Saturday 21 January 2012

::Wipetears::

STAY STRONG 
for ALLAH is making you, 
not breaking you!

‎"Allah never throws you deeper than you can go. He throws you from such a height were He knows yes you may fall, gain a few scratches, and open wounds, but He also knows how much sabr, tolerance and will power you have to stand back up. Yes we all complain, moan and cry saying ‘Why Me!’ but why do we forget this life is a test; Allah is making you, not breaking you. He is by your side, He is your shadow and your guiding light..”
(well,the payung is beautiful and kyeopta :) )


Aha! Alhamdulillah, thank you Allah.Masih ada lagi nafas yang diberi pinjam, kekuatan rohani dan jasmani menempuh hari-hari mendatang, and this oppurtunity to write and spill dalam blog biasabiasa ni..again, Alhamdulillah.
Well, dear friends and blog(^_^).While i'm writing this new entry, i've just passed my fifth paper .(wish me luck and pray for me,tq).And there still one more paper to go.
Dan dalam setiap kali menempuh kesejukan pagi yang terkadang buat tangan, kaki and badan menggigil tahap taktaunakcakapape, terselit bermacam hikmah yang memang tak selalu dapat rasa.Orang kata,exam-imtihan-perekse or pekse :)- ni untuk menguji sejauh mana kita faham tentang apa yang kita pelajari selama setahun (or setengah tahun).And basically it's true! And the hikmah yang dapat saya kongsi dengan kawan-kawan ialah:

1. Kita belajar dan belajar (yang sememangnya belajar tidak akan pernah kenal erti penat) dan akan diuji kemudiannya which means we'll sit for our examination.Natijahnya kita akan dapat selepas selesai peperiksaan, samada berjaya dengan cemerlang atau ditangguhkan kejayaan.Dan begitulah juga kehidupan yang sebenarnya.Allah memberikan kita kehidupan, kita hidup dan menjalani kehidupan seperti biasa kita sekarang dan Allah datangkan pula ujian untuk menguji sejauh mana keimanan dan kesabaran kita menghadapi ujian yang didatangkan.Natijahnya nanti, akan ditentukan pula di akhirat kelak.Jika baik perbuatan kita, maka baiklah natijahnya dan begitulah juga sebaliknya.Jadi, hiduplah dengan berlandaskan syariatnya.Tidak akan rugi kita kalau tetap teguh mengikut segala perintahNya, InsyaAllah.Kerana Allah sayang kita.

2. Tahun terakhir di universiti ini mengajar saya banyak perkara.Terkadang buat saya malu pada diri dan teman-teman.Malu pada Allah dan RasulNya.(T_T)
So, saya yang kena buat perubahan untuk kebaikan diri sendiri.Kerana saya sedar bahawa ilmu saya ini nanti bukan semata untuk simpanan saya, tetapi hadiah untuk UMMAH juga.Dan ilmu ini bukan semata ilmu kuliah yang dipelajari, tapi akhlak yang baik serta jati diri yang mantap pun mesti diperbaiki.Kerana saya dan kita semua adalah Muslim yang Mukmin (insyaAllah), dan Muslim yang baik itu yang mantap akidahnya, baik akhlaknya, teguh pendiriannya.InsyaAllah.

(10 muwasafat tarbiah)

3. BELAJAR BUKAN SEMATA UNTUK PEREKSA!BELAJAR UNTUK MANFAAT DIRI DAN ORANG LAIN.kerana ILMU ITU BUKAN SEMATA DIHAFAL BUTA, TAPI UNTUK PERKONGSIAN BERSAMA.


