Showing posts with label ContenganJalanan. Show all posts
Showing posts with label ContenganJalanan. Show all posts

Thursday, 12 September 2013

BERDUA LEBIH BAIK

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ALHAMDULILLAH 'ALA KULLI HAALIN, WASTAGHFIRULLAHI MIN KULLI ZANBIN.
ALHAMDULILLAHILLAZI BINI'MATIHI TATIMMUSSOOLIHAT.

16082013M/10Syawal1434H
Itu tarikh penuh bermakna bagi hamba bernama Nisa' ini.
Tarikh yang membuat hamba ini mula melangkah ke satu alam penuh tanggungjawab.Memikul amanah seorang suri dan kepercayaan seorang suami.
Hari bersambutnya sunnah Nabi Alaihissolatu Wassalam.
Terungkap lafaz suci memeterai sebuah ikatan janji dua hati.Allahu~ Alhamdulillah.
Tumpah airmata gembira tanda syukur bercampur hiba.

Seperti mendengar ayah berbicara lembut dalam tegas,
ketika menutur lafaz "aku nikahkan dikau..." 

     "Keluarlah wahai puteriku dari lubuk engkau dilahirkan dan membesar di dalamnya, renangilah lautan hidup barumu.Dapatkan bahtera suamimu yang sedia menanti.Belayarlah bersamanya mencari redha Allah."

Ayah, emak...Terima kasih membesarkan dan mendidik diri kerdil ini.
Moga Allah sentiasa menjaga dan merahmati keduanya sampai syurga.Aamen.

Buat yang bernama suami, mohon membimbing diri ini.
Dia suami, dan aku isteri.





SAAT LAFAZ SAKINAH  (T_T)

Heningnya
Sunyi suasana
Lafaz sakinah bermula

Apa rasa
Diterjemah hanya
Sebak abah tangis ibunda

Adalah aku wali puteriku
Serah kini amanahku ini padamu
Nafkahilah dia curah kasih dan cinta
Lebih dari yang ku berikan kepadanya

Dulu esakannya sandar di bahuku
Tangisannya kini ku serah padamu
Bukan bermakna dia bukan milikku
Fitrahnya perlukanmu
Jadikanlah dia wanita syurga
Mengerti benar akan maharnya
Taat itu bukan hanya pada nama
Indah ia pada maksudnya

Ku akur
Akan pesanmu
Puterimu kini amanahku

Iringilah
Dengan doamu
Bahagia kami dari redhamu


Friday, 21 June 2013

What makes your world beautiful.

Bismillah, wa hamdanlillah. Wassolatu wassalamu 'ala Rasulillah, wa 'ala aalihi wa sohbihi wa man walah.

What makes your world beautiful? Absolutely, it's you who make it beauty.It's you who make it live.It's YOU. Me and you. He said ;

32:7

"Yang membuat segala sesuatu yang Dia ciptakan sebaik-baiknya dan yang memulai penciptaan manusia daripada tanah" [AsSajadah:7]

32:8

"Kemudian Dia menjadikan keturunanya dari sari pati air yang hina. [AsSajadah:8]

32:9

"Kemudian Dia menyempurnakannya dan meniupkan roh (ciptaanNya) dan Dia menjadikan bagi kamu pendengaran, penglihatan dan hati (tetapi) kamu sedikit sahaja bersyukur" [AsSajadah:9]


Dia yang menciptakan sebaik-baiknya.Dialah Allah.Tetapi sedikit dari kita yang bersyukur [T_T]
Now it's the time.BERSYUKURLAH dan jagalah apa yang perlu dijaga dengan sebaiknya.InsyaAllah.

And there's one thing what make me write this entry.I can't help it but to share it with you guys the one thing that makes me smile, liven up, strong and remembered.That makes me back to my real purpose of life; Mardhatillah.









