Wednesday 5 June 2013

The serious spills~



::BUKAN SEMUA GULA-GULA KAPAS::

Bismillah.
Alhamdulillah.Thank you Allah for all the ni'mah and mehnah yang telah diberikan.Kami diuji kerana Kau sayang pada kami.
Dan tiada satu pula yang Allah turunkan itu sia-sia.Semua pasti ada hikmah tersirat yang kadang-kadang kita boleh rasa atau mungkin kekal jadi rahsia.Alhamdulillah.



And hey there! It has been so long since my last keluhkesah, random rant, out and spills.
Memang dah lama sangat kalau nak dikira dengan jari masa entry terakhir dengan yang ini.Alasan; sibuk.Internet broadband lambat serupa siput.And the rest is history~...
Tapi, Alhamdulillah.Ini ada random out and spills lagi yang rasa nak dikongsi pada semua.Walau kadang-kadang rasa macam tulis dan baca sendiri je gayanya, but it's okay then.(heh, dulu kata tak berani nak tulis belog sebab tak tahu nak cakap apa, dan sekarang laju je jari jemari menaip ntah apa-apa). Well, sebab diri yang hina serba serbi ni rasa nak kongsi.Walau apa yang tercoret ni mungkin tak bagi faedah banyak pun.

Emm, kali ini nak masuk fasa -mari serious- sekejap.Kira this entry is one of those serious soundalike entry la. To begin with, we'll spell it like kanak-kanak sekolah rendah diajar mengeja. M.A.R.R.I.A.G.E. Yang dalam bahasa Melayu kita sebut PERKAHWINAN. Ohho, hold it right there. (Told ya).


eheh *angkat2 kening*

Ya.Perkahwinan tu memang satu benda yang serious.Bukan main-main macam kecik-kecik dulu main kawen-kawen dengan anak jiran sebelah rumah.Pernah dulu, bila masih dibangku menengahan, masa tengah duduk sembang benda ni, kawan cakap "Kawen ni bukan benda main-main.Bukan untuk sehari dua punya cerita.Tapi untuk sepanjang umur kita yang dengan si dia tu.Seumur hidup."

Dan betullah.Bila umur dah meningkat tua sikit dari remaja belasan tahun ni, bila dah dekat nak bermajlis (-_-), macam-macam rasa datang.Macam-macam benda fikir.Kalau dulu, masa asyik baca novel yang tak berapa cintan cintun pun, duduk bayang, oh kalaulah si bakal incik suami seperti: 
A) Carl Duke Adam 
B) Benji 
C) Along serbia (mind the serbian thingy)
D) Lee 
E) A.O
and etc~ memang kahwin dengan novel je lah terus kalau cenggitu gaya angan-angan.
But, hey me!There is no such thing as perfect love story la.Hatta yang dalam novel itu pun hadap macam-macam mehnah dan tribulasi dulu baru sampai tahap happily married till Jannah.

Tapi betullah menguji minda, fizikal, mental, tahap kesabaran luar dan dalam.Dengar orang cerita kisah mutazawwijin itu sweet, suami isteri ini manis dan so on, dalam hati pun duk fikir benda yang sama.Tapi hakikatnya, lain.Mereka yang sweet dan manis itu pun merasa juga sour dan masamnya alam rumahtangga.Sebelum dan selepas nikah adalah dua perkara yang berbeza.Sebelum, bujang terantangtang.Anak dara pingitan pak cik Jauri.Tanggungjawab masih pada ibu dan ayah.Tapi esok-esok dah nikah, dah jadi Puan.Dah pikul tanggungjawab seorang isteri, ibu.Masak nak fikir benda-benda macam ini inside and out. Tapi mesti kena fikir.Kerana kita orang-orang yang percaya, bahawa fasa itu tetap akan datang walau lambat atau cepat.Orang-orang yang percaya bahawa itu ketentuan Allah.Setiap yang makhluk itu dicipta berpasang-pasangan.

