Ep:1
kredit : tumblr.com |
Bismillah~
BG&PB-Bulatan
Gembira:1
* * *
Iman meletakkan pen hitamnya atas meja belajar.Jam
menunjukkan pukul 2.30 petang waktu Aberdeen.
“Alhamdulillah.Selesai 3 mukasurat.” Mulut berkata yang
hanya telinga sendiri mendengar.
Usai 3 muka dia berehat.Mata tertancap pada dinding muka
bukunya.Kekunci laptop dibawa ke ikon bumi di belah kiri atas laman muka buku.Ada
1 notifikasi masuk.
--> Ateh Insyirah updated her status.
Terus Iman menekan touch pad laptopnya mahu tahu status apa pula yang Ateh
tulis kali ini.Dia suka baca status Ateh, sebab Ateh suka tulis sesuatu yang
baik-baik.Yang kadang-kadang boleh sentuh hati dia.Ateh suka beri peringatan
walaupun status pendek tak berjela.
Dinding timeline Ateh memenuhi ruang skrin laptop.
“As-Syuara’:77-91.
---------------------------------------
Dia Tuhan
Seluruh alam.
Dia Tuhan
Pengasih dan penyayang.
Dia Allah,
tuhan saya, kita, kamu dan mereka.
Minta, dan Dia
akan beri walau lambat tapi Dia takkan pernah memungkiri.
Kita, sila
ambil peduli, pada yang namanya hati.Jaga!”
*notetoself
Allahu…
Allahu~..Bibir mengukir senyum segaris.Ateh…
“Ehem…” Terasa bahunya dicuit dari belakang.
“Cik kak Along sayang..stalk facebook orang ye.”
Ateh dah berdiri cekak pinggang di belakang.Dia tersenyum.Manis.
“A’ah cik kak Ateh manis.” Lidah dihulur gaya mengejek sambil
geleng-geleng kepala.
“Dah habis study?.”
“Dah.Kuota 3 muka dalam masa setengah jam dah berjaya
dilaksanakan Puan.”Serius Iman menjawab.
“Ni apa gaya macam askar batalion Tanah Melayu tak cukup
syarat je?”
Iman senyum sampai telinga.Insyirah juga.Masing-masing
faham dah perangai sesama.Dua-dua memang suka bergurau.Rumah sewa “rumahku
syurgaku” milik mahasiswi perubatan berempat Universiti of Aberdeen campur cik
puan bakal jurutera seorang tu memang sentiasa ceria.
Dia, Insyirah, Ain, Amani dan Huda semua sekepala.Cuma
Insyirah kadang-kadang terlebih matang dari yang lain.Iman pula kawan-kawan
label macam orang terlebih kasih-sayang.Pantang nampak pipi kawan-kawan, suka
dia hadiahkan ciuman.Nasiblah semua faham.Ain dan Amani dua sekawan.Datang dari
sekolah menengah yang sama.Suka tolong orang.Dan Huda, cik puan engineer,
pelik sikit.Pelik-pelik dia pun, orang senang berkawan.Mana tak pelik, habis
semua peralatan elektrik miliknya diubahsuai.Suka suki katanya.Mereka tak kisah
asalkan boleh guna semua “barang terlebih canggih” tu sudah.
“Along, Ain dengan Amani mana?Tak Nampak pun?”
“Diorang keluar kejap.Nak beli barang rumah sikit.Nak
masak special malam ni katanya.” Iman jawab sambil tangan mencapai Toblerone
putih atas meja.
“Nak?”
Ateh geleng. “Makanlah.Huda?”
“Ada dalam bilik.Tengah buat assignment.Minggu
depan nak hantar.” Ateh angguk.
“Kejap lagi nak maghrib.Lepas maghrib macam biasa ye.”
Ateh mengingat sambil tangan menepuk lembut bahu Iman.
“Ai ai ma’am.Roger that.In sya Allah.”
Ateh senyum geleng kepala.Dia keluar dari bilik menuju
bilik kawan mereka, Huda.Sama.Nak mengingatkan juga macam yang dia cakap pada
Iman tadi.
“Baik cik kak Ateh sayang.” Huda senyum menjawab.Huda
sudah selesai menghabiskan studynya petang itu.Dia keluar ke ruang tamu
menuju jendela mahu melihat anak-anak kecil mat saleh bermain
salji.Walaupun tak setebal mana, tapi seronok.
Pintu rumah terkuak.“Assalamualaikum…” Panjang berlagu
Amani memberi salam.Winter coat masing-masing dibuka dan disangkut kemas
pada batang penyangkut bersebelahan rak kasut.
“Kami dah pulang emak buat cucur, mudah saja tambah air…”
Ain nyanyi sambil Amani menyiku pinggang.Lima kepala gelak serentak.
* * *
to be continue..tehe! ^^
nisaJauri
cairo231112
1.37am
Tulisan tangan (yang dibantu keyboard laptop) yang tidak seberapa ini adalah hakcipta terpelihara (yang ideanya dipinjamkan Allah) empunya blog.Ambil yang dirasa baik dan tegur dan ingatkan jika dirasa kurang (dan amat dialukan).Dan ia hanya coret-coret dikala kelapangan, a note to self actually, A SELF REMINDER.
No comments:
Post a Comment
Sharing is Caring~ :)