Wednesday 15 February 2012

~SETANGGI CINTA~


::AS IF YOU CAN SEE HIM::
{كـأنك تراه}

It’s a bird; it’s a plane, no! It’s Superman!!!
Pasti ada yang pernah mendengar tagline seperti yang di atas.Kalau masa kecil-kecil dulu, masa zaman-zaman suka tengok cerita kartun atau superhero-superhero kuat dan gagah mesti kenal tagline itu.Siapa yang tidak kenal Superman.Hero kacak boleh terbang, tengok benda dari jauh.Atau Batman mungkin, hero kelawar yang suka keluar selamatkan orang malam-malam.Ultraman 5 bersaudara (erk?), gagah menghapuskan raksasa-raksasa jahat yang cuba mengugat keamanan negara.Dan banyak lagi sebenarnya kalau hendak disebut.Kita semua kenal mereka mungkin.Tapi, bukan pula mereka yang menjadi cerita entri saya kali ini.Bukan Superman, Batman atau Ultraman.Entri kali ini saya tulis sebagai perkongsian dengan sahabat-sahabat berkenaan dengan seorang lelaki yang lebih 1000 kali gagah dan kuat dari superhero-superhero yang kita pernah kenal tapi tak pernah wujud itu.Lelaki yang Allah utus untuk sekalian alam.Memberi petunjuk kearah kebaikan.Menghapus kejahatan, kezaliman, penindasan dan segala yang berkaitan dengannya.Lelaki yang terlalu merendah diri tatkala di puji, terlalu bersabar tatkala diuji, terlalu penyayang tatkala berkasih sayang.ALLAH~ Dia sungguh mulia.Allah telah pun berjanji meletakkan makamnya di tempat tertinggi di dunia mahupun di akhirat sana.Dialah KEKASIH ALLAH, Insan agung, Junjungan tercinta, Nabi kita Muhammad Bin Abdullah Sallallahu Alaihi Wasallam.

بسم الله الرحمن الرحيم
Selawat dan salam buat baginda junjungan.
Bagaimana harus saya mulakan?Begitu banyak yang terlintas dibenak ketika memikirkan apa isi yang ingin saya tulis untuk entri istimewa ini kerana saya yakin, yang bakal membacanya juga adalah mereka yang kenal Nabi kita.Kenal, cinta dan rindu akan Baginda.Tapi saya, mungkin terkadang lalai untuk setiap saat memikirkan Baginda.Allah~ kerdil sungguh diri ini bila memikirkan cinta para sahabat terhadap baginda.Malu pabila ingin menulis dan menukilkan isi entri ini.Takut-takut ia memakan diri.Ketika mencari isi entri di laman-laman sesawang Allah mengilhamkan dan memberi kesempatan terbaca dan membaca sesuatu yang seakan memahami isi hati ketika mahu mula menulis tentang kekasih Allah yang agung ini.Saya meminjam beberapa baris tulisan, kata-kata dari Dr. Ahmad Muhammad Al-Hufy.Sebelum beliau menulis tajuk من أخلاق النبي beliau memulakan tulisannya dengan penuh kerendahan hati ;


"Ya Rasulullah junjunganku! Apakah kata-kata yang tidak berdaya ini mampu mengungkapkan ketinggian dan keluhuranmu? Apakah penaku yang tumpul ini dapat menggambarkan budi pekertimu yang mulia? Bagaimana mungkin setitis air akan sanggup melukiskan samudera yang luas? Bagaimana mungkin sebutir pasir akan mampu menggambarkan gunung yang tinggi? Bagaimana mungkin sepercik cahaya akan dapat bercerita tentang matahari? Sejauh yang dapat dicapai oleh sebuah pena, hanyalah isyarat tentang keluhuran martabatmu, kedudukanmu yang tinggi, dan singgahsanamu yang agung"


Allah~ Terasa betapa masih jauh lagi bukti kecintaan saya terhadap Baginda SAW.
Namun saya niatkan moga entri ini menjadi wasilah saya untuk mengingatkan diri agar tidak pernah lupa berselawat dan terus rindu pada Baginda Nabi.InsyaAllah.Juga buah tangan buat sahabat yang sudi membaca agar sama-sama turut rindu dan cinta pada Baginda.Amin.

