Saturday 24 November 2012

Bulatan Gembira, Berpetak Bahagia: 2

Ep:2

Jangan pertikaikan kenapa kita,
Allah lebih tahu yang terbaik untuk kita.
Allah tak akan beri kita pahit, kalau bukan ubat.
Kekadang kita diuji kenapa tak berkasut,
Tetapi kita lupa ramai org diuji tak berkaki
Kredit:FB 


Allahummaghfirli zanbi waiyyaki.”
Allahumma aamiin.” Iman membalas salam Insyirah.
Alhamdulillah. Selesai solat jemaah maghrib sama-sama. Mereka kemudian membulat membentuk bulatan di tengah-tengah ruang bilik solat rumah. Masing-masing capai Al-Quran. Seperti biasa, setiap Jumaat dan Sabtu selepas solat Maghrib, mereka akan berbulatan gembira sama-sama. Seronok. Tambah ilmu erat ukhuwah. Dan hari ini, giliran Insyirah beri pengisian. Dan sebenarnya tiap kali pun Insyirah tetap akan diminta memberi sesuatu. Dia macam ustazah, bimbing anak-anak didik.

“Ok. Hari ini nak kongsi sesuatu dari Surah As-Syuara’ ayat 77-91.” Insyirah pandang muka kawan-kawan penuh sayang. Masing-masing senyum membalas.
“Huda, cuba bacakan ayat-ayat dia, nanti Ain dan Along tolong baca terjemah ye.”
Huda mulakan bacaan. Huda, walaupun bakal engineer tapi suara dia sedap kalau baca Al-Quran. Yang lain akan tunduk khusyuk mendengar.
Dan giliran Ain baca terjemah ;

77. Sesungguhnya mereka (apa yang kamu sembah) itu musuhku, lain halnya Tuhan seluruh alam.
78. Yang telah menciptakan aku, maka Dia yang memberi petunjuk kepadaku.
79. Dan yang memberi makan dan minum kepadaku.
80. Dan apabila aku sakit, Dialah yang menyembuhkan aku.
81. Dan yang akan mematikan aku, kemudian akan menghidupkan aku kembali.
82. Dan yang sangat kuinginkan akan mengampuni kesalahanku pada hari kiamat.
83. (Ibrahim berdoa) “Ya Tuhanku, berikanlah kepadaku ilmu dan masukkanlah aku ke dalam golongan orang-orang yang soleh.

Iman menyambung baca terjemahan ;

84. Dan jadikanlah aku buah tutur yang baik bagi orang-orang yang datang kemudian.
85. Dan jadikanlah aku termasuk orang yang mewarisi syurga yang penuh dengan kenikmatan.
86. Dan ampunilah ayahku, sesungguhnya dia termasuk orang yang sesat.
87. dan janganlah Engkau hinakan aku pada hari mereka dibangkitkan
88. Iaitu pada hari ketika harta dan anak-anak tidak berguna
89. Kecuali orang-orang yang menghadap Allah dengan hati yang bersih
90. Dan syurga didekatkan kepada orang-orang yang bertakwa
91. Dan neraka jahim diperlihatkan dengan jelas kepada orang-orang yang sesat “

Lima mulut melafaz “Sodaqallahul’azim”. Sungguh.
Allahu~ Ayat-ayat Allah itu kena pada yang bernama manusia. Kena pada diri sendiri.
Ateh memang pandai bila masuk bab-bab tarik hati kawan-kawan. Dan sungguh kami syukur bila hati-hati kami itu pula senang dan mudah menerima. Alhamdulillah.

“Ok kawan-kawan sayang, Alhamdulillah, seronokkan dengar ayat motivasi dari Allah. Banyak kita boleh belajar dari ayat-ayat surah As-Syuara’ ni. Masa mula-mula Ateh baca, Ateh rasa sangat yang diri ini kerdil dan sungguh-sungguh perlukan Allah dalam setiap keadaan.”
Ateh terang panjang lebar. Bersungguh dia mahu berkongsi. Empat pasang mata bersungguh pula memandang sambil tangan laju mencatat. Masing-masing angguk. Senyum.

“Ayat-ayat tadi cerita macamana Nabi Ibrahim A.S berdakwah pada bapa dan kaumnya. Nabi Ibrahim tegas mengatakan bahawa Allah itu Tuhan sekalian alam. Satu. Tiada yang lain.Hanya Dia.” Ateh diam kemudian tersenyum dan kembali menyambung.
Start  je ayat 78 sampai 91 tu, Nabi sebut dengan yakin, bahawa Allah itu berkuasa atas segala sesuatu. Nabi yakin dengan Allah atas keyakinan yang tidak berbelah bahagi. Percaya bila sakit Allah yang sembuhkan, bila susah Allah beri kemudahan, yang Maha Pengampun segala kesalahan dan Maha Mengetahui.” Allahu~
Ateh pandang muka kawan-kawan tercinta. Semua tunduk sambil bibir mengucap tasbih dan tahmid.

