Monday 26 March 2012

kembali~

BISMILLAH...WALHAMDULILLAH...

Lama rasanya tak duduk depan lappy putih comel saya ni untuk tujuan menaip entry blog (selain dari duduk sign up facebook, tinjau tumblr, bukak laman sesawang cari bahan bahas, bukak facebook balik n yada2..) heee~
And here I come..kadang-kadang rasa macam kesian dengan blog sendiri sebab lama tak terisi entry.Dan sebab itulah masa mula-mula nak menulis blog dulu rasa sangat tak yakin atas sebab inilah -tak update blog-. ~rain-rain go away, come again another day...lalalala~ ^_^ mesti kenal lagu ini.Lagu masa kecil-kecil dulu, time belajar di tadika KEMAS.Haaa, sebab aktiviti menulis entry saya macam nilah.Maksudnya macam, saya nak tulis bila saya nak (erk?!!) tapi yang go away  tu taklah, cuma a little bit late and something like that.


Nasib baik saya ingat pada blog saya.Kalau tak, terisolated macam patung beruang comel ni :)


And what kind of entry I want to share this time? 


Friends, today I want to talk about ZIKRULLAH as in berzikir mengingati Allah.
Berzikirlah sahabat-sahabat.Kerana Allah dah janji bahawa dengan berzikir (mengingatiNya) hati kita semua akan menjadi tenang.Dan tenang itu bukan hanya tenang pada pandangan zahir sahaja malah hati kita juga akan merasai nikmat ketenangan yang nikmatnya hanya kita sahaja yang tahu dan rasa.




Kalau nak taip rasanya banyak dan tak kan terungkapkan dengan kata-kata.Siapa yang tidak mahu hidupnya dilimpahi berkat dan dipayungi rahmat dan sakinah (ketenangan).Semua orang menginginkan ketenangan dalam kehidupan.Nah! Allah dan RasulNya dah bagi cara.Cuma kadang-kadang kita (as in saya) terlupa dan lalai dalam sentiasa mengingatiNya, berzikir memohon keampunan dan redhaNya.


Allah pesan dan cakap pada kita ;

13:28
“(yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram. 



33:41 
 “Hai orang-orang yang beriman, berdzikirlah (dengan menyebut nama) Allah, dzikir yang sebanyak-banyaknya."

Dan banyakkkkk lagi ayat-ayat Allah yang suruh kita sentiasa berzikir mengingatiNya. Tak kan rugi walau sesaat pun dari masa kita kalau kita berzikir.Bertasbihlah, bertahmidlah dan bertakbirlah memuji Tuhanmu, nescaya Allah juga akan mengingatimu.Betulll...tak tipu.Nabi pun cakap ;

Daripada Abu Hurairah r.a. daripada Rasulullah s.a.w., sabdanya:
Allah Azza wa jalla berfirman-dalam Hadis Qudsi:
“Aku adalah menurut sangkaan hambaKu dan Aku akan selalu besertanya selama ia mengingat padaKu.”
“Demi Allah, nescayalah Allah itu lebih gembira kepada taubatnya seseorang hambaNya daripada seseorang di antara kamu semua yang menemukan sesuatu bendanya yang telah hilang di padang yang luas.”
“Barangsiapa yang mendekat padaKu dalam jarak sejengkal, maka Aku mendekat padanya dalam jarak sehasta dan barangsiapa yang mendekat padaKu dalam jarak sehasta, maka Aku mendekat padanya dalam jarak sedepa. Jikalau hambaKu itu mendatangi Aku dengan berjalan, maka Aku mendatanginya dengan bergegas-gegas. 

Tenang yang hanya kita je rasa <3

Kan dah cakap ^_^ .Allah sayang kita <3..Jadi, mari kita mula sekarang dan selamanya tak tinggal , insyaAllah..Dikala waktu2 lapang, duduk menunggu bas/teksi, beratur panjang mungkin nak tunggu giliran dan dalam apa pun jua keadaan MARI BERZIKIR + BERSELAWAT ke atas BAGINDA JUNJUNGAN , RASULULLAH tercinta.Yosh!!Jom2..
Tambahan lagi, berzikir ni kalau ikut kajian sains pun ada kelebihannya.Ni, boleh tengok kat sini.
SubhanAllah..

Jadi, saya dengan ini menyeru diri sendiri dan yang sudi membaca entry ini untuk sama-sama kejar redhaNya dan selalu berzikir padaNya tanda kita sayang dan cinta, juga tanda kita berterima kasih pada Allah.InsyaAllah.

"Ya Allah, tenangkan hati-hati kami dengan mengingati Mu sentiasa, setiap saat nafas kami.Amin"

*Menulis bukan hanya suka-suka.Tapi ia saya anggap sebagai sebuah perkongsian dan diniatkan keranaNya.Yang nanti manfaatnya dapat kita ambil sama-sama.Walaupun tahu tulisan ini biasa-biasa sahaja. 
Wallahu a'lam.
--------------------------------------------------------
sumber entry kali ini ;

No comments:

Post a Comment

Sharing is Caring~ :)