...
...katakanlah, adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya, hanya orang yang berakal sihat yang dapat mengambil pelajaran. [Az-Zumar : 9]
Dan yang pasti, patah tumbuh, hilang berganti.Walaupun yang tumbuh dan berganti itu mungkin tak sama dengan yang patah dan hilang.
Moga Allah memberkati. :)
-----------------------------------------------------------------------------------------
Dan sekarang, entry ni dah lewat sehari dari tarikh hari yang tersebut (8/10/12).
Dan sekali lagi, MABRUK ALAIKUM...TAHNIAH...CONGRATULATION...CHUKAHAMNIDA (tehee ^^)...
May Allah bless.
“PAK PAK GEBOM GEBOM, PAK PAK GEBOM GEBOM”
Eh! Ini bukan “bunyi kompang dipalu, pengantin baru”.
Ni bunyi paluan kompang untuk meraikan mereka-mereka yang
telah selamat diijabkabulkan bergraduasi hari ini.(walau sendiri pun tak
tahu macamana nak palu kompang, boleh buat bunyi je ^^).
Hari ini hari gembira dalam duka.Hari ini hari sendu
dalam tawa.
Hari ini menyaksikan air mata tumpah lagi.Deras.Sederasnya
air sungai Nil mengalir (err, Nil deras ke?)
Alhamdulillah.
Hari ini hari bersejarah. Setelah berlelah dan berusaha
sehabis mampu, Allah balas mereka dengan kejayaan hari ini.
They’re officially graduated. :)
(dan bunyi mercun berdentum-dentum, dihiasi dengan lampu
kelip lip lap lip lap.eheh! ^^)
Merekalah kawan-kawan saya.Kawan-kawan yang lama sama-sama
belajar di zaman persekolahan dulu.
Kawan-kawan yang saya kenal sejak dari menuntut di Maahad
Ahmadi, Gemencheh, Negeri Sembilan dulu. Kawan-kawan yang juga sama-sama
menuntut di bumi Mesir ini. :)
Alhamdulillah, praises be to Allah. For he is the One
yang telah mengurniakan kita, saya, kamu, dan anda semua kejayaan.Walau ia
tertangguh sekalipun, ia tetap nikmat yang penuh hikmah *nod2*.
Semua inginkan kejayaan.Ia fitrah bagi yang bergelar
manusia.Dan ia nikmat besar bagi yang bergelar pelajar.Dari yang belajar di
sekolah rendah yang petang-petang suka main kejar-kejar, naik basikal lumba
laju-laju.Ataupun yang berada di bangku sekolah menengah, dengan meja yang
kadang-kadang berubah-ubah (maaf kalau cerita bangku dan meja tiada kaitan
rapat.hehe),bertukar-tukar nota, (rela paksa pergi Ulu Yam-haaa,yang ni memang ada kaitan dengan 'kamiadikberadik2ndgenofi'dadi). Mahupun mereka yang sudah di menara gading.Semua dari kita
inginkan kejayaan. Maka kata Nabi kita:
“Tuntutlah ilmu hingga ke Negeri China”
“Barangsiapa yang meniti suatu jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah memudahkan baginya jalan untuk ke syurga..."
Juga kerana Allah pesan :
ALLAHU~
Moga Allah beri kesabaran kepada mereka, kawan-kawan saya
dalam meneruskan perjuangan di tanah air, bumi tercinta.
Moga Allah tetapkan kaki dan pendirian mereka dalam
membantu ummah, memartabat Islam di mata dunia.
Moga Allah memberkati ilmu-ilmu mereka untuk disampaikan
pula kepada yang lain.
Moga Allah menjaga mereka dalam ketaatan dan keberkatan.
Aamiin, ya Rabbal ‘alamin.
Merekalah yang saya kagumi.
Merekalah penguat diri dikala gundah, pemberi semangat
dikala lelah.
Merekalah kawan-kawan
saya.Hadiah Allah.
Dan merekalah :
Induk Hanis (yang selalu membuat diri rasa tenang), Asu
Syahirah (yang menjadi penguat dikala gundah), Ziemah (yang sentiasa memberi
semangat dikala lemah), dik Hana ( yang menjadi penceria dalam mengingat),
Incik Fakha (yang banyak membantu),Incik Azmim (yang pendiam baik hati), Incik
Hasan (yang selalu masak untuk kami warga rumah negeri), Incik Rodhi (tuan
ketua yang ringan tulang), Incik Omar (bos yang suka memberi salam), Incik
Ustaz Khalid (ustaz sekuliah lughah), Ustaz Zuhairi (abu Hurairah thani) dan
mereka yang lain yang tidak tersebutkan.Wallahu Yubarik Fikum Ajma’in.Aamiin.
mereka :) |
wajah-wajah graduan Negeri Sembilan.Tidak lupa juga pada IBU.<3 |
Alhamdulillah. |
Doakan kami…doakan kami…doa kan kaaami. (untuk menambah
feel, sila nyanyi dengan irama lagu “maafkan kami” :D )
Mohon mendoakan saya dan kami-kami yang masih di
sini.Doakan agar kami kuatkan kaki menuntut ilmu bukan sahaja yang di kuliah,
namun rajin juga mencari yang di luar.
NisaJauri
Cairo12
091012.1225am.
tahniah kekanda2ku semua.... mabruk2...
ReplyDeleteuntuk k.anis comel..moga akk dan kita menyusul kemudian..insyaAllah2..terus mengorak langkah..! :)
salam ingatan.. <3
insyaAllah.Aamiin ya Rabb.
ReplyDeletekuat!!
:)
<3 jugak.
mabruk untuk sume senior san.. ^_^
ReplyDeleteinsyaAllah kak anis gai..
chaiyok2!
nana chan.tq2.insyaAllah
ReplyDelete:)