayat di atas yang bermula dari pesanan Allah berbunyi "Innallahala..." sehingga "ma bianfusihim..."
Tuu, Allah dah pesan, bagi guideline.Dia takkan ubah kita kalau kita tak ubah diri kita sendiri dulu.
[dan ini juga peringatan keras buat diri saya!!!]

Allahu~

[4]

A quote.
"seek Him, you will find.Take a sincere step towards CHANGE,TRANSFORMATION,REDEMPTION.If you do, you will find Him infront of you.
Find Him.He's been there all along.Closer than your jugular vein.Look and you'll find.Walk and you'll arrive."
*nod nod*

[5]

As I look back on my life, I realize that everytime I thought I was being rejected from something good, I was actually being re-directed to something better.
-Steve Maraboli-

[6]

"Oh Allah, when I lose my hopes and plans, help me remember that Your love is greater than my disappointments.And Your plans for my life are better than my dreams"
-saidina Ali bin Abi Talib-
Kita merancang, Allah juga merancang.Dan sebaik perancang dan perancangan hanyalah yang datang dari Allah.

[7]

فخر الفتاة بالعلوم والأدب
لا بالجمال والحلي والذهب
Kata-kata hukamak ;
Kebanggaan seorang pemuda/pemudi itu adalah pada ilmunya dan juga adab,
bukan terletak pada kecantikan dan kemewahan.
(Jaga adab dan berilmulah.)
*peringatankerasbuatdiri*

[8]

'My map is the Quran so I don't get lost.'
My motivation is the Quran, so I dont get upset and is encouraged.
Alhamdulilah.

[9]

"Doa memberikan kekuatan pada org yg lemah, membuat org tidak percaya menjadi percaya & memberikan keberanian pada org yg ketakutan"

Indeed.It's true.

[10]

kredit : siri gambar tumblr.
Doa.Nabi ajar pada kita supaya terhindar jauh dari sifat-sifat yang berikut:
a. Sedih dan gelisah
b. Lemah dan malas
c. Pengecut dan bakhil
d. Cengkaman hutang dan penindasan orang.

Allahumma aaminn.

Last but not least:



kredit: siri gambar Tumblr
Sungguh! Ayat-ayat Allah itu, tiada satu pun yang tidak menyentuh jiwa.Semua, ye semua dari kalamNya punya makna tersurat dan tersirat.

"Maka, nikmat Tuhanmu yang manakah yang engkau dustakan?"
Allahu~

Dan setiap patah/bait kata semangat yang dilontarkan, ditempel, ditulis, dilakar pada apa jua keadaan itu, sungguh dapat pula memberi peringatan dan kekuatan pada yang kelemahan.

Allah Allah~..
Itu semua nikmat Allah.Maka BERSYUKURLAH.
Dan saling mengingatkan.
Kan Sharing is caring.While caring means loving.tehee!~ ;P
^__________^

Ingatan tanda sayang :)