And this is the half of it. :)
May Allah bless us, aaminn~
NisaJauri
Malaysia
220613

Wednesday, 5 June 2013

The serious spills~



::BUKAN SEMUA GULA-GULA KAPAS::

Bismillah.
Alhamdulillah.Thank you Allah for all the ni'mah and mehnah yang telah diberikan.Kami diuji kerana Kau sayang pada kami.
Dan tiada satu pula yang Allah turunkan itu sia-sia.Semua pasti ada hikmah tersirat yang kadang-kadang kita boleh rasa atau mungkin kekal jadi rahsia.Alhamdulillah.



And hey there! It has been so long since my last keluhkesah, random rant, out and spills.
Memang dah lama sangat kalau nak dikira dengan jari masa entry terakhir dengan yang ini.Alasan; sibuk.Internet broadband lambat serupa siput.And the rest is history~...
Tapi, Alhamdulillah.Ini ada random out and spills lagi yang rasa nak dikongsi pada semua.Walau kadang-kadang rasa macam tulis dan baca sendiri je gayanya, but it's okay then.(heh, dulu kata tak berani nak tulis belog sebab tak tahu nak cakap apa, dan sekarang laju je jari jemari menaip ntah apa-apa). Well, sebab diri yang hina serba serbi ni rasa nak kongsi.Walau apa yang tercoret ni mungkin tak bagi faedah banyak pun.

Emm, kali ini nak masuk fasa -mari serious- sekejap.Kira this entry is one of those serious soundalike entry la. To begin with, we'll spell it like kanak-kanak sekolah rendah diajar mengeja. M.A.R.R.I.A.G.E. Yang dalam bahasa Melayu kita sebut PERKAHWINAN. Ohho, hold it right there. (Told ya).


eheh *angkat2 kening*

Ya.Perkahwinan tu memang satu benda yang serious.Bukan main-main macam kecik-kecik dulu main kawen-kawen dengan anak jiran sebelah rumah.Pernah dulu, bila masih dibangku menengahan, masa tengah duduk sembang benda ni, kawan cakap "Kawen ni bukan benda main-main.Bukan untuk sehari dua punya cerita.Tapi untuk sepanjang umur kita yang dengan si dia tu.Seumur hidup."

Dan betullah.Bila umur dah meningkat tua sikit dari remaja belasan tahun ni, bila dah dekat nak bermajlis (-_-), macam-macam rasa datang.Macam-macam benda fikir.Kalau dulu, masa asyik baca novel yang tak berapa cintan cintun pun, duduk bayang, oh kalaulah si bakal incik suami seperti: 
A) Carl Duke Adam 
B) Benji 
C) Along serbia (mind the serbian thingy)
D) Lee 
E) A.O
and etc~ memang kahwin dengan novel je lah terus kalau cenggitu gaya angan-angan.
But, hey me!There is no such thing as perfect love story la.Hatta yang dalam novel itu pun hadap macam-macam mehnah dan tribulasi dulu baru sampai tahap happily married till Jannah.

Tapi betullah menguji minda, fizikal, mental, tahap kesabaran luar dan dalam.Dengar orang cerita kisah mutazawwijin itu sweet, suami isteri ini manis dan so on, dalam hati pun duk fikir benda yang sama.Tapi hakikatnya, lain.Mereka yang sweet dan manis itu pun merasa juga sour dan masamnya alam rumahtangga.Sebelum dan selepas nikah adalah dua perkara yang berbeza.Sebelum, bujang terantangtang.Anak dara pingitan pak cik Jauri.Tanggungjawab masih pada ibu dan ayah.Tapi esok-esok dah nikah, dah jadi Puan.Dah pikul tanggungjawab seorang isteri, ibu.Masak nak fikir benda-benda macam ini inside and out. Tapi mesti kena fikir.Kerana kita orang-orang yang percaya, bahawa fasa itu tetap akan datang walau lambat atau cepat.Orang-orang yang percaya bahawa itu ketentuan Allah.Setiap yang makhluk itu dicipta berpasang-pasangan.

