BEAUTY IS A GIFT, EVEN IT IS SUBJECTIVE.
Entry kali ini, tiada kata yang berat-berat.Tiada makna yang tersirat.
Entry kali ini cuma terisikan dengan yang cantik-cantik (^^).Bagi mereka yang merasakan bahawa ciptaan Allah itu indah.
^___^
So which of the favors of your Lord would you deny.
-ArRahman-
Bahawa sesungguhnya, Dialah yang memegang hati-hati manusia. Allahu~ |
Hidup ini, warna-warni. Ada yang hijau, biru, merah, oren, jingga, hitam, kuning mahupun putih. Cantik.[So which of the favors of your Lord would you deny.] |
Kadang-kadang rasa susah, penat, lelah. Tak mampu nak harung seorang diri.Rasa lemah menghantui. |
Dan kadang-kadang...
Diri lalai.Terlupa bahawa kita hamba. Allahu~ |
Tapi sebenarnya...
Kita tidak berseorangan.Kerana kita masih punya kawan dan teman-teman. ^__^ |
Mereka yang selalu mengingatkan di kala terleka dan mengajak ke arah kebaikan. Yang sediarela berbulatan gembira mungkin, |
Yang setia meminjam bahu, menghapus gundah, menghilang resah. MENGINGATKAN YANG KITA MASIH PUNYA ALLAH, TUHAN MAHA PEMURAH. |
Ujian yang kita rasa berat jadi ringan.Lelah yang memenatkan terasa hilang.
Alangkah indahnya berukhuwah kerana Allah. :)
^____^..tehee..~ |
Mentari pun muncul kembali.Menghiasi taman hati.Hehe. |
Jangan pernah rasa terasing kerana kita masih punya Allah.
Kawan-kawan Allah hantar sebagai wasilah.
Menjadi mereka yang sentiasa tidak jemu memberi nasihat, membakar semangat.
Bacalah! Dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang. -InsyaAllah- Maka, nikmat Tuhanmu yang manakah yang engkau dustakan? |
Katakanlah (wahai Muhammad) ; Allah, Dialah yang Maha Pemurah, yang kami beriman kepadaNya dan yang kepadaNya kami berserah diri...
-AlMulk:29-
-YOU WILL NEVER WALK ALONE-
(^__^)v
all credits and thanks to---> siri gambar-gambar Tumblr.com
nisaJauri
cairo12
18102012/2zh1433
6.03am
Alhamdulillah.. Kita Ada Allah... beruntungnya kita kan.. :)
ReplyDelete* tersenyum tatkala membaca entri ini *
alhamdulillah.
ReplyDelete:)
terima kasih dik syue.
*hugs* :)