Baginda Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam ada bersabda yang mafhumnya ;
"sesungguhnya orang yang paling dekat denganKu
pada hari kiamat adalah 
orang yang paling banyak berselawat kepadaKu."

Telah jelas terang lagi bersuluh, bahawa barangsiapa yang tidak pernah lekang dari mengucapkan selawat ke atas Baginda Junjungan akan berada dekat dengan Baginda kelak.Dikurnia syafaat dari Baginda malah, Allah dan para malaikat juga menjanjikan kesejahteraan buat kita.

33:56

“Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya berselawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya.” (Al-Ahzab: 56)


CINTA SAHABAT CINTA AGUNG



Kecintaan Seorang Sahabat ra.
Dari 'Aisyah r.a katanya, "Ada seorang lelaki datang kepada Nabi SAW seraya berkata, "Wahai Rasulullah engkau lebih aku cintai daripada diriku sendiri dan engkau lebih aku cintai daripada orang tuaku. Jika aku berada di rumah, aku sentiasa merindukanmu dan tak sabar untuk secepatnya dapat bertemu dan melihatmu. Dan apabila aku teringat kematianku dan kematianmu, tetapi aku tahu engkau kelak dimasukan ke dalam surga, tentunya engkau akan ditempatkan di surga yang paling tinggi beserta para Nabi. Sedangkan jika aku dimasukkan ke dalam syurga, aku takut jika kelak tidak dapat melihatmu lagi". Nabi SAW tidak menjawab ucapan orang tersebut sampai Jibril menurunkan firman Allah,

4:69

Ertinya: Dan barang siapa mencintai Allah dan Rasul-Nya mereka itu akan bersama-sama dengan orang-orang yang dianugerahi nikmat oleh Allah iaitu Nabi-nabi, para Siddiqiin, orang-orang yang mati syahid dan orang-orang soleh. Dan merekalah teman yang sebaik-baiknva. (An Nisaa': 69)

Dan lagi, Saidina Umar al-Khattab ada mengisahkan: “Saya berjalan bersama-sama Nabi SAW sambil diiringi sahabat yang lain. Kemudian baginda berjalan memimpinku. Umar pun berkata: Demi Allah, wahai Rasulullah, sesungguhnya aku benar-benar menyintaimu.” 
Hebat sekali sentuhan kasih sayang antara sahabat terhadap Rasulullah SAW.
Dilanjutkan kisahnya, Nabi SAW pun berkata: “Melebihi cintamu kepada orang tuamu, wahai Umar? Umar pun menjawab: Ya Rasulullah. Kemudian, Nabi SAW bertanya lagi: Melebihi cintamu kepada hartamu, wahai Umar? Umar mengatakan: Ya Rasulullah. Nabi SAW meneruskan lagi pertanyaan kepada sahabatnya itu: Melebihi dirimu, wahai Umar? Umar berkata: Tidak.” 

Seketika kemudian Nabi SAW pun mengatakan kepada Umar: “Tidak wahai Umar. Tidak sempurna imanmu sampai engkau menyintaiku melebihi dirimu sendiri.” Umar pun keluar buat sementara sambil berfikir, kemudian kembali dengan begitu semangat lalu berkata: “Demi Allah, wahai Rasulullah. Sungguh aku menyintaimu melebihi diriku sendiri.”
Mendengar pengakuan daripada Umar itu, Nabi saw pun berkata: “Sekarang, wahai Umar (baru benar).”
Begitulah beberapa kisah kecintaan para sahabat terhadap Baginda Rasul Sallahu Alaihi Wasallam.
Namun, diri ini terfikir, bagaimana pula aku? Bagaimana pula kita?

MUHASABAH CINTA




Ini bukan semata tajuk lagu.Mencintai dan mengasihi Baginda Rasulullah adalah sebuah prinsip dan kewajiban bagi setiap muslim, bukan sebuah pilihan yang samada mahu atau tidak. Terhadap Baginda Nabi Muhammad SAW, seorang Muslim harus menyimpan rasa cinta biarpun kecil. Ini kerana cinta dan kasih sayang merupakan dasar dan landasan ke arah melahirkan umat Muhammad SAW seperti yang telah diteladani oleh para sahabat RA.

