Monday 18 March 2013

tumbler air...eh!? bukan...

This entry has nothing to do with tumbler.
Tumbler air yang budak-budak sekolah selalu bawak tu.Ye, yang kita dulu-dulu jugak suka bawak.Yang ada macam-macam bentuk, paras rupa dan tidak ketinggalan warna. (eh, panjang pulak description dia)

This is about something that i really heart.Means like, well...love.
Mesti pernah dengar atau tahu berkenaan Tumblr. com.
Ye, TUMBLR.COM.And this is exactly what I mean.

Dalam Tumblr orang akan cerita masing-masing punya perasaan guna gambar.Dan saya sangat suka gambar-gambar yang cantik dan menarik.Fotografi.Walaupun hanya sekeping gambar, tapi ia seperti bernyawa.Gambar lebih banyak bercerita.

Bukan itu sahaja, tapi banyak juga kata-kata semangat dan perangsang yang jujur saya katakan memberi inspirasi dan penguat buat diri.Bila kadang-kadang lalai, leka dan terlupa, Tumblr seakan mampu memberi peringatan.

Dan, di sini, suka saya sertakan, sedikit perkongsian.





“Walaupun kita pura pura kuat, tapi Allah tahu kemampuan kita. Allah tahu bila masa kita lemah. Allah tahu bila masa kita rasa rapuh. Allah tahu..Allah tahu..:’)
Allah tahu apa yang orang lain tak tahu. Allah tahu diri kita yang sedang mencuba. biarlah orang nak menilai kita dengan kesalahan yang kita buat sesaat yang lalu. Allah tahu kita dah cuba bertaubat dan berubah. :)
Allah tidak kirimkan kita sesiapa saat kita diuji kerana Dia mahu kita berkongsi perit kita dengan Dia je. baiknya Dia.
— Because He knows.




saat bila tiba-tiba kita akhirnya menangis.
sebab perkara remeh temeh.
hal-hal kecik.
setelah lama mata kita kering.
barulah akhirnya kita tersedar,
kita rupanya belum cukup kuat.
hati masih rapuh,
ada ruang, ada lompong, ada kosong.
ada jarak,
dengan Tuhan.
kita alpa, kita lalai. kita lupa, kita leka.
DIA datang, DIA tunjuk.
perkara-perkara besar sudah membuat kita BUTA,
maka datang perkara-perkara kecil membuat kita terJAGA.



Dan itulah kisahnya.Kisah Tumblr.Com
Kita perlu sesuatu untuk buat diri jadi ingat bahawa kita hamba.Kadang-kadang kita perlu kawan-kawan.Walau kadang kita rasa hendak bersendirian, tetap kawan tempat luah segala rasa dan perasaan.Sebab kita takkan boleh duduk seorang-seorang. Dan kadang-kadang medium macam ini juga mampu buat kita tak rasa yang diri kita itu seorang. Tetap, Allah itu sentiasa ada untuk kita, hamba.

Saidina Ali karamallahu wajhah :
Siapa-siapa yang bergantung pada harta semata maka harta akan berkurang,
Siapa-siapa yang bergantung pada kekuasaan maka ia akan hilang, 
Siapa-siapa yang bergantung pada akal semata maka ia boleh menyesatkan,
Tapi, siapa-siapa yang berpegang dengan ALLAH, maka dia tidak akan merasa kurang, tiada yang hilang dan tidak akan pernah menyesatkan.
[Syeikhuna Syeikh Asyraf]

Dan di sini saya kongsikan dengan kawan-kawan, Tumblr yang selalu jadi kunjungan ;

http://tersenyum-melihat-langit.tumblr.com/
http://sarahmustaza.tumblr.com/
http://sidratulmuntaha.tumblr.com/
and others.

Wallahua'lam.

NisaJauri
cairo2013

2 comments:

  1. Salam kakak solehah... nice sharing... syue suka... :) :) syukran kakak.. :)

    ReplyDelete
  2. adik SQ solehah, terima kasih. sila beri tunjuk ajar dan ingatkan juga. :) <3

    ReplyDelete

Sharing is Caring~ :)