4. Selepas 5 hari menduduki dewan peperiksaan berbekalkan masa sebulan mempersiapkan diri dengan hafalan, mentelaah kitab kuliah, saya terfikir dan diingatkan;
->"nak kena belajar ni.Buat exam betul2.Nak balik.Tahun ni final year..and bla bla bla..." and yeah, it's a common thought I guess.Semua yang belajar dan study kadang-kadang mesti akan terfikir atau terlintas untuk terfikir macam ni.But, wait me!!! this thought is not right la.The purpose of study is not just to be success and mumtaz, tapi dapat manfaat dari apa yang kita study..BUKK!! (bunyi jatuh..:) )
->And study bukan semata untuk exam and yeah, study memang penting untuk lulus exam tapi jangan semata sebab nak lulus exam kita pasakkan niat untuk exam saja..And dear myself and friends, STUDY BUKAN AIB, STUDY ITU IBADAH..(note to self!)
->"susah lah madah ni.banyak nye muqarrar..argh!!! tak habis baca lagi..waaaa,menimbunnya nota! nak balik cepat..and bla bla bla..." dan seorang kawan saya datang mengingatkan (thank you Allah for her, and thank you jajangmyun-nama yang saya bagi die.comelkan!:)- )
"anis, belajar ni ibadah.belajar ni untuk manfaat orang lain.bukan semata kerana imtihan.awak kena tajdid niat selalu.kena ingatkan diri yang belajar ni bukan sebab nak balik cepat je.lebih-lebih lagi dah tahun 4 ni.memang rasa nak balik tu sangat kuat (and yes, it is...)tapi ingat belajar dan berjaya tu untuk masyarakat kelak...dan, dalam pada study kuat2 tu, jangan lupa bahawa pergantungan kita hanya pada Allah.Doa dan tawakal itu mmg sgt perlu..k,^_^"
kamsahamnida uri jajangmyun.nol saranghae..^___^ hehe.

5. Hal dalam dewan perekse pun banyak hikmahnya.Uji kesabaran satu hal, uji pergantungan kita dengan Allah hal yang lain pula.Dalam pada memerah otak duduk berfikir mengingat jawapan, macam2 jenis gangguan yang dtg.
"ya banat,souut..min lissah mamadotsh (betulke ejaan ni:D)..kring kring kring (bunyi telepon)..min lima'aha mobile lau samah ti'filhu..bisur'ah ya banat,khomsah daaik..and hakaza...:D "
Dan yang paling penting, hal pergantungan kita dengan Allah.Yang minal ma'ruf, kita panggil TAWAKAL.Kadang2 rasa macam nak nangis sebab lambat sgt nak ingat jawapan,jawapan tak keluar2,kenapa lupa ni?,Allah~..kat situ terfikir, Allah tahu setakat mana yang kita mampu berdasarkan usaha kita juga.Dan selebihnya itu rezeki dan rahmat dariNya jua.Jangan salahkan Allah kalau tak ingat, bukan Dia tak bagi, cuma mungkin lambat.Jangan pernah putus berSANGKA BAIK dengan ALLAH.



6. Tawakal, tawakal and tawakal.InsyaAllah...
Buat sahabat-sahabat yang masih berdepan dengan imtihan (macam saya,walaupun satu paper je lagi) BITTAUFIQ WANNAJAH.Begitu juga buat yang telah selesai.Doakan bersama moga IlMu yang diperoleh itu kekal dalam ingatan dan dalam keberkatan Allah selalu.Amin..

Belajar itu ibadah.!Yosh!
Mumtaz untuk Ummah!

[Menulis bukan hanya suka-suka.Tapi ia saya anggap sebagai sebuah perkongsian.Yang nanti manfaatnya dapat kita ambil sama-sama.Walaupun tahu bahawa tulisan ini biasa-biasa sahaja.]


Last but not least, easy said than done, but kena buat perubahan dengan mula latih diri buat apa yang mulut cakap (yang baik2 je tau..).Allah, please guide us.

And with that, i rest my case.:) WALLAHUA'LAM.

Credit to beautiful pictures up there, jajangmyun ^^, ayat2 ablah..heee,papan keyboard lappy and etc..

(YA ALLAH, lindungilah aku dan keluargaku serta sahabatku di bawah perlindunganMu.Amin)

Sunday 15 January 2012

CONTENGAN JALANAN: MY VERSION pt2


NAWAL MEANS HADIAH, UJIAN ITU HADIAH:)




Memang akan ada satu waktu yang kita rasa macam hidup ni penuh sangat dengan ujian.Terkadang rasa sungguh2 tak mampu hadapi ujian yang Allah datangkan.Tapi,that's  really not right, to feel that life is a burden.The way is too long.Life is tiring and so...
Cause, how much burden we may lift we have ALLAH.Yup!!
DO NOT GIVE UP yaar..as He says;

29:2
29:3

Do the people think that they will be left to say, 
"We believe" and they will not be tried?
But We have certainly tried those before them, and Allah will surely make evident those who are truthful, and He will surely make evident the liars.
[Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan : “Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi?]
Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.
29:2,3

Dan atas semua yang diuji, Allah balas dengan kebaikan.kerana Allah Maha Penyayang.:)
And He is The Most Merciful, the Entirely Merciful.

