Thursday 25 October 2012

AIDILADHA MUBARAK!

ALLAHU AKBAR ALLAHU AKBAR ALLAHU AKBAR
ALLAHU AKBAR, WALILLAHILHAMD...

Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar. 
Segala puji hanya bagi Allah.



Dari sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas R.A, Rasulullah S. A. W telah menerangkan tentang fadilat di bulan Zulhijjah iaitu :

1. Tanggal 1 Zulhijjah kesalahan Nabi Adam AS telah diampukan Allah.Oleh itu, sesiapa yang berpuasa pada hari itu dosanya akan diampunkan oleh Allah.
2. Tanggal 2 Zulhijjah doa Nabi Yunus AS diperkenankan Allah.Oleh itu sesiapa yang berpuasa pada hari itu seperti berpuasa setahun dan dicatitkan baginya seperti tidak pernah melakukan maksiat.
3. Tanggal 3 Zulhijjah doa Nabi Zakaria telah diperkenankan oleh Allah.Oleh itu sesiapa yang berpuasa pada hari itu doanya juga akan diperkenankan oleh Allah.
4. Tanggal 4 Zulhijjah Nabi Isa AS dilahirkan.Oleh itu sesiapa yang berpuasa pada hari itu akan terhindar dari kefakiran dan kemelaratan.
5. Tanggal 5 Zulhijjah Nabi Musa AS dilahirkan. Oleh itu sesiapa yang berpuasa pada hari itu akan terlepas dari sifat munafiq dan siksa kubur.
6. Tanggal 6 Zulhijjah Allah telah membukakan pintu-pintu kebajikan kepada nabi-nabiNya.Oleh itu sesiapa yang berpuasa pada hari itu akan dipandang Allah dengan pandangan rahmat.
7. Tanggal 7 Zulhijjah pintu neraka jahannam akan dikunci.Oleh itu seiapa yang berpuasa pada hati itu akan dibukakan baginya pintu kemudahan dan dikunci pintu kesulitannya.
8. Tanggal 8 Zulhijjah Nabi Ibrahim telah mendapat perintah supaya menyembelih anaknya Nabi Ismail.Seharian ia berfikir sama ada perintah itu daripada Allah atau dari syaitan.Hari itu dinamakan hari Tarwiyah (hari berfikir/melihat).Sesiapa yang berpuasa pada hari tersebut akan diberikan pahala yang banyak oleh Allah.
9. Tanggal 9 Zulhijjah Allah telah memberitahu kepada Nabi Ibrahim bahawa mimpinya itu adalah benar, bukan dari syaitan.Oleh itu, hari tersebut telah dikenali dan disebut sebagai hari Arafah (Hari mengetahui).

Wallahu 'alam.

Sunat bersedakah kepada fakir miskin.Sesiapa yang bersedekah pada hari tersebut akan dibangkitkan oleh Allah pada hari kiamat nanti dalam keadaan aman sentosa.
Amalan sunat pada 10 Zulhijjah :

- Mandi sunat Aidiladha pada pagi harinya.
- Sunat tidak menjamah makanan dan minuman sehinggalah selesai menunaikan solat sunat  
  Aidiladha.
- Keluar menuju ke masjid dengan satu jalan dan pulang dengan menggunakan jalan lain
- Mengumandangkan TAKBIR, TAHMID,& TAHLIL bermula malam 10 Zulhijjah sehinggalah 
  terbenam matahari pada 13 Zulhijjah.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Dan tahun ini tahun kelima saya kira beraya Aidiladha di sini, di bumi Mesir ini.Dan sungguh, Aidiladha di sini berbeza dengan yang di Malaysia.Seronok. ^^
Alhamdulillah.
Apapun, walau dimana kita menyambutnya, moga setiap pengorbanan kita ke arah kebaikan itu diredhai oleh Allah.Moga setiap yang diniatkan itu juga ikhlas semata kerana redhaNya.Aamiin.

Dan bagi yang mengenali diri ini, yang juga sudi singgah baca ke blog ini ;
SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA.
KULLU AM WA ANTUM ILALLAHI AQRAB.AAMIIN.




No comments:

Post a Comment

Sharing is Caring~ :)