Wednesday 7 November 2012

AZAM.

^_^


Bismillah.
* * *
"Ya saya."
"Jangan termenunglah Izzah.Macam nak terkeluar biji mata dah aku tengok.Tu, buku yang kat atas meja, dah abis baca belum? Esok nak kena bentangkan." Tinggi suara Johanna mengingatkan.
Izzah senyum simpul berwajah manis macam kerang busuk.Err, tapi yang ini wangi lagi.
"Arasso arasso."Amboi, tu dia.Sekali Korea yang keluar.
Johanna atau lebih selesa dia dipanggil Hana hanya mampu menggelengkan kepala tanda pusing dengan kawan sebiliknya itu.Bukan dia marah cuma mahu mengingatkan.Tiga hari kelmarin, habis masam mencuka wajah manis sahabat baiknya itu selepas diperli Prof. Aimin.Itu semua gara-gara assignment tak siap, pembentangan tak sempurna.Haila haila.Ketawa kecil dia mengingat.Izzah, kalau tak duduk menghadap laptop menonton masterchef Korea siri masak-memasak makanan Korea kegemarannya itu, dia akan termenung.Habis Benji di sebelah jadi mangsa rakan kongsi tadah telinga dengar dia membebel ntah apa-apa.Dan benji tu teddybearkura-kura milik Izzah.
Begitupun, dia sayang sahabatnya itu.Sangat.Dari tingkatan 1 bersama.Sampai sekarang, dekat UiTM pun sama-sama menuntut ilmu.

"Baik mak incik.Aku nak sambung study lah ni." Senyum lagi.
"Tahun ni, tak nak main-main lagi.Aku kena rajin.Kena perbaiki niat belajar.Kalau dulu tu, asyik ngadap laptop (senyum sampai telinga), sekarang nak kurangkan menda-menda tu, insyaAllah.Tapi, kau kena tolong ingatkan aku.Kadang-kadang aku lupa." Senyum.Semangat Izzah.
"InsyaAllah.Sama-sama kita belajar dan berjaya semester ni ye, intan payung sayang." Hana kenyit-kenyit mata.
"Euwwww, gelilah." Sambil menutup telinga Izzah menggeleng.
Ketawa terlebih harkat kedengaran dari bilik mereka.Mujur hujung.Jauh dari warden.Kalau tidak, mahu ada yang bermuram durja di kelas esok.

* * *
Bismillah,
Walhamdulillah, wallahuAkbar!
Yosh!!! Anis nak jadi macam Izzah.Pasang niat untuk perbaiki apa yang telah dimulakan.
Kuliah pun dah nak hampir sebulan mula.Pergi pun hangat-hangat tahi ayam.Haiiii~
CUBA walau paaaaayah tapi kena paksaaa.Memang tak mudah, cuma kena yakin diri mampu buat.
Dan jikalau ada yang membaca ini yang dekat dengan saya, tolong ingatkan ye.Saya ni terkadang suka lupa.
Bismillah..Moga Allah memberkati dan mempermudah.
Jalan untuk mengubah biarpun payah tapi tak susah,insyaAllah.

Saying is one thing, but doing is another. Allahu~
*mata pinar-pinar*

nisaJauri
cairo2012

No comments:

Post a Comment

Sharing is Caring~ :)