40:60

And your Lord says, "Call upon Me; I will respond to you." Indeed, those who disdain My worship will enter Hell [rendered] contemptible.

Kan..? dah cakap,Allah sangat Maha Penyayang.Ujian-ujian yang datang menguji itu bukan suatu beban.Tapi tanda Allah ingat pada kita.Cuma kebijaksanaan kita serta Iman kita yang memandu jasad untuk terus kuat menghadapinya.InsyaAllah,moga kita terus sama-sama kuat untuk menerima ujian-ujian yang Allah uji atas kita.Ingat!itu TANDA ALLAH SAYANG KITA dan ALLAH TAHU KITA MAMPU, in sya ALLAH..:) 
(greeeen ^^ .and i said green is LOVE)

Memang ada waktu,
kamu akan melihat seperti Allah tidak menghiraukanmu.
engkau kecewa.
Ingin meninggalkanNya.
Seakan-akan engkau merasa, engkau sahajalah yang diperlakukan sedemikian rupa.
Jangan! Aku juga demikian sebenarnya.
Tetapi aku kekal percaya.
Kerna kehidupan ini ada dua.
Kalau bukan di dunia kita memperolehi apa yang kita hajati,
di akhirat sana adalah pasti.
Tuhan tidak kurang apa-apa dengan engkau meninggalkanNya.
Tetapi engkau hilang segala-galanya apabila berjarakan denganNya.
Hamba. Menangislah. Berteriaklah.
Kemudian kembalilah.
Sujudlah.
Sabar,
dan percayalah.
[Hilal Asyraf]

Ok kawan-kawan, jom semangat dan cuba sambut ujian Allah dengan penuh sabar dan redha.Kerana ia akan manis juga akhirnya nanti,insyaAllah.


*it's a things to ponder as well as a reminder (^^)


P/s : sedang diuji dengan ujian Imtihan dunia.minta doa dari semua.:) aaaa, and not to forget, credit to the link down there, doodle dakwah's pic, and of course papan keyboard laptop bertuah..:))



Read more: http://tersenyum-melihat-langit.tumblr.com

Monday 9 January 2012

Nota : Fikir, Zikir


-A THING TO PONDER-

Jangan berkecil hati dengan teguran orang. Jika kita berkecil hati dengan teguran orang, sebenarnya kita telah berkecil hati dengan Allah. Kerana apabila seseorang itu menegur kita, sebenarnya Allah yang menegur kita, MELALUI ORANG ITU.
Jadi kalau kita dimarahi atau ditegur, bersyukurlah kerana DIA masih sudi mengingatkan kita disaat masih ramai yang tak terpilih untuk ditegur olehNYA.
Layakkah kita hamba yg hina ini utk main merajuk-rajuk dengan Tuhan yang Maha Agung lagi Maha Esa, padahal apa yang DIA takdirkan semuanya kerana kasih sayangNYA untuk kita.

                                                                                                                                                                 



Alhamdulillah.Akhirnya ada entry baru untuk blog biasabiasa saya ni..Dan ia entry ke-3 dan yang ke-2 untuk tahun 2012 ni.
Dan seperti yang telah dan pernah saya tulis, blog ini akan terisi pabila terasa ada sesuatu yang nak kongsi and spill.
And what is that? Well, dear friends, it is about something yang terkadang kita lupa, atau leka atau buat-buat lupa.Saya tersentak dan terfikir akannya pabila sedang mengadakan kunjungan hormat (^^) dan ziarah (well, dalam makna kata lain online and sign in :P ) ke tumblr kawan-kawan maya saya.Juga ke laman2 facebook teman-teman yang suka mengingatkan ; seperti firmanNya juga ,

 51:55
Az-Zariyat:55
[And remind, for indeed, the reminder benefits the believers.]