Mencintai Baginda Nabi itu boleh bermacam cara.Sukar untuk saya ungkapkan satu persatu kerana terlalu banyak mungkin yang sahabat-sahabat tahu cuma terkadang lupa untuk melaksanakan, termasuklah saya.Namun, kalau boleh ditulis di sini sebagai ingatan antara yang boleh kita lakukan :

1. Sabda Baginda Nabi SAW ;"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku.Dan sesiapa yang mencintai aku, nescaya dia bersama-sama aku di dalam syurga.." [HR Al-Sajary daripada Anas]
Jom sama-sama hidupkan sunnah Baginda.Kalau tak mampu buat banyak, mulakan dengan yang sedikit.Dan yang sedikit disertakan istiqamah itu lebih baik dari yang banyak tetapi ditinggal-tinggal.(Rabbuna Musta'an).

2. Sabda Rasulullah (S.A.W.) juga yang bermaksud: “Barangsiapa yang berselawat ke atasku sekali nescaya Allah akan berselawat ke atasnya sepuluh kali”. [Hadith riwayat Imam Muslim daripada Abu Hurairah r.a]Nah sahabat-sahabat.Baginda juga menjamin, bagi siapa-siapa yang berselawat dan menyebut-nyebut serta mengingati Baginda adalah dari kalangan mereka yang Allah beri kelebihan.Allah~Azim kan kasih Nabi pada kita? Selalu kalau kita sayang pada seseorang sering kita sebut dan ingat akan dia, jadi apalah kiranya kita sediakan satu ruang ingatan itu khas untuk Nabi kita yang juga sentiasa tidak pernah lupa akan umatnya.

3. Mengasihi dan menyayangi ahli bait dan para sahabat Baginda Nabi SAW.
Katakanlah kalau kita menyayangi sahabat kita, kita juga pasti hormat dan sayang akan keluarganya.Begitulah juga dengan keluarga dan para sahabat Baginda.Malah lebih lagi.

4. "Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan sekalian makhluk" [Al-Alaq: 1]. Masih ingatkan kisah penurunan wahyu kepada Baginda.Belajar masa zaman kanak-kanak dulu (seperti yang termaktub dalam sukatan pelajaran KAFA) hinggalah ke hari ini.Jelas, Al-Quran adalah mukjizat terbesar yang Allah beri kepada Baginda SAW.Kemudian disampaikan pula kepada kita.Jadi, adalah menjadi tugas kita pula untuk menjaganya, mengamalkannya, membacanya serta tadabbur dan faham isinya.Memang, terkadang payah untuk memaksa diri sentiasa membacanya tapi, ingatkan hati bahawa Al-Quran itu penawar.Al-quran itu hadiah.Rugi kalau kita tak hargai hadiah Allah.Biarpun 5 minit, insyaAllah takkan rugi.Kan "sikit-sikit lama-lama jadi bukit" ^_^


B A C A L A H!

5. 
33:21

"Sungguh, telah ada pada diri Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu.Iaitu bagi orang yang mengharap rahmat Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan yang banyak mengigati Allah" [Al-Ahzab:33].
Berakhlaklah dengan akhlak yang mulia kerana Nabi kita suka.Apa yang disukai Nabi itulah yang disukai Allah.Moga-moga dengan akhlak yang mulia dan baik menjadi tanda cinta kita pada Baginda.
 Ehem..ehem..
"Tidak rugi kita berakhlak mulia, malah Allah lebih-lebih lagi suka,
beradab sopan kita sentiasa, mari bersama mengamalkannya"
Ini lirik nasyid adik-adik kecil.Mereka pun ajak kita semua berakhlak mulia sebab berakhlak mulia itu disukai Allah dan NabiNya.JOM!!

Last but not least, 
Seorang penyair Arab ada bermadah ;

لو كان حبّك صادقا لأطعته 
انّ المحبّ لمن يحبّ مطيع

Sekiranya cintamu itu benar, nescaya engkau akan mentaatinya,
Kerana orang yang mencintai tentu akan mentaati orang yang dicintainya.

Cinta kepada Baginda Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam itu bukanlah hanya pada lantunan merdu alunan nasyid, ataupun dendangan syair-syair indah semata.Namun, yang paling penting adalah kata-kata dan janji setia terhadap Baginda haruslah seiring dan sejalan dengan hati.Jangan dipisahkan janji cinta itu dari hati.Sambut dan balaslah wahai diri, cinta Nabi Agung, Muhammad Salallahu Alaihi Wasallam dengan penuh ikhlas dan rendah diri.