51:49

"Dan segala sesuatu kami jadikan berpasang-pasangan, supaya kamu mengingat kebesaran Allah"
[Azzariyat:49]

Orang-orang yang percaya bahawa ia suatu sunnah yang dituntut oleh Baginda Nabi S.A.W.
Ya, kita orang-orang yang yakin bahawa setiap yang Allah tentukan ada hikmah dan kebaikan.Tidak sia-sia.

23:115

23:116

"Maka kamu mengira bahawa Kami menciptakan kamu main-main tanpa ada maksud dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami" 
"Maka Maha Tinggi Allah, Raja yang sebenarnya; tidak ada tuhan yang berhak disembah selain Dia, Tuhan yang memiliki arasy yang mulia"
[AlMukminun:115-116]


Mungkin kegusaran yang melanda tahap giga ini akan terubat nanti, insyaAllah.Mudah-mudahan.Well, in my situation dengan mana nak fikir itu, nak fikir ini.One word, serabut, sikit.Tapi insyaAllah.Kan Allah dah bagi guide.Solat.Minta kekuatan.Minta petunjuk, mohon beri yang terbaik.That's more than enough.
Mudah-mudahan.Allahumma aamin~

Okay.Done for now then. Moga-moga saya mampu buat yang terbaik untuk diri sendiri dan keluarga.Memang bukan mudah, dengan segala macam ujian.Tapi tak mustahil selagi kita percaya pada Allah.Doa itu penting.Percaya pada pasangan.

As for me, perkahwinan bukan sahaja untuk rasa manis gula-gula kapas je, tapi untuk kita tahu juga yang lidah ini ada deria masam, pahit dan masin.Semua saling melengkapi antara satu sama lain untuk mewujudkan satu rasa yang lagi sedap dari yang manis tadi.InsyaAllah.

9:71


"Dan orang-orang yang  beriman lelaki dan perempuan, sebahagian mereka adalah menjadi pelindung (penolong) kepada sebahagian yang lain.Mereka menyuruh yang makruf dan mencegah yang mungkar, mendirikan solat, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah dan RasulNya.Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah maha perkasa lagi Maha Bijaksana". [AtTaubah:71]

Hilal Asyraf >> Kebahagian yang sebenar adalah apabila kita berjaya taat kepada Tuhan.Allah~

24:26

"Wanita-wanita yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat adalah untuk wanita-wanita yang jahat (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik, dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik pula.Bagi mereka ampunan dan rezeki yang melimpah (iaitu syurga)
[AnNur:26]

Moga-moga.Nak yang terbaik, maka diri perlu jadi seperti yang kita nak itu dulu.
Well, i've heard a saying, fake it till you make it.

Aamin~


P/s : Nama-nama tersenarai di atas adalah watak-watak coolio novel feveret ever.(May I; RADHA, aA+bB, 5 tahun 5 bulan, Anthem, Versus.And all was kak Rnysas' and Hlovates') Tiada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang tiada.Eheh. ^^
Entri yang berjaya ditulis dan dipos dikala hati kegundahan bercampur gelisah (baca nervous) untuk hari yang bakal mendatang itu.Dengan all kind of undone preparation.Dengan kusut fikir barang nak beli bawa balik Tanah Melayu.Ok.Thats it.*mata pinar-pinar*

Doakan.Doakan.Doakan.Moga segalanya dipermudahkan.Allahumma aamiin~

May Allah bless.
NJ
Cairo06062013
01.19am

Sunday, 30 December 2012

U s a h a ; P E R C A YA

Yang Indah Itu Tawakal.Tapi..