-Allah~ jazakumullahu khairan jaza’ kawan-kawan.Tak kira lah di alam maya, atau yang selalu dekat-

Friends, we do sometimes terlupa dan terkadang buat-buat lupa (dan jauhkan kami dari ia ya Allah) something yang kadang-kadang nampak remeh as in kita panggil biasa2 je.
>>-Tak yah pun takpe.Dia/mereka faham tu…-

Haaa..saya ada rasa macam ni.(Allah~lemahnya saya T_T) Kawan-kawan? Moga tiada hendaknya.And what is it? It’s called –be thankful- BERSYUKUR, dalam bahasa mudahnya kita panggil berTERIMA KASIH.
And yes! BerTERIMA KASIH ni boleh diadaptasikan dalam banyak aspek kehidupan.Ia macam lebih kurang maknanya kalau dapat sesuatu kita hargai dan ucap terima kasih pada si pemberi.

Macam contoh kita ucap :

“Terima kasih mak dan ayah melahirkan dan membesarkan, menjaga dan mengajarkan kami adik beradik mengenal Sang Pencinta dan Kekasih Agungnya.”

“Terima kasih kawan-kawan menjadi pelengkap sebuah tali persahabatan duniawi.Moga Allah temukan dan tautkan semula ikatan itu di syurgaNya yang kekal abadi,Amin.”

“Terima kasih cikgu.Terima kasih pak cik, mak cik….dll…

Kamsahamnida….arigato gozaimas…hehe.tibe2 Je :)

And the most IMPORTANT thing is to be THANKFUL to  ALLAH.Yup!..
Dalam apa jua keadaan pun, susah atau senang.Sedih atau gembira dan segala macam jenis keadaan, JANGAN LUPA ucap terima kasih dan bersyukur dengan apa yang Allah beri.

Allah sayang kita, sebab tu Allah banyak nasihatkan kita tentang SYUKUR dan nikmatnya bagi orang-orang yang bersyukur serta azab bagi yang kufur.

14:7

Ibrahim:7 [And [remember] when your Lord proclaimed, 'If you are grateful, I will surely increase you [in favor]; but if you deny, indeed, My punishment is severe']
(Tulisan merah bermaksud:Pasti! Akan Allah tambah lagi nikmat kita kalau kita bersyukur)

27:73

An-Naml:73
[And indeed, your Lord is full of bounty for the people, but most of them do not show gratitude."]
Which means, Dan sesungguhnya Tuhanmu benar-benar mempunyai karunia yang besar (yang diberikan-Nya) kepada manusia, tetapi kebanyakan mereka tidak mensyukuri (nya).
Dan moga-moga Allah menggolongkan kita di kalangan hamba-hambaNya yang sentiasa bersyukur.Amin,InsyaAllah.

Jadi kawan-kawan, sebutlah ALHAMDULILLAH tanda syukur kita pada Allah.PAda nikmat yang dikurniakan.Pada ujian yang ditimpakan.Itu semua tanda Allah sayang dan ingat pada kita.Dia tidak minta kita balas tapi cukuplah bersyukur dan berbuat kebaikan.

Entry ini khusus saya jadikan nota fikir,zikir saya dan hadiah untuk kongsi dengan kawan-kawan yang sudi membaca.TERIMA KASIH :) Kamsahamnida.

Jazakumullahu khairan jaza'

And last but not least, talking is nothing, doing is something..And it's truly true.
And He says : Well done is better than well said.[61:2]

(Allah~Golongkan kami di dlam golongan orang-orang yang Kau redhai dan melakukan apa yang kau perintahkan.)

And with that, I rest my case :P


[Menulis bukan hanya suka-suka.Tapi ia saya anggap sebagai sebuah perkongsian.Yang nanti manfaatnya dapat kita ambil sama-sama.Walaupun tahu bahawa tulisan ini biasa-biasa sahaja.]

Credit to : gambar comel, idea yang Allah bagi, sekali lagi lappy cute :) , papan keyboard, and tumblr yg awesome.And here's the link ;



(untuk gambar yang comel kat atas tu :)

Sunday 1 January 2012

[CONTENGAN JALANAN] my Version : Read and Heed



[CONTENGAN JALANAN] : Read & Heed pt 1

~The power of PRAYER will never leave you even in the darkest of times.It is the greatest weapon known to man,a freedom no one can take away...~

Ini bukan copy mana-mana tajuk novel-walaupun really ada tajuk seratus persen sebjik dengan entry ni and of course it’s Hlovate’s my fav author ever-.



