(^__^)V
Bismillah, walhamdulillah.
Atas setiap ujian, nikmat dan rezeki yang dilimpahkan,
bersyukurlah!.
Tanda kita berterima kasih atas kasih sayang Allah.
Humbly say, ALHAMDULILLAH.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Dedicated to sahabat-sahabat yang sudah berumah
tangga,bakal berumah tangga dan mungkin muhasabah buat yang masih
mencari-cari.
Pilihanku..
Bukannya pada paras rupa yang menawan hati..
Kerana cintaku bukan pada pandangan semata..
Takut jika diwarnai kegelapan..
Kita buta hilang arah..
Pilihanku..
Bukannya pada manis tutur kata bermadah..
Kerana cintaku bukan pada janji yang
bermaharajalela..
Andainya suara dikaburi fitnah,
Kita rebah tiada bermaya..
Pilihanku..
Bukan pada banyaknya harta dunia,
Kerana cintaku bukannya ternilai dengan harga..
Bimbang kemewahan membawa leka..
Menghilangkan cinta kita pada-Nya..
Lalu di manakah bahagia?
Pilihanku itu..
seorang yang buta..
Buta menilai paras rupa..
Sesungguhnya syahadahnya menggegar seluruh
jiwaku..
Keikhlasannya melakar cinta yang diredha..
Tongkatnya pada akidah yang menyinari laluan
bahagia
Pilihanku itu...
Seorang yang bisu..
Bisu mengungkapkan janji yang tiada pasti..
Kerana harapan disandarkan pada Illahi..
Pendiriannya menusuk nurani hawa..
Bait-bait kesyukurannya lahir pada sujud seorang
hamba
Pilihanku itu..
Seorang yang papa dan hina...
Papa dengan takbur yang mengubur
Hina kerana sederhana..
Iman memujuk jiwanya..
Cintanya pada agama mengikat tali ukhwah..
Lalu disimpul teguh pada tiang pernikahan..
Pilihan kami..
Pada agama yang memelihara
Pada Syahadah yang mengiringi
Pada al-Quran yang membimbing..
Biar..
Cinta kami pada Maha Menyintai..
Kerana janji-Nya yang pasti
Cinta kami pada kekasih Illahi
Kerana memimpin ke jalan bahagia yang hakiki
Kasih isteri pada cinta yang diberi..
Biarlah sampai ke Akhirat nanti...
Kerana yang sebenarnya ku mahukan padanya..
Bukan cuma kekasih duniawi..
Tapi teman menuju Syurgawi..
'Ramai yang mencari cinta tetapi tertipu olehnya,
Ramai yang kecewa kerana cinta dan putus asa pada
rahmat-Nya,
Ramai yang membenci cinta dan membenci nyawanya.'
"Cinta yang dicari tanpa melalui Pencipta
adalah cinta yang tiada batasnya. Cinta tanpa batasan hanya cinta sekadar
hiburan. Hiburan yang bukan hanya melalaikan jiwa, menggelapkan hati malah buta
pada Pencipta. Apabila musibah melanda, mula salahkan Tuhan kerana tidak
menyedarkan daripada leka. Hati kita yang lemah, sentiasa digodai nafsu, sebab
itu kita kena berpegang pada sandaran yang kukuh, Allah S.W.T. Adanya Iman..
apapun cabaran kita tetap mara ke hadapan. Insya-Allah.
Aku mencintaimu kerana agama yang ada padamu, jika hilang agamamu, maka hilanglah cintaku padamu
-Imam Nawawi-
Dan ini, ye, yang di atas ini adalah tanda kasih seorang sahabat pada kami.Orang kata, sharing is caring while caring is loving. ^__^
Alhamdulillah pada si dia yang Allah hantar buat beri peringatan.
Dan saya kongsikan kepada semua selagi ia dapat memberi erti dan manfaat pada diri.
InsyaAllah.
Terima kasih teman---> Halimaton Mohamad sayang <3
NisaJauri
cairo2012
30102012
1010pm
perkongsian yang bermanfaat :)
ReplyDelete