Exam mode in progress



Diam.Yang kedengaran hanya bunyi derap tapak kaki pengawas penjaga peperiksaan lalu lalang di lorong itu.Sesekali bunyi seretan kerusi kayu bermeja memecah sunyi. Kipas di siling diam tidak berputar. Lorong itu sudah sedia sejuk.Hari ini 20 darjah Celcius.
Jam sudah menunjukkan pukul 11.25 pagi.Kertas jawapan di depan mata masih separuh kosong belum terisi.Pen biru Stabilo di tangan dipusing-pusing.Mata melilau ke segenap penjuru 'lorong peperiksaan'. Dan begitulah keadaannya sejak 10 minit tadi.Allah.~ 

"Kenapalah yang susah sangat nak ingat balik ni..!!?" Gumam hati kecilnya.
"Allahumma solli 'ala Saiyidina Muhammad, wa 'ala aalihi wa sohbihi wassallim" 
Diulang-ulang bacaan selawat nabi itu agar ingatan pada apa yang telah dibaca sebelum ini dipulang dan kembali dipinjamkan.Sungguh.Sebentar tadi dia rasa putus asa.Malas untuk menjawab lagi.Biarlah apa yang telah ditulis itu sahaja dihantar kepada pengawas yang sibuk memanjangkan kepala meninjau kertas jawapan pelajar lain. Dia sudah lelah memikir. Dan dia juga tahu bahawa apa yang dia telah usahakan sebelum ini juga tidak banyak. Pasrah.

Dan tiba-tiba, entah kekuatan dari mana datang. Dia teringat ayat Allah, "berdoalah dan akan Aku perkenankan." Dan seraya itu juga kata-kata ustaz yang dia sendiri tidak ingat namanya, menyebutkan bahawa "Jangan salahkan takdir mengatakan kita tiada rezeki mendapat kejayaan kerana belum tiba rezeki kita, sedangkan kegagalan itu atas usaha tangan sendiri.Itu tidak adil namanya." Allah!.Terpana dia.

"Aku kena cuba ingatkan balik ni.Mesti! Allah bukan tak bagi nak ingat sekarang, cuma lambat." Tinggi percayanya. 
Akal yang lesu kembali sedar.Pen Stabilo berdakwat biru yang hanya diputar-putar kembali ditegakkan, diletak kemas menyentuh kertas kosong bergaris itu.
Dengan lafaz Bismillah, dan doa pun dibaca,

اللهُÙ…َّ لا سَÙ‡ْÙ„َ إلا Ù…َا جَعَلتَÙ‡ُ سَÙ‡ْلا Ùˆَ أنتَ تَجْعَÙ„ُ الحزْÙ†َ إذا Ø´ِئْتَ سَÙ‡ْÙ„



dia kembali mencuba, mengingat dan menulis jawapan dengan masa yang berbaki kurang dari 1 jam.45 minit lebih tepat.
Alhamdulillah. Dan akhirnya dalam ketekunan menjawab, dia terdengar teriakan pengawas peperiksaan meminta mereka menghantar kertas jawapan kerana masa sudah tamat. Kepala diangkat dari tunduk.Tangan diregang melepas lenguh.Sekilas dia memandang jam ditangan.12.30 tengahari.
Alhamdulillah.Allah masih beri dia peluang menghabiskan jawab soalan peperiksaan pagi ini. Dia sudah mencuba dan menjawab, dan selebihnya dia pasrah, dan bertawakal kepadaNya.
Dan yang pasti, INDAH TAWAKAL ITU SELEPAS MENCUBA DAN BERUSAHA.Kerana dia percaya, RAHMAT ALLAH ITU LUAS jika dibandingkan dengan usahanya yang sedikit cuma.
Dan benar, pergantungan dengan Allah itu sangat penting. Bukan diketika musim peperiksaan sahaja, bahkan di hari-hari biasa, di setiap waktu bahkan, pergantungan dengan Allah itu pasti. YANG PERCAYA AKAN MERASA BAHAGIA. Alhamdulillah.

3:159

"Faiza 'azamta, fatawakkal 'alAllah". 
Maka, jika engkau telah berusaha, bertawakallah kepada Allah [AliImran;159]

Alhamdulillah ala kulli haalin, wastaghfirullahi min kulli zanbin.
Alhamdulillahillazi bini'matihi tatimmussolihaat.

Usai menghantar kertas jawapan, dia melangkah pulang, berbekal doa, agar Allah memberkati ilmu yang dia peroleh dari matapelajaran yang disoal tadi.

