Saturday 24 November 2012

Bulatan Gembira, Berpetak Bahagia: 2

Ep:2

Jangan pertikaikan kenapa kita,
Allah lebih tahu yang terbaik untuk kita.
Allah tak akan beri kita pahit, kalau bukan ubat.
Kekadang kita diuji kenapa tak berkasut,
Tetapi kita lupa ramai org diuji tak berkaki
Kredit:FB 


Allahummaghfirli zanbi waiyyaki.”
Allahumma aamiin.” Iman membalas salam Insyirah.
Alhamdulillah. Selesai solat jemaah maghrib sama-sama. Mereka kemudian membulat membentuk bulatan di tengah-tengah ruang bilik solat rumah. Masing-masing capai Al-Quran. Seperti biasa, setiap Jumaat dan Sabtu selepas solat Maghrib, mereka akan berbulatan gembira sama-sama. Seronok. Tambah ilmu erat ukhuwah. Dan hari ini, giliran Insyirah beri pengisian. Dan sebenarnya tiap kali pun Insyirah tetap akan diminta memberi sesuatu. Dia macam ustazah, bimbing anak-anak didik.

“Ok. Hari ini nak kongsi sesuatu dari Surah As-Syuara’ ayat 77-91.” Insyirah pandang muka kawan-kawan penuh sayang. Masing-masing senyum membalas.
“Huda, cuba bacakan ayat-ayat dia, nanti Ain dan Along tolong baca terjemah ye.”
Huda mulakan bacaan. Huda, walaupun bakal engineer tapi suara dia sedap kalau baca Al-Quran. Yang lain akan tunduk khusyuk mendengar.
Dan giliran Ain baca terjemah ;

77. Sesungguhnya mereka (apa yang kamu sembah) itu musuhku, lain halnya Tuhan seluruh alam.
78. Yang telah menciptakan aku, maka Dia yang memberi petunjuk kepadaku.
79. Dan yang memberi makan dan minum kepadaku.
80. Dan apabila aku sakit, Dialah yang menyembuhkan aku.
81. Dan yang akan mematikan aku, kemudian akan menghidupkan aku kembali.
82. Dan yang sangat kuinginkan akan mengampuni kesalahanku pada hari kiamat.
83. (Ibrahim berdoa) “Ya Tuhanku, berikanlah kepadaku ilmu dan masukkanlah aku ke dalam golongan orang-orang yang soleh.

Iman menyambung baca terjemahan ;

84. Dan jadikanlah aku buah tutur yang baik bagi orang-orang yang datang kemudian.
85. Dan jadikanlah aku termasuk orang yang mewarisi syurga yang penuh dengan kenikmatan.
86. Dan ampunilah ayahku, sesungguhnya dia termasuk orang yang sesat.
87. dan janganlah Engkau hinakan aku pada hari mereka dibangkitkan
88. Iaitu pada hari ketika harta dan anak-anak tidak berguna
89. Kecuali orang-orang yang menghadap Allah dengan hati yang bersih
90. Dan syurga didekatkan kepada orang-orang yang bertakwa
91. Dan neraka jahim diperlihatkan dengan jelas kepada orang-orang yang sesat “

Lima mulut melafaz “Sodaqallahul’azim”. Sungguh.
Allahu~ Ayat-ayat Allah itu kena pada yang bernama manusia. Kena pada diri sendiri.
Ateh memang pandai bila masuk bab-bab tarik hati kawan-kawan. Dan sungguh kami syukur bila hati-hati kami itu pula senang dan mudah menerima. Alhamdulillah.

“Ok kawan-kawan sayang, Alhamdulillah, seronokkan dengar ayat motivasi dari Allah. Banyak kita boleh belajar dari ayat-ayat surah As-Syuara’ ni. Masa mula-mula Ateh baca, Ateh rasa sangat yang diri ini kerdil dan sungguh-sungguh perlukan Allah dalam setiap keadaan.”
Ateh terang panjang lebar. Bersungguh dia mahu berkongsi. Empat pasang mata bersungguh pula memandang sambil tangan laju mencatat. Masing-masing angguk. Senyum.

“Ayat-ayat tadi cerita macamana Nabi Ibrahim A.S berdakwah pada bapa dan kaumnya. Nabi Ibrahim tegas mengatakan bahawa Allah itu Tuhan sekalian alam. Satu. Tiada yang lain.Hanya Dia.” Ateh diam kemudian tersenyum dan kembali menyambung.
Start  je ayat 78 sampai 91 tu, Nabi sebut dengan yakin, bahawa Allah itu berkuasa atas segala sesuatu. Nabi yakin dengan Allah atas keyakinan yang tidak berbelah bahagi. Percaya bila sakit Allah yang sembuhkan, bila susah Allah beri kemudahan, yang Maha Pengampun segala kesalahan dan Maha Mengetahui.” Allahu~
Ateh pandang muka kawan-kawan tercinta. Semua tunduk sambil bibir mengucap tasbih dan tahmid.

