And this one is my favorite...
The mariberdoa part.
Muka surat dia, sorry, lupa. ^____^
kredit:sumber |
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
“ADDIN menadah tangan membaca selawat, membuka doa yang
bertampal di atas dinding berhadapan dengan meja belajarnya itu.Doa-doa yang
dibekalkan opah.
“Ya Tuhanku,
ampunilah aku dan saudaraku dan masukkanlah kami ke dalam rahmat Engkau dan
Engkau adalah Maha Penyayang antara para penyayang.”
[Al-A’raf:151]
Ini doa Nabi Musa selepas baginda balik daripada
berbicara dengan Allah dan menerima perintah.Yang bila baginda balik saja pada
kaum dia, Samiri dah mengajak orang lain agar sesat dan sembah patung anak
lembu.
“…Wahai Tuhan
kami, berikanlah rahmat kepada kami dari sisiMu dan sempurnakanlah bagi kami
petunjuk yang lurus dalam urusan kami ini.”
[Al-Kahfi:10]
Ini pula doa pemuda-pemuda dalam cerita Ashabul Kahfi tu
semasa melarikan diri dari raja zalim.
“Ya Tuhanku,
sesungguhnya aku telah menganiaya diriku sendiri kerana itu, ampunilah aku.”
[Al-Qasas: 16]
Ini pula doa Nabi Musa, yang dibaca selepas dia terbunuh
seorang Qibti yang bergaduh dengan seorang bangsa Israel di tengah pasar.Yang
dibaca untuk memohon ampun.
“…Ya Tuhanku,
tambahkanlah kepadaku ilmu pengetahuan.” [Taahaa:114]
“Ya Tuhanku, aku
berlindung kepada Engkau daripada bisikan-bisikan syaitan.Dan aku berlindung
pula kepada Engkau Ya Tuhanku daripada kedatangan mereka kepadaku.”
[Al-Mukminun:97,98]
“Ya Tuhanku,
lapangkanlah untukku dadaku.Dan mudahkanlah untukku urusanku.Dan lepaskanlah
kekakuan dari lidahku.Supaya mereka mengerti perkataanku” [Taahaa: 25-28]
Yang daripada surah Taha ini pula doa Nabi Musa
Alaihissalam,memohon kepada Allah agar dadanya dilapangkan untuk menghadapi
Firaun yang terkenal sebagai seorang raja yang kejam.
“ Maha suci
Engkau, tidak ada yang kami ketahui selain daripada apa yang telah Engkau
ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mengetahui lagi Maha
Bijaksana.”
[Al-Baqarah:32]
“Cukuplah Allah
menjadi penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik pelindung.”
[Ali Imran: 173]
Barangsiapa yang
bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar.Dan
memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya.Dan barangsiapa yang
bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan
keperluannya.Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang
dikehendakiNya.Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuanbagi tiap-tiap
sesuatu.
[At-Talaq: 2,3]
Yang daripada surah At-Talaq ni pula ayat Seribu Dinar.
Maha suci Tuhanmu
yang mempunyai keperkasaan dari apa yang mereka katakana.Dan kesejahteraan
dilimpahkan atas para rasul.Dan segala puji bagi Allah tuhan seru sekalian
alam.
[Assaffat: 180-182]
Dan diakhiri dengan penutup doa ini juga selawat.Sebab
selawat tu umpama setem yang nak membawa doa ke langit, tu pesan opah.Sebab tu
kena buka dan tutup dengan selawat.Agar berkat.
Amin.”
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
And I say, Aamiin.
"Doa memberikan kekuatan pada org yg lemah, membuat org tidak percaya menjadi percaya & memberikan keberanian pada org yg ketakutan"
Assalamualaikum ukht,
ReplyDeleteI love HLOVATE,
I loVE Ukht Anis
Salam bahagia:)
waalaikumsalam adik qalamqudus.
ReplyDeleteI love HLOVATE too,
And I love you too.
salam sayang.
:)