"Ya Allah ya Tuhanku, sesungguhnya aku memohon kepadamu ilmu yang bermanfaat.Aamiin."






nisajauri
cairo301212
-thisisaselfreminderandanotetoself-

Thursday, 28 June 2012

~pak pak,kepom kepom..kompang dipaluuuuu, Pengantin baru!!~ hehe


A special dedication, to the Pengantin...:)

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Selawat dan salam buat kekasih Agung, Baginda Nabi Salallahu Alaihi Wasallam, keluarga serta sahabat-sahabat baginda.

:)

Alhamdulillah atas setiap nikmat dan rahmat yang Allah berikan.

Huh!! Sangat lama blog ini tidak terisi.Kerap kali juga jari terasa ingin menulis mengisi ruang blog hijau saya ni.Tapiiiiii...heeeeeeeeeee~(cuba tengok tarikh last entry dengan yang ini...lamaaaaaaaaaaa dah :) )

And see the title up there...And YES.This one and only entry after dah lama tak menulis is dedicated to our dearie and beloved pengantin to be.Jeng jeng jeng!!! Our dearie friend -Khairunniswan and also our friend Amirul Hanif-..
Teruja dan terkejut (of course, setelah dirahasiakan dan diberitahu oleh uri chingoo -i'll call her Sabrina here (habislah saya)-..) sebab mereka berdua kawan saya dan kami sejak dibangku sekolah menengah lagi.Dan itu membuat saya rasa berbesar hati untuk menulis dedikasi khas ini untuk mereka.


.................................................................................................................................................................

Puan to be (rasanya bila baca dah jadi puan kot..hee~), Miss Wanwan comel and encik pengantin lelaki, Hanif (macam Sabrina sebut..^^), ini khas buat kalian.Sebab tak dapat dan mustahil jugaklah untuk menjejakkan kaki menghadiri majlis barakah kalian (sebab tak balik T_T), entry kali ini saya buat.Lalalalala...excited ha..hehe.

Ehem ehem....Bismillah,
Ya Allah,
berkatilah majlis perkahwinan ini,
limpahkanlah baraqah dan rahmat kepada kedua mempelai ini,
(Khairunniswan Abdul Halim) dan (Amirul Hanif Mohd Nasir).
Kurniakanlah mereka zuriat yang soleh dan solehah.
Kekalkanlah jodoh mereka di dunia dan di akhirat
dan
sempurnakanlah agama mereka dengan berkat ikatan ini.
Aminn...


THIS DEDICATION IS BASED ON THE PICTURES BELOW.( hehe, macam soklan arahan kertas pekso plak dah ha..)sebab sukacita rasanya ingin mengekspresi rasa dengan guna gambar.




Banner Pengantin yang cooooomeeeeeeeeeelll..

The dusty pink roses (i guess), the pengantin perempuan theme colour..
Firstly first,
                               
                                  nah, untuk Niswan ^^

SELAMAT PENGANTIN BARU.MOGA DALAM KEBERKATAN
DAN RAHMAT ALLAH SELALU.
MABRUK!!!

Tak tahulah nampak ke dak tulisan ni, maka dengan itu, saya (huiii,macam ikrar pulak..) terangkn lagi di bawah agar mudah membacanya..:) dan sama2 mendoakn..

“ Dari setinggi dan seluas kasih sayangMu,
Kau limpahkan rahmat jua keampunanMu
kepada pengantin suami isteri.
Berkatilah majlis yang diadakan dengan keberkatan
dari permulaan hingga pengakhirnya.
Sesungguhnya pertemuan ini adalah dengan izinMu,
kurniakanlah keduanya ketenangan,
kebahagiaan dan jiwa yang tabah menghadapi setiap dugaanMu.
Mudah-mudahan perkongsian hidup yang dibina berkekalan
hingga ke akhir usia
dan kurniakanlah kepada mereka zuriat yang soleh dan solehah.
Dengan taufik dan hidayahMu beruntunglah
keduanya dalam kehidupan di dunia
lebih-lebih lagi di akhirat "
- Amin Ya Rabbal ‘Alamin -