51:49

"Dan segala sesuatu kami jadikan berpasang-pasangan, supaya kamu mengingat kebesaran Allah"
[Azzariyat:49]

Orang-orang yang percaya bahawa ia suatu sunnah yang dituntut oleh Baginda Nabi S.A.W.
Ya, kita orang-orang yang yakin bahawa setiap yang Allah tentukan ada hikmah dan kebaikan.Tidak sia-sia.

23:115

23:116

"Maka kamu mengira bahawa Kami menciptakan kamu main-main tanpa ada maksud dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami" 
"Maka Maha Tinggi Allah, Raja yang sebenarnya; tidak ada tuhan yang berhak disembah selain Dia, Tuhan yang memiliki arasy yang mulia"
[AlMukminun:115-116]


Mungkin kegusaran yang melanda tahap giga ini akan terubat nanti, insyaAllah.Mudah-mudahan.Well, in my situation dengan mana nak fikir itu, nak fikir ini.One word, serabut, sikit.Tapi insyaAllah.Kan Allah dah bagi guide.Solat.Minta kekuatan.Minta petunjuk, mohon beri yang terbaik.That's more than enough.
Mudah-mudahan.Allahumma aamin~

Okay.Done for now then. Moga-moga saya mampu buat yang terbaik untuk diri sendiri dan keluarga.Memang bukan mudah, dengan segala macam ujian.Tapi tak mustahil selagi kita percaya pada Allah.Doa itu penting.Percaya pada pasangan.

As for me, perkahwinan bukan sahaja untuk rasa manis gula-gula kapas je, tapi untuk kita tahu juga yang lidah ini ada deria masam, pahit dan masin.Semua saling melengkapi antara satu sama lain untuk mewujudkan satu rasa yang lagi sedap dari yang manis tadi.InsyaAllah.

9:71


"Dan orang-orang yang  beriman lelaki dan perempuan, sebahagian mereka adalah menjadi pelindung (penolong) kepada sebahagian yang lain.Mereka menyuruh yang makruf dan mencegah yang mungkar, mendirikan solat, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah dan RasulNya.Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah maha perkasa lagi Maha Bijaksana". [AtTaubah:71]

Hilal Asyraf >> Kebahagian yang sebenar adalah apabila kita berjaya taat kepada Tuhan.Allah~

24:26

"Wanita-wanita yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat adalah untuk wanita-wanita yang jahat (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik, dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik pula.Bagi mereka ampunan dan rezeki yang melimpah (iaitu syurga)
[AnNur:26]

Moga-moga.Nak yang terbaik, maka diri perlu jadi seperti yang kita nak itu dulu.
Well, i've heard a saying, fake it till you make it.

Aamin~


P/s : Nama-nama tersenarai di atas adalah watak-watak coolio novel feveret ever.(May I; RADHA, aA+bB, 5 tahun 5 bulan, Anthem, Versus.And all was kak Rnysas' and Hlovates') Tiada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang tiada.Eheh. ^^
Entri yang berjaya ditulis dan dipos dikala hati kegundahan bercampur gelisah (baca nervous) untuk hari yang bakal mendatang itu.Dengan all kind of undone preparation.Dengan kusut fikir barang nak beli bawa balik Tanah Melayu.Ok.Thats it.*mata pinar-pinar*

Doakan.Doakan.Doakan.Moga segalanya dipermudahkan.Allahumma aamiin~

May Allah bless.
NJ
Cairo06062013
01.19am

4 comments:

  1. org jd along la nk??haha..

    ReplyDelete
  2. haha. siapa orang yang nak jadi along ni? :P
    moga segala urusan dipermudahkanNYA :)

    ReplyDelete
  3. me prefer benji, Benz Alif..ahha..kalau diajak merepek ni karang, melalut tak tentu hala la jadik nya...dan siapa pulak yang berdua di ats ini..wonder~ btw, mohon doanya dan terima kasih atas doanya.Moga Allah balas yang lebih baik pada yang mendoakan. :)

    ReplyDelete
  4. -nice entry-nice sharing-segala2nya nice-semoga semua berjalan lancar...peace no war (^_^)

    ReplyDelete

Sharing is Caring~ :)