Sunday 19 August 2012

-It's SYAWAL!, Alhamdulillah-

Allahu Akbar Allahu Akbar Allahu Akbar
Walillahilhamd.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------
Alhamdulillah.
Ramadhan telah melabuhkan tirai.Pergi membawa 1001 keberkatan.
Moga Allah beri peluang bertemu dengan Ramadhan akan datang.Aamiin
Dan kini, syawal datang lagi.Membawa dengannya pula 1001 kegembiraan bagi yang berusaha dan bermujahadah di bulan Ramadhan.
Kegembiraan, warna warni kemeriahan.Allahu~
Alhamdulillah.
(Haza kullu min fadhli rabbuna)
-Semua ini anugerah dari Allah-

"Gema takbir di pagi hari
Tanda kemenangan dirai
Setelah sebulan berpuasa
Tunaikan rukun islam ketiga
Setelah sebulan berpuasa
Tiba Syawal kita berhari raya."

Salam aidilfitri

Allahu~

Di kesempatan yang ada, pemilik blog ini iaitu saya, KHAIRUNNISA JAURI memohon ampun, maaf zahir dan batin kepada semua yang sudi membaca dam memview blog tidak seberapa ini.
Dengan ucapan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
TAQABALALLAHU MINNA WA MINKUM SOLIHUL A'MAL.AAMIIN

KULLU AM WA ANTUM TAYYIBIN.

Moga Syawal yang hadir tidak membawa pergi semua kebaikan dan ketaatan kita kepada Allah sepanjang 30 hari (kami di Mesir) dan 29 hari (mereka di Malaysia) berpuasa.
Moga ketaatan kita bukan pada bulannya Ramadhan, tetapi kepada yang Empunya Ramadhan.

Kelmarin, hari terakhir berpuasa, ketika iktikaf di masjid Libi, Hayyu Sabie', penuh sayu meminta sang imam.
Memohon agar ketaatan kepada Allah dan kelazatan beribadah pada bulan penuh kemuliaan itu tidak terhenti setakat di situ.Moga kekal juga di bulan-bulan mendatang.Amin, amin, amin.

Dan ketika memperdengarkan khutbah, juga di masjid yang sama, sang imam berpesan,
"siapa-siapa yang ibadahnya semata kerana Ramadhan, ketahuilah bahawa sesungguhnya, Ramadhan telah pergi.namun siapa-siapa yang ibadahnya kerana Allah, maka ibadahnya kekal, insyaAllah."

Allahu~
(Ya Allah, terimalah ibadah kami.Ikhlaskan ya Allah hati-hati kami keranaMu.Aamiin)



Alhamdulillah, tahun ini tahun ke-3 beraya di perantaun.(dan saya kuat!!!takmo nangis2 ye jiwa, huuuuu)
Alhamdulillah, aidilfitri kali ini dengan kawan-kawan lagi.Buat kuih raya sama-sama.Dan dalam sekelip mata, kami berjaya pulak tu buat 10 jenis kuih-muih raya. *teruja*
See, kan dah kata kami kuat.Tak sedih.*tipu kot*
Sedih-sedih jugak, tapi Alhamdulillah, syawal kali ini, juga seronok.

Dan ini dia mereka-mereka yang saya rindu sampai nak terkeluar air mata sebab masuk habuk je *erk?* heee~

huhui, hensem, cun melecun tuhh.hehehe

Ada lagi ni.

Tu diaaaa.bergaya sakan.besaq panjang dahh:)
2 orang yang gemar berfotografi

Haaaaaaaa.Tulah.Masam manis saya.Heee~ semua duk pakat pakai jubah *blink2 keterujaan dapat tengok gambar*

Tu baru setengah, (emm, belum setengah lagilah) album.Tak taulah berapa banyak sesi fotografi mereka.hehe.
(kakak awak kat sini pun nak cukupkan sealbum youuu) kihkih.
Alhamdulillah.Tak dapat beraya sama, tengok gambar pun dah cukup buat diri tersenyum LEBAR macam ni ^___________________________________^.
Alhamdulillah.
Tulah guna teknologi.Yang jauh didekatkan.Gunalah teknologi sebaiknya.(iklanlah pulak.Tapi betullah ni tau.) *nod2*

Gambar kami di Mesir???
Nanti.Mahal tau.Anak dara Muslimah (insyaAllah), gambar tak boleh letak sembarangan semberono *eh,ade ke* huhu.Kena melalui penapisan Lembaga Tapisan Gambar Muslimah Sejagat.Hoho.Eksklusif tauuuu. ^___^


Dan mereka pulang beraya ke kampung tahun ini.Kampung tempat tumpah darah ku.Ayer kangkong, Selandar, Jasin, Melaka.
Semua ada.Pak sha & keluarga, Mak Ja' & keluarga, Mak Nor & keluarga sekali dengan sepupu sepapat yang dirindui.Siap hantaq whatsapp gambar main bunga api reramai lagi.*muka cebik* :).Gambar, will be updating the pictures soon, insyaAllah.Hehe.
Apapun, moga Ramadhan mengajar kita banyak benda.Pengabdian yang ikhlas semata kerana Allah.
Syawal pula datang sebagai pelengkap.Bukan mengurang pahala.InsyaAllah
Kerana Syawal ini adalah hari-hari menerima ganjaran bagi mereka yang benar-benar ikhlas beramal di bulan Ramadhan.