Tapi memang betul hidup itu satu perjalanan,kembara,pusingan dan apa sahaja perkataan yang rasa boleh masuk makna dia dengan 3 perkataan tadi.Dan kehidupan itu pula amanah yang Allah bagi pada setiap hambaNya yang berfikir.Dan tak salah rasanya kalau boleh diinterpretasikan dengan makna kata bahawa setiap manusia yang hidup itu bertanggungjawab as in sebagai khalifah pada setiap perjalanan yang bakal ditempuh di muka bumi Allah ini.
Allah sebut ;
51:56

Yang mafhumnya; Tidaklah Aku ciptakan manusia dan jin itu melainkan untuk beribadah kepadaku.Az-zariyat:56

Well, entry pertama-tama kedua yang ditulis ini ilhamnya dari beberapa siri bacaan yang spirit watak dia sedikit sebanyak membuka mata dan hati.Rasa seperti diri kerdil yang teramat.Dan sememangnya bukan sekali dua rasa ingin menulis aka spill out rasa hati ni nak dimulakan,tapi dah berkali-kali cuma tangan je yang tak berani lagi.Takut-takut yang ditulis itu membawa fitnah dan sebagainya.Dan sekali lagi pabila rasa nak spill semua benda tu datang balik, nah ! ni lah hasil yang tak seberapa.


(well, this picture sure my fav picture..kalau perasan :) )

Contengan jalanan -which is referring to the actual novel- kalau boleh diulas, sarat makna dan pengertian.Bukan sekadar berjalan, tempuh kehidupan dan buat contengan suka-suka, tapi berjalan,tempuh kehidupan yang penuh dengan makna.Berjalan dalam erti kata lain mengembara mencari erti hidup yang nantinya tujuan setiap perjalanan itu semata kerana Allah, untuk menggapai redha dan rahmat dariNya.
Nah, satu perkongsian.Lirik nasyid popular Mirwana ni mungkin terkadang biasa jadi siulan time tgh study (sambil dengar lagu ) atau mungkin tgh masak2 dan sebagainya.Tapi the meaning is really something..

Di sini kau berdiri

berpijak di bumi

menjunjung langit yang luas

Pernahkah kau berfikir

alam penuh rahsia

anugerah yang maha esa


Berjalan,bermusafirlah
melihat kebesaran tuhan 
yang diciptakan untuk
mereka yang berfikir
dan bersyukur di atas nikmat
dan kurnianya
nilai harganya,iman dan taqwa
bagi hamba yang setia

Tiada beza warna,kulit atau rupa
yang ada hanya insan yang lemah
dengan satu tujuan mencari keredhaan
dan berbudi di bumi tuhan


Allah sebut dalam firmanNya yang penuh dengan ingatan dan kasihnya ;

30:42

Katakanlah: “Mengembaralah kamu di muka bumi kemudian lihatlah bagaimana kesudahan orang-orang yang telah lalu (yang telah dibinasakan); kebanyakan mereka adalah orang-orang musyrik”.
Ar-Rum:42

Dan sebenarnya, entry ini lebih berbaur muhasabah.Dengan niat menulis dan mengajak diri sendiri terutamanya dan kepada yang sudi membaca untuk sama-sama muhasabah dan memperbaiki kelemahan.Walaupun sangat benar bahawa nobody’s perfect and people make mistakes, tapi itu bukan alasan melemahkan semangat untuk terus berusaha ke arah kebaikan.
Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah;

2:148

[Dan bagi tiap-tiap umat ada kiblatnya (sendiri) yang ia menghadap kepadanya. Maka berlumba-lumbalah (dalam membuat) kebaikan. Di mana saja kamu berada pasti Allah akan mengumpulkan kamu sekalian (pada hari kiamat). Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu]

(Allah~ sungguh diri ini kerdil, sarat dosa..Namun, di sudut hati paling dalam aku inginkan kebaikan agar terus memberi cahaya pada hati.)

Menulis bukan hanya suka-suka.Tapi ia saya anggap sebagai sebuah perkongsian.Yang nanti manfaatnya dapat kita ambil sama-sama.Walaupun tahu bahawa tulisan ini biasa-biasa sahaja.

credit to : Contengan Jalanan; Hlovate (my fav),Mr.Google,lappy comel,papan keyboard dan ilham yang Allah kurniakan...
p/s: Exam is around the corner.Do pray for me and my friends..