[CONTENGAN JALANAN] : Read & Heed pt 1
~The power of PRAYER will never leave you even in the darkest of times.It is the greatest weapon known to man,a freedom no one can take away...~
Ini bukan copy mana-mana tajuk novel-walaupun really ada
tajuk seratus persen sebjik dengan entry ni and of course it’s Hlovate’s my fav
author ever-.
Tapi memang betul hidup itu satu perjalanan,kembara,pusingan dan apa sahaja perkataan yang rasa boleh masuk makna dia dengan 3 perkataan tadi.Dan kehidupan itu pula amanah yang Allah bagi pada setiap hambaNya yang berfikir.Dan tak salah rasanya kalau boleh diinterpretasikan dengan makna kata bahawa setiap manusia yang hidup itu bertanggungjawab as in sebagai khalifah pada setiap perjalanan yang bakal ditempuh di muka bumi Allah ini.
Tapi memang betul hidup itu satu perjalanan,kembara,pusingan dan apa sahaja perkataan yang rasa boleh masuk makna dia dengan 3 perkataan tadi.Dan kehidupan itu pula amanah yang Allah bagi pada setiap hambaNya yang berfikir.Dan tak salah rasanya kalau boleh diinterpretasikan dengan makna kata bahawa setiap manusia yang hidup itu bertanggungjawab as in sebagai khalifah pada setiap perjalanan yang bakal ditempuh di muka bumi Allah ini.
Allah sebut ;
Well, entry pertama-tama kedua yang ditulis ini ilhamnya dari
beberapa siri bacaan yang spirit watak dia sedikit sebanyak membuka mata dan hati.Rasa
seperti diri kerdil yang teramat.Dan sememangnya bukan sekali dua rasa ingin
menulis aka spill out rasa hati ni nak dimulakan,tapi dah berkali-kali cuma tangan je
yang tak berani lagi.Takut-takut yang ditulis itu membawa fitnah dan
sebagainya.Dan sekali lagi pabila rasa nak spill semua benda tu datang balik, nah ! ni lah hasil yang tak seberapa.
(well, this picture sure my fav picture..kalau perasan :) )
Contengan jalanan -which is referring to the actual
novel- kalau boleh diulas, sarat makna dan pengertian.Bukan sekadar berjalan,
tempuh kehidupan dan buat contengan suka-suka, tapi berjalan,tempuh kehidupan
yang penuh dengan makna.Berjalan dalam erti kata lain mengembara mencari erti
hidup yang nantinya tujuan setiap perjalanan itu semata kerana Allah, untuk menggapai
redha dan rahmat dariNya.
Nah, satu perkongsian.Lirik nasyid popular Mirwana ni mungkin terkadang biasa jadi siulan time tgh study (sambil dengar lagu ) atau mungkin tgh masak2 dan sebagainya.Tapi the meaning is really something..
Di sini kau berdiri
berpijak di bumi
menjunjung langit yang luas
Pernahkah kau berfikir
alam penuh rahsia
anugerah yang maha esa
Berjalan,bermusafirlah
melihat kebesaran tuhan
yang diciptakan untuk
mereka yang berfikir
dan bersyukur di atas nikmat
dan kurnianya
nilai harganya,iman dan taqwa
bagi hamba yang setia
Tiada beza warna,kulit atau rupa
yang ada hanya insan yang lemah
dengan satu tujuan mencari keredhaan
dan berbudi di bumi tuhan
Allah sebut dalam firmanNya yang penuh dengan ingatan dan
kasihnya ;
Ar-Rum:42
Dan sebenarnya, entry ini lebih berbaur muhasabah.Dengan niat
menulis dan mengajak diri sendiri terutamanya dan kepada yang sudi membaca
untuk sama-sama muhasabah dan memperbaiki kelemahan.Walaupun sangat benar
bahawa nobody’s perfect and people make mistakes, tapi itu bukan alasan
melemahkan semangat untuk terus berusaha ke arah kebaikan.
Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah;
[Dan bagi tiap-tiap umat ada kiblatnya (sendiri) yang ia menghadap kepadanya. Maka berlumba-lumbalah (dalam membuat) kebaikan. Di mana saja kamu berada pasti Allah akan mengumpulkan kamu sekalian (pada hari kiamat). Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu]
(Allah~ sungguh diri ini kerdil, sarat dosa..Namun, di
sudut hati paling dalam aku inginkan kebaikan agar terus memberi cahaya pada
hati.)
Menulis bukan hanya suka-suka.Tapi ia saya anggap sebagai
sebuah perkongsian.Yang nanti manfaatnya dapat kita ambil sama-sama.Walaupun
tahu bahawa tulisan ini biasa-biasa sahaja.
No comments:
Post a Comment
Sharing is Caring~ :)