Allahu Akbar Allahu Akbar Allahu Akbar
Walillahilhamd.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------
Alhamdulillah.
Ramadhan telah melabuhkan tirai.Pergi membawa 1001 keberkatan.
Moga Allah beri peluang bertemu dengan Ramadhan akan datang.Aamiin
Dan kini, syawal datang lagi.Membawa dengannya pula 1001 kegembiraan bagi yang berusaha dan bermujahadah di bulan Ramadhan.
Kegembiraan, warna warni kemeriahan.Allahu~
Alhamdulillah.
(Haza kullu min fadhli rabbuna)
-Semua ini anugerah dari Allah-
"Gema takbir di pagi hari
Tanda kemenangan dirai
Setelah sebulan berpuasa
Tunaikan rukun islam ketiga
Setelah sebulan berpuasa
Tiba Syawal kita berhari raya."
Salam aidilfitri |
Allahu~
Di kesempatan yang ada, pemilik blog ini iaitu saya, KHAIRUNNISA JAURI memohon ampun, maaf zahir dan batin kepada semua yang sudi membaca dam memview blog tidak seberapa ini.
Dengan ucapan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
TAQABALALLAHU MINNA WA MINKUM SOLIHUL A'MAL.AAMIIN
KULLU AM WA ANTUM TAYYIBIN.
Moga Syawal yang hadir tidak membawa pergi semua kebaikan dan ketaatan kita kepada Allah sepanjang 30 hari (kami di Mesir) dan 29 hari (mereka di Malaysia) berpuasa.
Moga ketaatan kita bukan pada bulannya Ramadhan, tetapi kepada yang Empunya Ramadhan.
Kelmarin, hari terakhir berpuasa, ketika iktikaf di masjid Libi, Hayyu Sabie', penuh sayu meminta sang imam.
Memohon agar ketaatan kepada Allah dan kelazatan beribadah pada bulan penuh kemuliaan itu tidak terhenti setakat di situ.Moga kekal juga di bulan-bulan mendatang.Amin, amin, amin.
Dan ketika memperdengarkan khutbah, juga di masjid yang sama, sang imam berpesan,
"siapa-siapa yang ibadahnya semata kerana Ramadhan, ketahuilah bahawa sesungguhnya, Ramadhan telah pergi.namun siapa-siapa yang ibadahnya kerana Allah, maka ibadahnya kekal, insyaAllah."
Allahu~
(Ya Allah, terimalah ibadah kami.Ikhlaskan ya Allah hati-hati kami keranaMu.Aamiin)
Alhamdulillah, tahun ini tahun ke-3 beraya di perantaun.(dan saya kuat!!!takmo nangis2 ye jiwa, huuuuu)
Alhamdulillah, aidilfitri kali ini dengan kawan-kawan lagi.Buat kuih raya sama-sama.Dan dalam sekelip mata, kami berjaya pulak tu buat 10 jenis kuih-muih raya. *teruja*
See, kan dah kata kami kuat.Tak sedih.*tipu kot*
Sedih-sedih jugak, tapi Alhamdulillah, syawal kali ini, juga seronok.
Dan ini dia mereka-mereka yang saya rindu sampai nak terkeluar air mata sebab masuk habuk je *erk?* heee~
huhui, hensem, cun melecun tuhh.hehehe |
Ada lagi ni.
Tu diaaaa.bergaya sakan.besaq panjang dahh:) |
---------------------------------------------------
Sekali lagi
SELAMAT HARI LEBARAN.
MINAL AIDIN WAL FAIZIN SEMUANYA
^________^
MAAF ZAHIR DAN BATIN.
Nah, ni lagu best :
Mendayu suara meniti angkasa
Alunan takbir mengulit pagi
Insan tersenyum tanda gembira
Lebaran mulia menjelma lagi kali ini.
Di hari lebaran mulia ini
Jangan pula membuat dosa
Begitulah hakikatnya hari raya
Bergembira TANPAMELUPAKANYA, ALLAH YANG ESA
Indah suasana dalam senyuman
Seluruh alam turut raikan
Mengucapkan syukur pada tuhan
Atas nikmat yang datang, limpahanNya
Ikhlaskan hati mohon kemaafan
Leburlah dosa di tapak tangan
Lupakan segala silap dan salah
Insan bersatu membina ummah.
Allahumma aamiin -End- :) |
No comments:
Post a Comment
Sharing is Caring~ :)