Harapan, moga-moga entri yang saya kira istimewa ini mampu memberi sedikit sebanyak manfaat terutamanya pada diri dan sahabat-sahabat.Moga ungkapan kecintaan dan kerinduan ini bukan hanya manis dibibir bahkan, sentiasa bersemi di taman hati.Dan telah jelas, Bagindalah superhero yang lebih-lebih patut kita sanjungi.

{Allah, sampaikan salam kami pada KekasihMu.Semaikan hati-hati kami dengan rasa cinta dan rindu mendalam padaMu dan KekasihMu.Amin}

{Ya Rasulullah, syafaatkan kami.}

اللهم صلى على سيّدنا وحبيبنا محمّد صلى الله عليه واله وسلّم

“Your face is bright like the shining moon,
Lighting up darkness of the night,
We are here, we think of you,
Oh Muhammad Rasulullah.”


*Menulis bukan hanya suka-suka.Tapi ia saya anggap sebagai sebuah perkongsian.Yang nanti manfaatnya dapat kita ambil sama-sama.Walaupun tahu tulisan ini biasa-biasa sahaja.
Wallahua'lam.

---------------------------------------------------------------------------------------------
               :  Buku Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam : As if You Can See Him; Dr 'Aid Al-Qarni

Monday 13 February 2012

B a c a l a h !


ALQURAN ITU PENAWAR

Read and heed.


7 Ways to Improve Your Ways to Improve Your Relationship With The Qur’an insha’Allah:

“وَقَالَ الرَّسُولُ يَا رَبِّ إِنَّ قَوْمِي اتَّخَذُوا هَٰذَا الْقُرْآنَ مَهْجُورًا”

“O my Lord, indeed my people have taken this Qur’an as a thing (abandoned)” [Surah 25: 30]

ARE you one of those people who rarely touch the Qur’an? Or do you read daily, but don’t find it is having the impact on you that it should? Whatever the case may be, these are some simple tips that can help you connect with the Qur’an.

1. Before You touch it, Check Your Heart

The key to really benefiting from the Qur’an is to check your heart first, before you even touch Allah’s Book. Ask yourself, honestly, why you are reading it. Is it to just get some information and to let it drift away from you later? Remember that the Prophet Muhammad (peace be upon him) was described by his wife as a “walking Qur’an”: in other words, he didn’t just read and recite the Qur’an, he lived it.

2. Do Your Wudu (Ablution) 

Doing your Wudu is good physical and mental preparation to remind you that you’re not reading just another book. You are about to interact with God, so being clean should be a priority when communicating with Him.

3. Read Qur’an at Least 5 minutes everyday

Too often, we think we should read Qur’an for at least one whole hour. If you aren’t in the habit of reading regularly, this is too much. Start off with just five minutes daily. If you took care of step one, (God willing), you will notice that those five minutes will become 10, then half an hour, then an hour, and maybe even more Insha Allah!

4. Make sure you understand what you’ve read

Five minutes of reading the Qur’an in Arabic is good, but you need to understand what you’re reading. Make sure you have a good translation of the Qur’an in the language you understand best. Always try to read the translation of what you’ve read that day.

5. Remember, The Qur’an is more interactive than a CD

In an age of “interactive” CD-Roms and computer programs, a number of people think books are passive and boring. But the Qur’an is not like that. Remember that when you read the Qur’an, you are interacting with Allah. He is talking to you, so pay attention.

6. Don’t just read; listen too

There are now many audio cassettes and CDs of the Qur’an, a number of them with translations as well. This is great to put on your walkman or your car’s CD or stereo as you drive to and from work. Use this in addition to your daily Qur’an reading, not as a replacement for it.

7. Make Du’a (Supplication)

Ask Allah to guide you when you read the Qur’an. Your aim is to sincerely, for the love of Allah, interact with Him by reading, understanding and applying His blessed words. Making Dua to Allah for help and guidance will be your best tool for doing this Insha Allah! 


