Yang Indah Itu Tawakal.Tapi..
Exam mode in progress |
Diam.Yang kedengaran hanya bunyi derap tapak kaki pengawas penjaga
peperiksaan lalu lalang di lorong itu.Sesekali bunyi seretan kerusi kayu bermeja memecah
sunyi. Kipas di siling diam tidak berputar. Lorong itu sudah sedia sejuk.Hari ini 20 darjah Celcius.
Jam sudah menunjukkan pukul 11.25 pagi.Kertas jawapan di depan
mata masih separuh kosong belum terisi.Pen biru Stabilo di tangan
dipusing-pusing.Mata melilau ke segenap penjuru 'lorong peperiksaan'. Dan
begitulah keadaannya sejak 10 minit tadi.Allah.~
"Kenapalah yang susah sangat nak ingat balik ni..!!?"
Gumam hati kecilnya.
"Allahumma solli 'ala Saiyidina Muhammad, wa 'ala aalihi
wa sohbihi wassallim"
Diulang-ulang bacaan selawat nabi itu agar ingatan pada apa yang
telah dibaca sebelum ini dipulang dan kembali dipinjamkan.Sungguh.Sebentar tadi
dia rasa putus asa.Malas untuk menjawab lagi.Biarlah apa yang telah ditulis itu
sahaja dihantar kepada pengawas yang sibuk memanjangkan kepala meninjau kertas
jawapan pelajar lain. Dia sudah lelah memikir. Dan dia juga tahu bahawa apa
yang dia telah usahakan sebelum ini juga tidak banyak. Pasrah.
Dan tiba-tiba, entah kekuatan dari mana datang. Dia teringat ayat
Allah, "berdoalah dan akan Aku perkenankan." Dan seraya itu juga kata-kata
ustaz yang dia sendiri tidak ingat namanya, menyebutkan bahawa "Jangan
salahkan takdir mengatakan kita tiada rezeki mendapat kejayaan kerana belum
tiba rezeki kita, sedangkan kegagalan itu atas usaha tangan sendiri.Itu tidak
adil namanya." Allah!.Terpana
dia.
"Aku kena cuba ingatkan balik ni.Mesti! Allah bukan tak bagi
nak ingat sekarang, cuma lambat." Tinggi percayanya.
Akal yang lesu kembali sedar.Pen Stabilo berdakwat biru yang hanya
diputar-putar kembali ditegakkan, diletak kemas menyentuh kertas kosong
bergaris itu.
Dengan lafaz Bismillah, dan doa pun dibaca,
اللهُمَّ لا سَهْلَ إلا مَا جَعَلتَهُ سَهْلا وَ أنتَ تَجْعَلُ الحزْنَ إذا شِئْتَ سَهْل
dia kembali mencuba, mengingat dan menulis jawapan dengan masa
yang berbaki kurang dari 1 jam.45 minit lebih tepat.
Alhamdulillah. Dan akhirnya dalam ketekunan menjawab, dia
terdengar teriakan pengawas peperiksaan meminta mereka menghantar kertas
jawapan kerana masa sudah tamat. Kepala diangkat dari tunduk.Tangan diregang melepas
lenguh.Sekilas dia memandang jam ditangan.12.30 tengahari.
Alhamdulillah.Allah masih beri dia peluang menghabiskan jawab
soalan peperiksaan pagi ini. Dia sudah mencuba dan menjawab, dan selebihnya dia
pasrah, dan bertawakal kepadaNya.
Dan yang pasti, INDAH TAWAKAL ITU SELEPAS MENCUBA DAN BERUSAHA.Kerana
dia percaya, RAHMAT ALLAH ITU LUAS jika dibandingkan dengan usahanya yang
sedikit cuma.
Dan benar, pergantungan dengan Allah itu sangat penting. Bukan
diketika musim peperiksaan sahaja, bahkan di hari-hari biasa, di setiap waktu
bahkan, pergantungan dengan Allah itu pasti. YANG PERCAYA AKAN MERASA BAHAGIA.
Alhamdulillah.
"Faiza 'azamta, fatawakkal 'alAllah".
Maka, jika engkau telah berusaha, bertawakallah kepada Allah [AliImran;159]
Alhamdulillah ala kulli haalin, wastaghfirullahi min kulli zanbin.
Alhamdulillahillazi bini'matihi tatimmussolihaat.
Usai menghantar kertas jawapan, dia melangkah pulang, berbekal
doa, agar Allah memberkati ilmu yang dia peroleh dari matapelajaran yang disoal
tadi.
"Ya Allah ya Tuhanku, sesungguhnya aku memohon kepadamu ilmu yang bermanfaat.Aamiin."
nisajauri
cairo301212
-thisisaselfreminderandanotetoself-
No comments:
Post a Comment
Sharing is Caring~ :)