“Jadi, Along, Ain, Amani dan Huda, apapun lah yang kita semua rasa; susah, sakit, putus asa, jangan cepat mengeluh. Sebab Allah tahu apa yang kita tak tahu. Dan yang Dia beri itu mungkin kifarah untuk hapus dosa kita, atau untuk sooth  kita di bawah sedar kita. Everything happen for a reason. And Allah wants us to know that the things that come to us is nothing as long as we believe Him.” Tutur Ateh sungguh-sungguh. Butir kata yang keluar dari mulutnya itu betul sangat mendalam. Ikhlas. Terasa masuk, tersemat dalam dada. Ain kelihatan menyeka air mata. Ain walau seorang yang sentiasa ceria, hatinya lembut mudah tersentuh.

"Doa.Sebab doa tu wasilah, jalan bagi kita.Kan Allah pesan, berdoalah.Mintalah pada Dia, nescaya Dia akan tunaikan.Cuma kadang-kadang boleh jadi cepat, boleh jadi lambat. tapi, Dia tak pernah mungkir." Senyum lagi.

Empat kepala memandang Ateh, angguk tanda setuju. Tiada yang sia-sia dari Allah, kecuali kita manusia yang sengaja mensia-siakan.
“Ok." Terdengar nafas ditarik lembut dan dihembus perlahan. "Alhamdulillah. Sampai situ je yang Ateh boleh kongsi malam ni. Takdelah banyak mana. Moga kita sama-sama dapat manfaat. Sama-sama boleh saling mengingat yang kita punya Allah. Selalu jaga apa yang Dia minta kita jaga.”
“Alhamdulillah.Terima kasih Ateh sayang.” Amani senyum.
“A’ah.Terima kasih.In sya Allah.Moga dapat manfaat bersama.” Iman bersuara. Tiga yang lain turut sama mengangguk.Ateh senyum.

Kedengaran azan Isyak berkumandang dari Samsung S3 milik Huda.
"Isyak dah masuk. Jom solat." Huda bersuara.
"A'ah. Kejap lagi Ain dengan Amani nak masak special untuk semua." Ain cakap sambil kening diangkat. Yang lain tergelak kecil.
"Alhamdulillah, da chef in the house nak turun padang masak istimewa malam ni. Rindunya nak makan masakan korang berdua." Huda menutur kata, ceria. Ateh dan Iman berpandangan sambil tangan membetulkan letak sejadah.
Dan mereka berlima tersenyum bahagia. Syukur atas kurniaan Allah. Kawan-kawan yang sentiasa ada waktu senang dan susah. Yang tidak kisah latar belakang mahupun pangkat dan harta kekayaan.
Iman terasa seperti matanya panas berkaca. Tidak disangka pertemuan kali pertama 5 tahun dulu membawa dirinya mengenal kawan-kawannya itu.Sungguh, dia bersyukur.Allah hantar mereka kerana Allah sayang akan dia.Allah hendak tegur dia melalui kawan-kawannya yang baik-baik itu.Alhamdulillah.Dia teringat hadis Nabi yang pernah Ustaz Aimin ajar dulu.Nabi pesan ;

"Tidak sempurna iman seseorang, sehingga dia mencintai saudaranya (sahabatnya) sepertimana dia mencintai dirinya sendiri." 

Ustaz cakap, kawan yang baik, yang cinta akan kawannya macam dia sayang dengan dirinya itu adalah yang bila dia tak mahu kawannya berbuat yang tidak baik, seperti mana dia tidak mahu dirinya berbuat jahat juga. Dia yang mengharapkan kawannya itu dilimpahi keberkatan dunia dan akhirat. Dia yang sentiasa melakukan perbuatan yang menggembirakan hati kawannya.Allah~ Iman berterima kasih pada Allah sebab kawan-kawannya begitu. Dalam hati dia berdoa agar dia juga boleh jadi begitu. Bersahabat kerana Allah.

"Along, jom.Imam eh." Tersedar Iman dari lamunan apabila terasa Ateh menepuk belakangnya lembut.
Iman angguk sambil menghadiahkan senyum manis.Semua dah berbaris membentuk saf, lurus.Hati masing-masing tunduk sedaya diikhlaskan hanya untuk Allah.Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, tangan diangkat dan takbir dilafaz.Masing-masing tenggelam dalam cinta.Cinta pada Sang Pencipta.

* * *

and the story is not yet ended.^^. In Sya ALLAH.

nisaJauri
cairo24112012
1.50am

Tulisan tangan (yang dibantu keyboard laptop) yang tidak seberapa ini adalah hakcipta terpelihara (yang ideanya dipinjamkan Allah) empunya blog.Ambil yang dirasa baik dan tegur serta ingatkan mana yang dirasa kurang (dan amat dialukan). Dan ia hanya coret-coret dikala kelapangan, a note to self actually, A SELF REMINDER.




No comments:

Post a Comment

Sharing is Caring~ :)