~Ya Allah, jadikan kami dikalangan orang-orang yang menjaga KalamMu dan mengamalkannya.Ingatkan kami apa yang kami lupa darinya.Amin~


Source : http://www.tumblr.com/ZQ_XKyFTVTis

Sunday 12 February 2012

THE CHRONICLES [PART 2]

SINAI, TABA, DAHAB
:THE CHRONICLES [parT 2]

Bismillah, thanks to Allah for everything He gaves us.Alhamdulillah.Puji dan syukur hanya padaNya.And now, here comes the continuous journey.Just let the pictures do the talk (well, actually it comes from Allah through me and my lappy keyboard..:) )
Sinai-Saint Catherine-
Di Saint Catherine ke Wadi Arbain (aishh, tarikh tuu....terkilan sungguh :( )

Turun sahaja dari bas, dah mulakan langkah menjejak wadi Arbain penuh sejarah.Perjalanan memakan masa 1 jam berjalan kaki memang menguji kesabaran dan kekentalan jasmani.Menongkah angin kuat, jalan berbatu dan bukit bukau sungguh membuat diri berasa kerdil.Berfikir, bagaimana pula mereka yang hidup di zaman itu.Allah~

Perjalanan ini membawa ke malam hari, dan gambar ini diambil di ketika masih lagi mengagahkan kaki mendaki bukit menuju  Wadi.

Alhamdulillah, akhirnya sampai ke tempat dituju.Inilah batu yang dipukul Nabi Musa menggunakan tongkat lalu terpancarlah 12 air mata air sebagai sumber minuman kaumnya.Diri rasa bertuah dapat sampai ke sini.
-Sedikit sejarah Wadi Arbain dan Uyun Nabi Musa-
Nama Wadi Arbain [empat puluh lembah] diambil sempena firman Allah Taala di dalam al Quran yang maksudnya;

“Allah berfirman :[ Jika demikian ],maka sesungguhnya negeri itu diharamkan atas mereka selama empat puluh tahun [selama itu] mereka akan berputar-putar kebingungan di bumi ini [padang Teh] itu. Maka janganlah kamu bersedih hati [memikirkan nasib] orang-orang yang fasik itu” 

Di kawasan inilah pengikut Nabi Musa menjadi kebingungan tidak menjumpai tempat keluar selama 40 tahun disebabkan keengganan mereka menuruti perintah Allah untuk memasuki kota Palestin. Keengganan mereka di sebabkan keangkuhan mereka serta cerita yang menyatakan terdapat puak yang amat digeruni di dalam Palestin tersebut. Hal ini dirakamkan oleh Allah di dalam al Quran mafhumnya ;

“Hai kaumku, pergilah ke tanah suci [Palestin] yang telah ditentukan Allah bagimu,dan janganlah kamu lari kebelakang [kerana takut kepada musuh], maka kamu jangan jadi orang yang merugi” 

Kedudukan Uyun Musa ini terletak berhampiran dengan Lembu Samiri di kaki Bukit Thur. Uyun Musa merupakan batu yang telah dipecahkan oleh Nabi Musa dengan tongkatnya, lantas terpancar 12 mata air untuk diberi minum 12 suku kaumnya seperti yang telah dinyatakan oleh Allah Taala:

"Dan ingatlah ketika Musa memohon air untuk kaumnya , lalu kami berfirman: "pukullah batu itu dengan tongkatmu, lalu terpancarlah daripadanya 12 mata air. Sesungguhnya tiap-tiap suku kaum kamu telah mengetahui tempat minumnya (masing-masing) makan dan minumlah rezeki (yang diberikan) Allah, dan janganlah kamu berkeliaran di muka bumi ini dengan membuat 
kerosakan" 

2:60


Azim bukan?Kesan sejarah itu masih utuh sehingga ke hari ini.Walaupun berlaku bermacam jenis cubaan untuk memindahkan batu tersebut, namun Allah tetap memeliharanya.

air mata air Nabi Musa

Kawasan hotel -taktauexactlynamadie- tempat penginapan pertama kami setibanya di saint catherine
hotel itu.^_^. Di Saint catherine
Perjalanan kemudian diteruskan lagi.Sebelum keluar dari Saint Catherine, kami menuju ke sebuah lagi tempat bersejarah.Tempat di mana terletaknya pantulan lembu emas Samiri dan makam Nabi Harun.

pantulan lembu samiri, Wallahua'lam
Kisah bersejarah ini juga ada termaktub dalam Al-Quran.Antaranya di dalam Surah Toha, Al-Baqarah.Menceritakan kisah pengikut Nabi Musa A.S.