Raya raya jugak.Tapi jangan lupakan ikhwan dan saudara seislam kita di seluruh dunia.DOAKAN mereka dan jangan pernah berhenti.Moga dengan itu, Allah beri mereka kekuatan.
Allahu~ apakah khabar nasib mereka. :(

Saudara-saudara di Syria, Burma, Palestin, Iraq, dan semuanya.Ya Allah, beri mereka kekuatan dan ketabahan.Kuatkan kaki mereka di jalanMu.Jangan Kau halang kemenangan mereka dalam perjuangan mereka kerana dosa-dosa kami.Aamiin

اللهم أعز الاسلام وانصر المسلميناللهم وحد صفوف المسلمين

[ALLAHUMMA AAMIIN]
---------------------------------------------------
Sekali lagi
SELAMAT HARI LEBARAN.
MINAL AIDIN WAL FAIZIN SEMUANYA 
^________^
MAAF ZAHIR DAN BATIN.

Nah, ni lagu best :

Mendayu suara meniti angkasa
Alunan takbir mengulit pagi
Insan tersenyum tanda gembira
Lebaran mulia menjelma lagi kali ini.

Di hari lebaran mulia ini
Jangan pula membuat dosa
Begitulah hakikatnya hari raya
Bergembira TANPAMELUPAKANYA, ALLAH YANG ESA

Indah suasana dalam senyuman
Seluruh alam turut raikan
Mengucapkan syukur pada tuhan 
Atas nikmat yang datang, limpahanNya

Ikhlaskan hati mohon kemaafan 
Leburlah dosa di tapak tangan 
Lupakan segala silap dan salah
Insan bersatu membina ummah.




Allahumma aamiin

-End-
:)


Saturday 11 August 2012

Anak Buah kami!

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

ALHAMDULILLAH, THUMMALHAMDULILLAH, THUMMALHAMDULILLAH
^_^

Syukur pada Allah atas segala nikmat yang dilimpahkan pada kita.
Nikmat iman dan Islam.
Nikmat nafas dan rezeki.
Dan untuk semua yang dikurnia.
ALHAMDULILLAH.

Lihat tajuk entry.Tu yang kat atas tu kan.Hee~
Alhamdulillah.

Sekadar hiasan :) [cubit pipi tu kang]

Anak buah bertambah.And when I said anak buah kami, ia bermaksud kami = makcik-makcik 2nd generation of i'dadi, Maahad Ahmadi.Heeeeeee.Alhamdulillah.
Semalam, our dearie mommy, Najwa, telah selamat melahirkan bayi perempuan comel.Alhamdulillah.Moga Allah merahmati kelahiran bayi itu, membawa keberkatan dan kegembiraan buat umi dan abi, insyaAllah. :)
Moga jadi anak solehah.Aamiin.
TAHNIAH WA!!!! 

dan ini, gambar baby.Khala anis pinjam ye buat penyeri.

Allahu~. Comel sangat kamu nih >_< hee.
Allahu yubarik fiha.Aamiin.
<3 Naurah Haninah <3

Bukan ni je, sebelum tu, dah ade 2 orang anak buah dari sorang lagi ibu.:) Ain! ^__^


Qayyum dan sufi yang soleh dan solehah :) 

comel!
Moga membesar menjadi anak yang soleh dan solehah, berbakti kepada ibu dan ayah insyaAllah.Allahu yubarik fikuma. :)
Si abang nama Qayyum, adik, Sufi.

Dan ofkos tak lupa juga pada yang seorang lagi ni.Yang ni special sikit sebab die lahir di Mesir.

^______________^ Ummi muna, khala pinjam gambar.

See, those beautiful eyes. :)
Yang si comel lote ni nama dia, Musfirah.Anak buah khala-khala rumah negeri sembilan Kaherah.Hehe.
Didoakan juga moga menjadi anak solehah yang dirahmati insyaAllah.Allahu yubarik fik wa ummik.Aamiin.

(bile pulak lagi nak ada anak sendiri nih.heh.InsyaAllah, sooooooooooooooooooooooon.)

BISMILLAH;
“Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) do’a permohonan”.
( Surah Ali’ Imran: 38 )
“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.”
(Surah Ibrahim: 40)
“Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (Kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa.” (Surah Al-furqan: 74)
~ALLAHUMMA AAMIIN~


Aamiin


p/s: InsyaAllah kalau ada lagi akan kembali diedit.^^
MAY ALLAH BLESS US.AAMIIN

Friday 3 August 2012

[RAHSIA]

BismillahirRahmanirRahim
Alhamdulillah, untuk semua yang Allah beri, semua yang Allah kurnia.Alhamdulillah.Hari ini Ramadhan ke 15 bagi kami yang berada di bumi bertuah, Mesir. (senyum lebar, Alhamdulillah)