Juga khas ditujukan buat sahabat2 yang telah pun mendirikan rumah tangga.>>NAJWA & SUAMI, SARAH & SUAMI, SAFURA & SUAMI juga AIN & SUAMI<<...Moga Allah melimpahkan rahmat dan kasih sayangNYA kepada kalian dan keluarga.Aamiin..(najwa nak jadi umi dah.Take care dear <3)

ni, hadiah pengganti diri.hihi..pink karer

Kaler ungu belah pengantin lelaki, kan?? hee~


Emmm.Apa lagi ye nak tulis????
....aa!Tahun ni, insyaAllah, final year saya.Mohon pengantin doakan ye :)
Juga teman-teman yang diingati dan disayangi.Doain saya ya.Waaaaaaaa.wisau2.Apapun, serahkan pada Allah.Natijah itu bukan urusan kita, sebab natijah urusan Dia.Selagi punya masa untuk doa, doa aja deh.Allah pasti mendengar, kerna Dia itu sungguh Maha Mendengar.Aamiin. 

Last but not least, A VERY HAPPY WEDDING WISHES to both of you.And BARAKALLAHU LAKUMA WA BARAKA ALAIKUMA WA JAMA'A BAINAKUMA FIL KHIR..Moga majlis yang diadakan berlangsung dalam rahmat Allah.Dikurniakan sakinah, mawaddah dan rahmah dari para malaikat yang diutus Allah.Sebab walimah itu majlis barakah,insyaAllah...(doakan saya juga yaaaaaa.heeeeee~~~Sabrina pun..kehkeh >_<.jangan marah dehh!)

Ah!! ni,---------->   
ni bermaksud 'Jangan lupa tangkap gambar manyak-manyak ye' :)
lagi satu...(panjang pulak.^^.) --------> untuk "kompang dipaluuuuuuuuuuuu,pengantin baharu, duduk bersandinggg, tersipu maluuuuu" (nyanyi2..)~~ juga kawan-kawan lain yang dah kawin. Jeng jeng jeng!!!!!!.khas dari Maher Jain....:






ok!!!..Saaaaaaaaaaaaayangggggggg kawan-kawan saya....<3


"Semoga Allah menghimpunkan yang terserak dari keduanya,
memberkati mereka berdua
dan
kiranya Allah meningkatkan darjat keturunan mereka
menjadi pembuka rahmat,
sumber ilmu dan hikmah serta pemberi rasa aman bagi umat "
Ameen.




~Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh~







Sunday, 12 February 2012

THE CHRONICLES [PART 2]

SINAI, TABA, DAHAB
:THE CHRONICLES [parT 2]

Bismillah, thanks to Allah for everything He gaves us.Alhamdulillah.Puji dan syukur hanya padaNya.And now, here comes the continuous journey.Just let the pictures do the talk (well, actually it comes from Allah through me and my lappy keyboard..:) )
Sinai-Saint Catherine-
Di Saint Catherine ke Wadi Arbain (aishh, tarikh tuu....terkilan sungguh :( )

Turun sahaja dari bas, dah mulakan langkah menjejak wadi Arbain penuh sejarah.Perjalanan memakan masa 1 jam berjalan kaki memang menguji kesabaran dan kekentalan jasmani.Menongkah angin kuat, jalan berbatu dan bukit bukau sungguh membuat diri berasa kerdil.Berfikir, bagaimana pula mereka yang hidup di zaman itu.Allah~

Perjalanan ini membawa ke malam hari, dan gambar ini diambil di ketika masih lagi mengagahkan kaki mendaki bukit menuju  Wadi.