Tafsir Surah al-Baqarah
Ayat 50-56 


Firman Allah SWT, 

“Dan (kenangkanlah) ketika kami belahkan laut (Merah) untuk kamu lalui (kerana melarikan diri dari angkara Firaun), maka Kami selamatkan kamu dan Kami tenggelamkan Firaun bersama-sama tenteranya, sedang kamu semua menyaksikannya.(50)
Dan (kenangkanlah) ketika kami berjanji kepada Nabi Musa (untuk memberi Taurat kepadanya sesudah ia bersiap selama) empat puluh malam. Kemudian, setelah ia pergi, kamu menyembah (patung) anak lembu, dan kamu sebenarnya orang-orang yang zalim (terhadap diri sendiri).(51)
Kemudian sesudah itu kami maafkan kesalahan kamu, supaya kamu bersyukur.(52)
Dan (kenangkanlah) ketika Kami turunkan kepada Nabi Musa kitab (Taurat) dan keterangan-keterangan (yang terkandung di dalamnya, yang membezakan antara yang benar dengan yang salah), supaya kamu mendapat petunjuk.(53)
Dan (kenangkanlah) ketika Nabi Musa berkata kepada kaumnya: ” Wahai kaumku! Sesungguhnya kamu telah menganiaya diri kamu sendiri dengan sebab kamu menyembah patung anak lembu itu, maka bertaubatlah kamu kepada Allah yang menjadikan kamu; iaitu bunuhlah diri kamu. Yang demikian itu lebih baik bagi kamu di sisi Allah yang menjadikan kamu, supaya Allah menerima taubat kamu itu. Sesungguhnya Dia lah Yang Maha Pengampun (Penerima taubat), lagi Maha Mengasihani”.(54)
Dan (kenangkanlah) ketika kamu berkata: “Wahai Musa! Kami tidak akan beriman kepadamu sehingga kami dapat melihat Allah dengan terang (dengan mata kepala kami)”. Maka kerana itu kamu disambar petir, sedang kamu semua melihatnya.(55)
Kemudian kami bangkitkan kamu sesudah kamu mati (atau pengsan dari sambaran petir itu), supaya kamu bersyukur”.(56)

Dan lagi Allah sebut kisahnya di dalam surah Toha;

20:86

Maka kembalilah Nabi Musa kepada kaumnya dengan perasaan marah dan dukacita; dia berkata: Wahai kaumku! Bukankah Tuhan kamu telah menjanjikan kamu dengan satu perjanjian yang baik? Patutkah kamu merasa panjang masa pemergianku menerima apa yang dijanjikan itu? Atau kamu sengaja menghendaki supaya kamu ditimpa kemurkaan dari Tuhan kamu, lalu kamu menyalahi perjanjian kamu denganku?

20:87

Mereka menjawab: Kami tidak menyalahi janji kami kepadamu itu dengan kuasa dan ikhtiar kami, tetapi kami telah dibebankan membawa barang-barang perhiasan orang-orang (Mesir) itu, supaya kami mencampakkannya ke dalam api lalu kami melakukan yang demikian, maka demikianlah juga "Samiri" mencampakkan apa yang dibawanya.

20:88

Kemudian Samiri mengeluarkan untuk mereka dari leburan barang-barang itu (patung) seekor anak lembu yang bertubuh lagi bersuara, lalu mereka berkata: Ini ialah tuhan kamu dan tuhan bagi Musa, tetapi Musa telah lupa!

Ayat 86,87 dan 88 Surah Taha.

Sumber;

Begitulah antara kisahnya Allah nukilkan dalam KitabNya buat ingatan dan panduan Junjungan Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam juga umat Baginda.

Dekat atas tu makan nabi Harun ( yang ramai2 orang tu).Ada pendapat mengatakan ia hanya tempat persinggahan Nabi Harun A.S shj.