Telinga hamba yang lemah ini pernah mendengar kata-kata menyebut bahawa ilmu itu bukan semata dihafal, tetapi dikongsi bersama yang lain.Setelah beberapa hari selesai pengajian Syeikhuna, Syeikh Rohimuddin, ada sedikit perkongsian yang ingin dikongsi bersama dengan yang lain.
Moga bermanfaat.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
KITAB
SIRRUL ASRAR

Oleh : As-Syeikh Abdul qadir Al-Jailani

Terjemahan
K.H Zezen zeinal Abidin Zayadi Bazul Asyhab
______________________________________________________________
(FASAL KE 17)
PUASA (SAUM) SYARIAT DAN TARIQAT

  Puasa syariat adalah menahan diri dari makanan, minuman dan bersetubuh di waktu siang.Puasa tariqat adalah menahan seluruh anggota tubuh dari segala perbuatan yang diharamkan dan dilarang juga menjauhi sifat-sifat tercela seperti ujub dan sebagainya lahir dan batin, siang mahupun malam.Bila melakukan hal-hal tersebut tadi maka batallah puasa tariqatnya.Puasa syariat mempunyai waktu tertentu, manakala puasa tariqat selama hidup.

Nabi Muhammad ada bersabda :
  "Banyak orang yang berpuasa hasilnya hanyalah lapar dan dahaga.Dalam hadis yang lain pula Nabi bersabda, "Banyak yang berpuasa tapi berbuka.Banyak yang berbuka, tapi berpuasa. Mereka itulah orang yang perutnya tidak berpuasa tetapi ia menjaga anggota tubuhnya dari perbuatan yang terlarang dan menyakiti orang lain.

Firman Allah dalam hadis Qudsi :
  "Puasa itu untukKu dan akulah yang akan membalasnya"

Hadis Rasulullah :
  "Bagi orang yang berpuasa akan mendapat 2 kebahagiaan.Pertama, kebahagiaan ketika berbuka dan kedua, kebahagiaan ketika melihat Allah". Semoga kita mendapatkannya.Aamiin.

Pengertiaan hadis tadi menurut syariat ialah kebahgiaan yang pertama, ketika berbuka iaitu memakan makanan di waktu maghrib, yakni selepas azan.Kedua, ketika melihat anak bulan Syawal di malam lebaran tanda selesainya Ramadhan.

Adapun pengertian menurut tariqat ialah kebahagiaan yang pertama ketika masuk ke dalam syurga Allah, menikmati kenikmatan syurga yang tidak pernah tergambarkan oleh akal fikiran.Kedua, ru'yah.Iaitulah melihat Allah pada hari kiamat dengan nyata. Semoga Allah mengurniakan kita dengan 2 kenikmatan yang terbesar ini, aamiin.

Puasa hakikat ialah menjaga hati dari selain Allah dan menjaga rasa agar tidak mencintai selain Allah.
Hadis Qudsi, Allah berfirman :
  " Manusia adalah rahsiaKu, dan Aku rahsianya" (Allah~)

Rahsia (sir) itu adalah dari Nur Allah, maka orang yang berada di tingkatan ini tidak akan cenderung kepada selain Allah.Tidak ada yang dicintai, diingini, dan dicari selain Allah di dunia mahupun di akhirat.Namun, bila hati terjatuh pada mencintai selain Allah, maka batallah puasa hakiktnya dan ia harus melakukan qadha (ganti) dengan kembali mecintai Allah dan menemuinya di dunia dan di akhirat sesuai firman Allah :
 "Puasa itu bagiKu dan Akulah yang akan membalasnya"

Wallahu Taala A'lam.
____________________________________________________________

Nilai mana puasa saya, kita?
Moga Ramadhan yang berbaki tidak jadi sia-sia.
Syeikh berpesan,
 " Puasa itu istimewa,yang ganjarannya hanya Allah yang mengetahui.Allah sahaja yang berhak menganjar hamba-hambaNya yang ikhlas berpuasa.Puasa itu juga pembersihan dan penyuciaan jiwa.Membersih nafsu, syahwat dan segala yang berkaitan kejahatan batin.Puasa itu istimewa kerana :
1.PUASA menyebabkan dan membuat kita MAKAN SEDIKIT.
2.PUASA menyebabkan TIDUR SEDIKIT.
3.PUASA MENGURANGKAN bercakap dan berkata yang BURUK.
4.PUASA menyebabkan SEDIKIT BERGAUL.
Nah, sebab itu puasa itu sempurna bagi jiwa-jiwa yang ikhlas dan taat menunaikan ibadah kerana Allah"
_____________________________________________________________

Allahu~
Malu bila meneruskan tulisan.
Tu, yang nombor 2.Kurangkan tidur.(=__=) Belum mampu tercapaikan.
Dan itu belum masuk kena jaga yang lain-lain.Allah~ moga diberi kekuatan kepada kita semua...Aamiin.

Allahumma aamiin
Tolong ingatkan aku~

[Menulis bukan hanya suka-suka.Tapi ia saya anggap sebagai sebuah perkongsian.Yang nanti manfaatnya dapat kita ambil sama-sama.Walaupun tahu bahawa tulisan ini biasa-biasa sahaja.]