“Jadi, Along, Ain, Amani dan Huda, apapun lah yang kita semua rasa; susah, sakit, putus asa, jangan cepat mengeluh. Sebab Allah tahu apa yang kita tak tahu. Dan yang Dia beri itu mungkin kifarah untuk hapus dosa kita, atau untuk sooth  kita di bawah sedar kita. Everything happen for a reason. And Allah wants us to know that the things that come to us is nothing as long as we believe Him.” Tutur Ateh sungguh-sungguh. Butir kata yang keluar dari mulutnya itu betul sangat mendalam. Ikhlas. Terasa masuk, tersemat dalam dada. Ain kelihatan menyeka air mata. Ain walau seorang yang sentiasa ceria, hatinya lembut mudah tersentuh.

"Doa.Sebab doa tu wasilah, jalan bagi kita.Kan Allah pesan, berdoalah.Mintalah pada Dia, nescaya Dia akan tunaikan.Cuma kadang-kadang boleh jadi cepat, boleh jadi lambat. tapi, Dia tak pernah mungkir." Senyum lagi.

Empat kepala memandang Ateh, angguk tanda setuju. Tiada yang sia-sia dari Allah, kecuali kita manusia yang sengaja mensia-siakan.
“Ok." Terdengar nafas ditarik lembut dan dihembus perlahan. "Alhamdulillah. Sampai situ je yang Ateh boleh kongsi malam ni. Takdelah banyak mana. Moga kita sama-sama dapat manfaat. Sama-sama boleh saling mengingat yang kita punya Allah. Selalu jaga apa yang Dia minta kita jaga.”
“Alhamdulillah.Terima kasih Ateh sayang.” Amani senyum.
“A’ah.Terima kasih.In sya Allah.Moga dapat manfaat bersama.” Iman bersuara. Tiga yang lain turut sama mengangguk.Ateh senyum.

Kedengaran azan Isyak berkumandang dari Samsung S3 milik Huda.
"Isyak dah masuk. Jom solat." Huda bersuara.
"A'ah. Kejap lagi Ain dengan Amani nak masak special untuk semua." Ain cakap sambil kening diangkat. Yang lain tergelak kecil.
"Alhamdulillah, da chef in the house nak turun padang masak istimewa malam ni. Rindunya nak makan masakan korang berdua." Huda menutur kata, ceria. Ateh dan Iman berpandangan sambil tangan membetulkan letak sejadah.
Dan mereka berlima tersenyum bahagia. Syukur atas kurniaan Allah. Kawan-kawan yang sentiasa ada waktu senang dan susah. Yang tidak kisah latar belakang mahupun pangkat dan harta kekayaan.
Iman terasa seperti matanya panas berkaca. Tidak disangka pertemuan kali pertama 5 tahun dulu membawa dirinya mengenal kawan-kawannya itu.Sungguh, dia bersyukur.Allah hantar mereka kerana Allah sayang akan dia.Allah hendak tegur dia melalui kawan-kawannya yang baik-baik itu.Alhamdulillah.Dia teringat hadis Nabi yang pernah Ustaz Aimin ajar dulu.Nabi pesan ;

"Tidak sempurna iman seseorang, sehingga dia mencintai saudaranya (sahabatnya) sepertimana dia mencintai dirinya sendiri." 

Ustaz cakap, kawan yang baik, yang cinta akan kawannya macam dia sayang dengan dirinya itu adalah yang bila dia tak mahu kawannya berbuat yang tidak baik, seperti mana dia tidak mahu dirinya berbuat jahat juga. Dia yang mengharapkan kawannya itu dilimpahi keberkatan dunia dan akhirat. Dia yang sentiasa melakukan perbuatan yang menggembirakan hati kawannya.Allah~ Iman berterima kasih pada Allah sebab kawan-kawannya begitu. Dalam hati dia berdoa agar dia juga boleh jadi begitu. Bersahabat kerana Allah.

"Along, jom.Imam eh." Tersedar Iman dari lamunan apabila terasa Ateh menepuk belakangnya lembut.
Iman angguk sambil menghadiahkan senyum manis.Semua dah berbaris membentuk saf, lurus.Hati masing-masing tunduk sedaya diikhlaskan hanya untuk Allah.Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, tangan diangkat dan takbir dilafaz.Masing-masing tenggelam dalam cinta.Cinta pada Sang Pencipta.

* * *

and the story is not yet ended.^^. In Sya ALLAH.

nisaJauri
cairo24112012
1.50am

Tulisan tangan (yang dibantu keyboard laptop) yang tidak seberapa ini adalah hakcipta terpelihara (yang ideanya dipinjamkan Allah) empunya blog.Ambil yang dirasa baik dan tegur serta ingatkan mana yang dirasa kurang (dan amat dialukan). Dan ia hanya coret-coret dikala kelapangan, a note to self actually, A SELF REMINDER.