Alhamdulillah, akhirnya sampai ke tempat dituju.Inilah batu yang dipukul Nabi Musa menggunakan tongkat lalu terpancarlah 12 air mata air sebagai sumber minuman kaumnya.Diri rasa bertuah dapat sampai ke sini.
-Sedikit sejarah Wadi Arbain dan Uyun Nabi Musa-
Nama Wadi Arbain [empat puluh lembah] diambil sempena firman Allah Taala di dalam al Quran yang maksudnya;

“Allah berfirman :[ Jika demikian ],maka sesungguhnya negeri itu diharamkan atas mereka selama empat puluh tahun [selama itu] mereka akan berputar-putar kebingungan di bumi ini [padang Teh] itu. Maka janganlah kamu bersedih hati [memikirkan nasib] orang-orang yang fasik itu” 

Di kawasan inilah pengikut Nabi Musa menjadi kebingungan tidak menjumpai tempat keluar selama 40 tahun disebabkan keengganan mereka menuruti perintah Allah untuk memasuki kota Palestin. Keengganan mereka di sebabkan keangkuhan mereka serta cerita yang menyatakan terdapat puak yang amat digeruni di dalam Palestin tersebut. Hal ini dirakamkan oleh Allah di dalam al Quran mafhumnya ;

“Hai kaumku, pergilah ke tanah suci [Palestin] yang telah ditentukan Allah bagimu,dan janganlah kamu lari kebelakang [kerana takut kepada musuh], maka kamu jangan jadi orang yang merugi” 

Kedudukan Uyun Musa ini terletak berhampiran dengan Lembu Samiri di kaki Bukit Thur. Uyun Musa merupakan batu yang telah dipecahkan oleh Nabi Musa dengan tongkatnya, lantas terpancar 12 mata air untuk diberi minum 12 suku kaumnya seperti yang telah dinyatakan oleh Allah Taala:

"Dan ingatlah ketika Musa memohon air untuk kaumnya , lalu kami berfirman: "pukullah batu itu dengan tongkatmu, lalu terpancarlah daripadanya 12 mata air. Sesungguhnya tiap-tiap suku kaum kamu telah mengetahui tempat minumnya (masing-masing) makan dan minumlah rezeki (yang diberikan) Allah, dan janganlah kamu berkeliaran di muka bumi ini dengan membuat 
kerosakan" 

2:60


Azim bukan?Kesan sejarah itu masih utuh sehingga ke hari ini.Walaupun berlaku bermacam jenis cubaan untuk memindahkan batu tersebut, namun Allah tetap memeliharanya.

air mata air Nabi Musa

Kawasan hotel -taktauexactlynamadie- tempat penginapan pertama kami setibanya di saint catherine
hotel itu.^_^. Di Saint catherine
Perjalanan kemudian diteruskan lagi.Sebelum keluar dari Saint Catherine, kami menuju ke sebuah lagi tempat bersejarah.Tempat di mana terletaknya pantulan lembu emas Samiri dan makam Nabi Harun.

pantulan lembu samiri, Wallahua'lam
Kisah bersejarah ini juga ada termaktub dalam Al-Quran.Antaranya di dalam Surah Toha, Al-Baqarah.Menceritakan kisah pengikut Nabi Musa A.S.

