Friday 3 August 2012

[RAHSIA]

BismillahirRahmanirRahim
Alhamdulillah, untuk semua yang Allah beri, semua yang Allah kurnia.Alhamdulillah.Hari ini Ramadhan ke 15 bagi kami yang berada di bumi bertuah, Mesir. (senyum lebar, Alhamdulillah)

Telinga hamba yang lemah ini pernah mendengar kata-kata menyebut bahawa ilmu itu bukan semata dihafal, tetapi dikongsi bersama yang lain.Setelah beberapa hari selesai pengajian Syeikhuna, Syeikh Rohimuddin, ada sedikit perkongsian yang ingin dikongsi bersama dengan yang lain.
Moga bermanfaat.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
KITAB
SIRRUL ASRAR

Oleh : As-Syeikh Abdul qadir Al-Jailani

Terjemahan
K.H Zezen zeinal Abidin Zayadi Bazul Asyhab
______________________________________________________________
(FASAL KE 17)
PUASA (SAUM) SYARIAT DAN TARIQAT

  Puasa syariat adalah menahan diri dari makanan, minuman dan bersetubuh di waktu siang.Puasa tariqat adalah menahan seluruh anggota tubuh dari segala perbuatan yang diharamkan dan dilarang juga menjauhi sifat-sifat tercela seperti ujub dan sebagainya lahir dan batin, siang mahupun malam.Bila melakukan hal-hal tersebut tadi maka batallah puasa tariqatnya.Puasa syariat mempunyai waktu tertentu, manakala puasa tariqat selama hidup.

Nabi Muhammad ada bersabda :
  "Banyak orang yang berpuasa hasilnya hanyalah lapar dan dahaga.Dalam hadis yang lain pula Nabi bersabda, "Banyak yang berpuasa tapi berbuka.Banyak yang berbuka, tapi berpuasa. Mereka itulah orang yang perutnya tidak berpuasa tetapi ia menjaga anggota tubuhnya dari perbuatan yang terlarang dan menyakiti orang lain.

Firman Allah dalam hadis Qudsi :
  "Puasa itu untukKu dan akulah yang akan membalasnya"

Hadis Rasulullah :
  "Bagi orang yang berpuasa akan mendapat 2 kebahagiaan.Pertama, kebahagiaan ketika berbuka dan kedua, kebahagiaan ketika melihat Allah". Semoga kita mendapatkannya.Aamiin.

Pengertiaan hadis tadi menurut syariat ialah kebahgiaan yang pertama, ketika berbuka iaitu memakan makanan di waktu maghrib, yakni selepas azan.Kedua, ketika melihat anak bulan Syawal di malam lebaran tanda selesainya Ramadhan.

Adapun pengertian menurut tariqat ialah kebahagiaan yang pertama ketika masuk ke dalam syurga Allah, menikmati kenikmatan syurga yang tidak pernah tergambarkan oleh akal fikiran.Kedua, ru'yah.Iaitulah melihat Allah pada hari kiamat dengan nyata. Semoga Allah mengurniakan kita dengan 2 kenikmatan yang terbesar ini, aamiin.

Puasa hakikat ialah menjaga hati dari selain Allah dan menjaga rasa agar tidak mencintai selain Allah.
Hadis Qudsi, Allah berfirman :
  " Manusia adalah rahsiaKu, dan Aku rahsianya" (Allah~)

Rahsia (sir) itu adalah dari Nur Allah, maka orang yang berada di tingkatan ini tidak akan cenderung kepada selain Allah.Tidak ada yang dicintai, diingini, dan dicari selain Allah di dunia mahupun di akhirat.Namun, bila hati terjatuh pada mencintai selain Allah, maka batallah puasa hakiktnya dan ia harus melakukan qadha (ganti) dengan kembali mecintai Allah dan menemuinya di dunia dan di akhirat sesuai firman Allah :
 "Puasa itu bagiKu dan Akulah yang akan membalasnya"

Wallahu Taala A'lam.
____________________________________________________________

Nilai mana puasa saya, kita?
Moga Ramadhan yang berbaki tidak jadi sia-sia.
Syeikh berpesan,
 " Puasa itu istimewa,yang ganjarannya hanya Allah yang mengetahui.Allah sahaja yang berhak menganjar hamba-hambaNya yang ikhlas berpuasa.Puasa itu juga pembersihan dan penyuciaan jiwa.Membersih nafsu, syahwat dan segala yang berkaitan kejahatan batin.Puasa itu istimewa kerana :
1.PUASA menyebabkan dan membuat kita MAKAN SEDIKIT.
2.PUASA menyebabkan TIDUR SEDIKIT.
3.PUASA MENGURANGKAN bercakap dan berkata yang BURUK.
4.PUASA menyebabkan SEDIKIT BERGAUL.
Nah, sebab itu puasa itu sempurna bagi jiwa-jiwa yang ikhlas dan taat menunaikan ibadah kerana Allah"
_____________________________________________________________

Allahu~
Malu bila meneruskan tulisan.
Tu, yang nombor 2.Kurangkan tidur.(=__=) Belum mampu tercapaikan.
Dan itu belum masuk kena jaga yang lain-lain.Allah~ moga diberi kekuatan kepada kita semua...Aamiin.

Allahumma aamiin
Tolong ingatkan aku~

[Menulis bukan hanya suka-suka.Tapi ia saya anggap sebagai sebuah perkongsian.Yang nanti manfaatnya dapat kita ambil sama-sama.Walaupun tahu bahawa tulisan ini biasa-biasa sahaja.]

No comments:

Post a Comment

Sharing is Caring~ :)