Friday 23 November 2012

Bulatan Gembira Berpetak Bahagia.

Ep:1

kredit : tumblr.com

Bismillah~
BG&PB-Bulatan Gembira:1
* * *
Iman meletakkan pen hitamnya atas meja belajar.Jam menunjukkan pukul 2.30 petang waktu Aberdeen.
“Alhamdulillah.Selesai 3 mukasurat.” Mulut berkata yang hanya telinga sendiri mendengar.
Usai 3 muka dia berehat.Mata tertancap pada dinding muka bukunya.Kekunci laptop dibawa ke ikon bumi di belah kiri atas laman muka buku.Ada 1 notifikasi masuk.
--> Ateh Insyirah updated her status.
Terus Iman menekan touch pad laptopnya mahu tahu status apa pula yang Ateh tulis kali ini.Dia suka baca status Ateh, sebab Ateh suka tulis sesuatu yang baik-baik.Yang kadang-kadang boleh sentuh hati dia.Ateh suka beri peringatan walaupun status pendek tak berjela.

Dinding timeline Ateh memenuhi ruang skrin laptop.

“As-Syuara’:77-91.
---------------------------------------
Dia Tuhan Seluruh alam.
Dia Tuhan Pengasih dan penyayang.
Dia Allah, tuhan saya, kita, kamu dan mereka.
Minta, dan Dia akan beri walau lambat tapi Dia takkan pernah memungkiri.
Kita, sila ambil peduli, pada yang namanya hati.Jaga!”
*notetoself
Allahu…

Allahu~..Bibir mengukir senyum segaris.Ateh…

“Ehem…” Terasa bahunya dicuit dari belakang.
“Cik kak Along sayang..stalk facebook orang ye.” Ateh dah berdiri cekak pinggang di belakang.Dia tersenyum.Manis.
“A’ah cik kak Ateh manis.” Lidah dihulur gaya mengejek sambil geleng-geleng kepala.
“Dah habis study?.”
“Dah.Kuota 3 muka dalam masa setengah jam dah berjaya dilaksanakan Puan.”Serius Iman menjawab.
“Ni apa gaya macam askar batalion Tanah Melayu tak cukup syarat je?”
Iman senyum sampai telinga.Insyirah juga.Masing-masing faham dah perangai sesama.Dua-dua memang suka bergurau.Rumah sewa “rumahku syurgaku” milik mahasiswi perubatan berempat Universiti of Aberdeen campur cik puan bakal jurutera seorang tu memang sentiasa ceria.
Dia, Insyirah, Ain, Amani dan Huda semua sekepala.Cuma Insyirah kadang-kadang terlebih matang dari yang lain.Iman pula kawan-kawan label macam orang terlebih kasih-sayang.Pantang nampak pipi kawan-kawan, suka dia hadiahkan ciuman.Nasiblah semua faham.Ain dan Amani dua sekawan.Datang dari sekolah menengah yang sama.Suka tolong orang.Dan Huda, cik puan engineer, pelik sikit.Pelik-pelik dia pun, orang senang berkawan.Mana tak pelik, habis semua peralatan elektrik miliknya diubahsuai.Suka suki katanya.Mereka tak kisah asalkan boleh guna semua “barang terlebih canggih” tu sudah.

“Along, Ain dengan Amani mana?Tak Nampak pun?”
“Diorang keluar kejap.Nak beli barang rumah sikit.Nak masak special malam ni katanya.” Iman jawab sambil tangan mencapai Toblerone putih atas meja.
“Nak?”
Ateh geleng. “Makanlah.Huda?”
“Ada dalam bilik.Tengah buat assignment.Minggu depan nak hantar.” Ateh angguk.
“Kejap lagi nak maghrib.Lepas maghrib macam biasa ye.” Ateh mengingat sambil tangan menepuk lembut bahu Iman.
“Ai ai ma’am.Roger that.In sya Allah.”
Ateh senyum geleng kepala.Dia keluar dari bilik menuju bilik kawan mereka, Huda.Sama.Nak mengingatkan juga macam yang dia cakap pada Iman tadi.
“Baik cik kak Ateh sayang.” Huda senyum menjawab.Huda sudah selesai menghabiskan studynya petang itu.Dia keluar ke ruang tamu menuju jendela mahu melihat anak-anak kecil mat saleh bermain salji.Walaupun tak setebal mana, tapi seronok.
Pintu rumah terkuak.“Assalamualaikum…” Panjang berlagu Amani memberi salam.Winter coat masing-masing dibuka dan disangkut kemas pada batang penyangkut bersebelahan rak kasut.
“Kami dah pulang emak buat cucur, mudah saja tambah air…” Ain nyanyi sambil Amani menyiku pinggang.Lima kepala gelak serentak.