Tafsir Surah al-Baqarah
Ayat 50-56 


Firman Allah SWT, 

“Dan (kenangkanlah) ketika kami belahkan laut (Merah) untuk kamu lalui (kerana melarikan diri dari angkara Firaun), maka Kami selamatkan kamu dan Kami tenggelamkan Firaun bersama-sama tenteranya, sedang kamu semua menyaksikannya.(50)
Dan (kenangkanlah) ketika kami berjanji kepada Nabi Musa (untuk memberi Taurat kepadanya sesudah ia bersiap selama) empat puluh malam. Kemudian, setelah ia pergi, kamu menyembah (patung) anak lembu, dan kamu sebenarnya orang-orang yang zalim (terhadap diri sendiri).(51)
Kemudian sesudah itu kami maafkan kesalahan kamu, supaya kamu bersyukur.(52)
Dan (kenangkanlah) ketika Kami turunkan kepada Nabi Musa kitab (Taurat) dan keterangan-keterangan (yang terkandung di dalamnya, yang membezakan antara yang benar dengan yang salah), supaya kamu mendapat petunjuk.(53)
Dan (kenangkanlah) ketika Nabi Musa berkata kepada kaumnya: ” Wahai kaumku! Sesungguhnya kamu telah menganiaya diri kamu sendiri dengan sebab kamu menyembah patung anak lembu itu, maka bertaubatlah kamu kepada Allah yang menjadikan kamu; iaitu bunuhlah diri kamu. Yang demikian itu lebih baik bagi kamu di sisi Allah yang menjadikan kamu, supaya Allah menerima taubat kamu itu. Sesungguhnya Dia lah Yang Maha Pengampun (Penerima taubat), lagi Maha Mengasihani”.(54)
Dan (kenangkanlah) ketika kamu berkata: “Wahai Musa! Kami tidak akan beriman kepadamu sehingga kami dapat melihat Allah dengan terang (dengan mata kepala kami)”. Maka kerana itu kamu disambar petir, sedang kamu semua melihatnya.(55)
Kemudian kami bangkitkan kamu sesudah kamu mati (atau pengsan dari sambaran petir itu), supaya kamu bersyukur”.(56)

Dan lagi Allah sebut kisahnya di dalam surah Toha;

20:86

Maka kembalilah Nabi Musa kepada kaumnya dengan perasaan marah dan dukacita; dia berkata: Wahai kaumku! Bukankah Tuhan kamu telah menjanjikan kamu dengan satu perjanjian yang baik? Patutkah kamu merasa panjang masa pemergianku menerima apa yang dijanjikan itu? Atau kamu sengaja menghendaki supaya kamu ditimpa kemurkaan dari Tuhan kamu, lalu kamu menyalahi perjanjian kamu denganku?

20:87

Mereka menjawab: Kami tidak menyalahi janji kami kepadamu itu dengan kuasa dan ikhtiar kami, tetapi kami telah dibebankan membawa barang-barang perhiasan orang-orang (Mesir) itu, supaya kami mencampakkannya ke dalam api lalu kami melakukan yang demikian, maka demikianlah juga "Samiri" mencampakkan apa yang dibawanya.

20:88

Kemudian Samiri mengeluarkan untuk mereka dari leburan barang-barang itu (patung) seekor anak lembu yang bertubuh lagi bersuara, lalu mereka berkata: Ini ialah tuhan kamu dan tuhan bagi Musa, tetapi Musa telah lupa!

Ayat 86,87 dan 88 Surah Taha.

Sumber;

Begitulah antara kisahnya Allah nukilkan dalam KitabNya buat ingatan dan panduan Junjungan Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam juga umat Baginda.

Dekat atas tu makan nabi Harun ( yang ramai2 orang tu).Ada pendapat mengatakan ia hanya tempat persinggahan Nabi Harun A.S shj.

Makam Nabi Salleh A.S 

Kembali merentasi padang pasir dan gunung-ganang sepanjang perjalanan ke Dahab destinasi peranginan :)
Dan begitulah perjalanan kami, kembara di saint catherine aka Sinai berakhir sebelum ke destinasi seterusnya.Sepanjang di sini, hati tidak pernah putus memanjat syukur dan tasbih memuji alam ciptaan Allah yang Maha Hebat.Tak pernah juga terlintas akan berkesempatan menjejakkan kaki ke sini.Namun Allah lebih tahu.Alhamdulillah.Setiap langkah perjalanan di bumi barakah ini moga-moganya diberi rahmat dan redhaNya jua.Amin.Bumi Mesir ini akan terus di berkahi rahmat oleh Allah atas kisah-kisah dan sejarah yang banyak terjadi di sini walaupun masih lagi bergolak dan umatnya kian hanyut dibawa arus kemodenan.
"Ya Allah, golongkan kami di kalangan hamba-hambaMu yang bersyukur dan sentiasa berada di atas jalan yang Kau redhai.Amin"

As usual, this story will be continued.Pause!!

p/s: do mind the tarikh dlm gambar2 di atas.It was actually 8 Feb 2012.And next is Dahab.InsyaAllah.