Makam Nabi Salleh A.S 

Kembali merentasi padang pasir dan gunung-ganang sepanjang perjalanan ke Dahab destinasi peranginan :)
Dan begitulah perjalanan kami, kembara di saint catherine aka Sinai berakhir sebelum ke destinasi seterusnya.Sepanjang di sini, hati tidak pernah putus memanjat syukur dan tasbih memuji alam ciptaan Allah yang Maha Hebat.Tak pernah juga terlintas akan berkesempatan menjejakkan kaki ke sini.Namun Allah lebih tahu.Alhamdulillah.Setiap langkah perjalanan di bumi barakah ini moga-moganya diberi rahmat dan redhaNya jua.Amin.Bumi Mesir ini akan terus di berkahi rahmat oleh Allah atas kisah-kisah dan sejarah yang banyak terjadi di sini walaupun masih lagi bergolak dan umatnya kian hanyut dibawa arus kemodenan.
"Ya Allah, golongkan kami di kalangan hamba-hambaMu yang bersyukur dan sentiasa berada di atas jalan yang Kau redhai.Amin"

As usual, this story will be continued.Pause!!

p/s: do mind the tarikh dlm gambar2 di atas.It was actually 8 Feb 2012.And next is Dahab.InsyaAllah.

Saturday 11 February 2012

THE CHRONICLES..


SINAI, TABA, DAHAB
:THE CHRONICLES [parT 1]

Alhamdulillah atas segala kurniaan nikmat dan rezeki  yang Allah limpahkan.Alhamdulillah atas nafas yang masih lagi terhembus dan denyut jantung yang masih berdetak.ALHAMDULILLAH Ya Allah.
Be thankful friends ~

Ehem ehem..^_^ ,melihatkan kepada tajuk di atas, -entry kali ini yang mana entry pertama selepas habis imtihan fasa 1 bulan lalu (lama dah rupanya tak menulis) – tergambar 1001 rasa dan pengalaman.Tajuk pun dah macam tajuk cerita filem.Tapi, memang eksplorasi ini melakar berbagai kenangan dalam lipatan sejarah kehidupan seorang saya dan kami.^__^ Alhamdulillah..

gambar ini cantik & tenang..credit to the person who really own this picture

EKSPLORASI SINAI 2012 [7hb- 10hb Februaru 2012]- that’s how we called our beautiful adventurous jorney.Thanks to those yang bersungguh menjayakannya, our EKKS MTPANSM.Alhamdulillah, perjalanan bermakna ini dipenuhi dengan pelbagai ibrah dari tanah Mesir bumi bertuah.Melawat ke tempat-tempat menarik, penuh sejarah lakaran AlQuran membuatkan diri terasa kerdil dan bertuah.

Allah sebut didalam firmanNya;

30:42

 Say, [O Muhammad], "Travel through the land and observe how was the end of those before. Most of them were associators [of others with Allah ].

Dan sememangnya firman Allah itu benar.Berjalanlah dan lihatlah apa yang telah terjadi kepada umat terdahulu.Allah~ terasa rindu ingin ke sana semula.Melihat gunung-ganang, langit membiru, pantai dan ombak, padang pasir terbentang luas (walaupun pada hakikatnya sangat sejuk).Sungguh, beruntunglah bagi orang-orang yang berfikir dan bersyukur.Setiap ciptaan Allah itu penuh misteri dan hikmah.

Untuk itu, biarlah gambar bercerita ;
~TABA~

Kembara Cinta pun bermula.Perjalanan selama lbh kurang 8 jam merentas padang pasir dan gunung ganang mengajar erti kesabaran (duduk lama dalam bas) -tarikh dlm gmbr itu ralat, bermulanya perjalanan 7hb 2 2012-
sahara-padang pasir- luas dan cantik, and i call it BEAUTY.

pemandangan sepanjang perjalanan ke Taba

kami di Taba (dan tarikh itu ralat lagi, lupa set tarikh kamera..aishhh)

Dan ada apa dengan Taba?FYI, di situlah terletaknya salah satu kubu Salahuddin Al-ayubi, pejuang berjiwa hamba.Dan bayangkan, ia masih utuh (walaupun mungkin berlaku penambahbaikkan) sehingga kini.Allahu akbar!~

menaiki bot menuju ke seberang-kubu Salahuddin-

Kubu Salahuddin AlAyubi
kawasan kubu

berangkat ke Sinai-saint catherine-
Selepas selesai menjelajah tapak kubu Salahuddin AlAyyubi, kami berangkat menuju (Sinai) Saint Catherine.
Dan apa yang ada di sini??Well, it's actually too late now that i've to sleep.
Untuk itu, the chronicles of our beautiful journey will be continued.


Pause..and to be continued!
Kembara Cinta Hamba mencari Tuhan.And I say -contengan jalanan-