* * *
to be continue..tehe! ^^

nisaJauri
cairo231112
1.37am

Tulisan tangan (yang dibantu keyboard laptop) yang tidak seberapa ini adalah hakcipta terpelihara (yang ideanya dipinjamkan Allah) empunya blog.Ambil yang dirasa baik dan tegur dan ingatkan jika dirasa kurang (dan amat dialukan).Dan ia hanya coret-coret dikala kelapangan, a note to self actually, A SELF REMINDER.

Sunday 18 November 2012

The NOT FORGOTTEN Land.

Allahu~


Berdzikir dengan nama tuhanmu
Bermunajatlah di tengah malam
Bertaubatlah padanya penuh rasa hamba
Agar doa kita di.. makbulkan
Agar Palestina kita genggam semula
Agar Palestin bebas di tangan kita
Kembali damai disirami air

Kebenaran Al-Quran dan sunnah
Palestina kan dimiliki lagi
Ingatlah Allah dan hindarkan dosa
Palestin kan aman lagi
Dengan ketaatan dan amalan soleh

Palestine you will regain your land
Remember Allah and stay away from sin
Palestine will be at peace again
And filled with the worship of Allah

Dengan kata dan ketaqwaan
Pada Allah yang maha kuasa
Ketakutan dan kelemahan
Peluru dan dentuman 
Bukan lagi penghalang
Pembelaan Allah akan datang
Palestin... Palestin... Palestin
Palestin... Palestin... Pa...lestin

-UNTUKMU PALESTIN-
RAIHAN






Wednesday 7 November 2012

AZAM.

^_^


Bismillah.
* * *
"Ya saya."
"Jangan termenunglah Izzah.Macam nak terkeluar biji mata dah aku tengok.Tu, buku yang kat atas meja, dah abis baca belum? Esok nak kena bentangkan." Tinggi suara Johanna mengingatkan.
Izzah senyum simpul berwajah manis macam kerang busuk.Err, tapi yang ini wangi lagi.
"Arasso arasso."Amboi, tu dia.Sekali Korea yang keluar.
Johanna atau lebih selesa dia dipanggil Hana hanya mampu menggelengkan kepala tanda pusing dengan kawan sebiliknya itu.Bukan dia marah cuma mahu mengingatkan.Tiga hari kelmarin, habis masam mencuka wajah manis sahabat baiknya itu selepas diperli Prof. Aimin.Itu semua gara-gara assignment tak siap, pembentangan tak sempurna.Haila haila.Ketawa kecil dia mengingat.Izzah, kalau tak duduk menghadap laptop menonton masterchef Korea siri masak-memasak makanan Korea kegemarannya itu, dia akan termenung.Habis Benji di sebelah jadi mangsa rakan kongsi tadah telinga dengar dia membebel ntah apa-apa.Dan benji tu teddybearkura-kura milik Izzah.
Begitupun, dia sayang sahabatnya itu.Sangat.Dari tingkatan 1 bersama.Sampai sekarang, dekat UiTM pun sama-sama menuntut ilmu.

"Baik mak incik.Aku nak sambung study lah ni." Senyum lagi.
"Tahun ni, tak nak main-main lagi.Aku kena rajin.Kena perbaiki niat belajar.Kalau dulu tu, asyik ngadap laptop (senyum sampai telinga), sekarang nak kurangkan menda-menda tu, insyaAllah.Tapi, kau kena tolong ingatkan aku.Kadang-kadang aku lupa." Senyum.Semangat Izzah.
"InsyaAllah.Sama-sama kita belajar dan berjaya semester ni ye, intan payung sayang." Hana kenyit-kenyit mata.
"Euwwww, gelilah." Sambil menutup telinga Izzah menggeleng.
Ketawa terlebih harkat kedengaran dari bilik mereka.Mujur hujung.Jauh dari warden.Kalau tidak, mahu ada yang bermuram durja di kelas esok.

* * *
Bismillah,
Walhamdulillah, wallahuAkbar!
Yosh!!! Anis nak jadi macam Izzah.Pasang niat untuk perbaiki apa yang telah dimulakan.
Kuliah pun dah nak hampir sebulan mula.Pergi pun hangat-hangat tahi ayam.Haiiii~
CUBA walau paaaaayah tapi kena paksaaa.Memang tak mudah, cuma kena yakin diri mampu buat.
Dan jikalau ada yang membaca ini yang dekat dengan saya, tolong ingatkan ye.Saya ni terkadang suka lupa.
Bismillah..Moga Allah memberkati dan mempermudah.
Jalan untuk mengubah biarpun payah tapi tak susah,insyaAllah.

Saying is one thing, but doing is another. Allahu~
*mata pinar-pinar*

nisaJauri
cairo2012