Ep:2
|
Jangan pertikaikan kenapa kita,
Allah lebih tahu yang terbaik untuk kita.
Allah tak akan beri kita pahit, kalau bukan ubat.
Kekadang kita diuji kenapa tak berkasut,
Tetapi kita lupa ramai org diuji tak berkaki Kredit:FB |
“Allahummaghfirli zanbi waiyyaki.”
“Allahumma aamiin.” Iman membalas salam Insyirah.
Alhamdulillah. Selesai solat jemaah maghrib
sama-sama. Mereka kemudian membulat membentuk bulatan di tengah-tengah ruang
bilik solat rumah. Masing-masing capai Al-Quran. Seperti biasa, setiap Jumaat dan
Sabtu selepas solat Maghrib, mereka akan berbulatan gembira sama-sama. Seronok. Tambah
ilmu erat ukhuwah. Dan hari ini, giliran Insyirah beri pengisian. Dan sebenarnya
tiap kali pun Insyirah tetap akan diminta memberi sesuatu. Dia macam ustazah,
bimbing anak-anak didik.
“Ok. Hari ini nak kongsi sesuatu dari Surah As-Syuara’ ayat
77-91.” Insyirah pandang muka kawan-kawan penuh sayang. Masing-masing senyum
membalas.
“Huda, cuba bacakan ayat-ayat dia, nanti Ain dan Along tolong
baca terjemah ye.”
Huda mulakan bacaan. Huda, walaupun bakal engineer
tapi suara dia sedap kalau baca Al-Quran. Yang lain akan tunduk khusyuk
mendengar.
Dan giliran Ain baca terjemah ;
77. Sesungguhnya
mereka (apa yang kamu sembah) itu musuhku, lain halnya Tuhan seluruh alam.
78. Yang telah
menciptakan aku, maka Dia yang memberi petunjuk kepadaku.
79. Dan yang
memberi makan dan minum kepadaku.
80. Dan apabila
aku sakit, Dialah yang menyembuhkan aku.
81. Dan yang akan
mematikan aku, kemudian akan menghidupkan aku kembali.
82. Dan yang
sangat kuinginkan akan mengampuni kesalahanku pada hari kiamat.
83. (Ibrahim berdoa)
“Ya Tuhanku, berikanlah kepadaku ilmu dan masukkanlah aku ke dalam golongan
orang-orang yang soleh.
Iman menyambung baca terjemahan ;
84. Dan jadikanlah
aku buah tutur yang baik bagi orang-orang yang datang kemudian.
85. Dan jadikanlah
aku termasuk orang yang mewarisi syurga yang penuh dengan kenikmatan.
86. Dan ampunilah
ayahku, sesungguhnya dia termasuk orang yang sesat.
87. dan janganlah
Engkau hinakan aku pada hari mereka dibangkitkan
88. Iaitu pada
hari ketika harta dan anak-anak tidak berguna
89. Kecuali
orang-orang yang menghadap Allah dengan hati yang bersih
90. Dan syurga
didekatkan kepada orang-orang yang bertakwa
91. Dan neraka
jahim diperlihatkan dengan jelas kepada orang-orang yang sesat “
Lima mulut melafaz “Sodaqallahul’azim”. Sungguh.
Allahu~ Ayat-ayat Allah itu kena pada yang bernama
manusia. Kena pada diri sendiri.
Ateh memang pandai bila masuk bab-bab tarik hati
kawan-kawan. Dan sungguh kami syukur bila hati-hati kami itu pula senang dan
mudah menerima. Alhamdulillah.
“Ok kawan-kawan sayang, Alhamdulillah,
seronokkan dengar ayat motivasi dari Allah. Banyak kita boleh belajar dari ayat-ayat surah As-Syuara’ ni. Masa mula-mula Ateh baca, Ateh rasa sangat yang diri ini
kerdil dan sungguh-sungguh perlukan Allah dalam setiap keadaan.”
Ateh terang panjang
lebar. Bersungguh dia mahu berkongsi. Empat pasang mata bersungguh pula memandang
sambil tangan laju mencatat. Masing-masing angguk. Senyum.
“Ayat-ayat tadi cerita macamana
Nabi Ibrahim A.S berdakwah pada bapa dan kaumnya. Nabi Ibrahim tegas mengatakan
bahawa Allah itu Tuhan sekalian alam. Satu. Tiada yang lain.Hanya Dia.” Ateh diam
kemudian tersenyum dan kembali menyambung.
“Start je ayat 78 sampai 91 tu, Nabi sebut dengan
yakin, bahawa Allah itu berkuasa atas segala sesuatu. Nabi yakin dengan Allah atas
keyakinan yang tidak berbelah bahagi. Percaya bila sakit Allah yang sembuhkan, bila susah Allah beri kemudahan, yang Maha Pengampun segala kesalahan dan Maha
Mengetahui.” Allahu~
Ateh pandang muka kawan-kawan
tercinta. Semua tunduk sambil bibir mengucap tasbih dan tahmid.
“Jadi, Along, Ain, Amani dan
Huda, apapun lah yang kita semua rasa; susah, sakit, putus asa, jangan cepat
mengeluh. Sebab Allah tahu apa yang kita tak tahu. Dan yang Dia beri itu mungkin
kifarah untuk hapus dosa kita, atau untuk sooth kita di bawah sedar kita. Everything happen for a
reason. And Allah wants us to know that the things that come to us is nothing
as long as we believe Him.” Tutur Ateh sungguh-sungguh. Butir kata yang
keluar dari mulutnya itu betul sangat mendalam. Ikhlas. Terasa masuk, tersemat
dalam dada. Ain kelihatan menyeka air mata. Ain walau seorang yang sentiasa
ceria, hatinya lembut mudah tersentuh.
"Doa.Sebab doa tu wasilah, jalan bagi kita.Kan Allah pesan, berdoalah.Mintalah pada Dia, nescaya Dia akan tunaikan.Cuma kadang-kadang boleh jadi cepat, boleh jadi lambat. tapi, Dia tak pernah mungkir." Senyum lagi.
Empat kepala memandang Ateh,
angguk tanda setuju. Tiada yang sia-sia dari Allah, kecuali kita manusia yang
sengaja mensia-siakan.
“Ok." Terdengar nafas ditarik lembut dan dihembus perlahan. "Alhamdulillah. Sampai situ
je yang Ateh boleh kongsi malam ni. Takdelah banyak mana. Moga kita sama-sama
dapat manfaat. Sama-sama boleh saling mengingat yang kita punya Allah. Selalu
jaga apa yang Dia minta kita jaga.”
“Alhamdulillah.Terima kasih
Ateh sayang.” Amani senyum.
“A’ah.Terima kasih.In sya
Allah.Moga dapat manfaat bersama.” Iman bersuara. Tiga yang lain turut sama
mengangguk.Ateh senyum.
Kedengaran azan Isyak berkumandang dari Samsung S3 milik Huda.
"Isyak dah masuk. Jom solat." Huda bersuara.
"A'ah. Kejap lagi Ain dengan Amani nak masak special untuk semua." Ain cakap sambil kening diangkat. Yang lain tergelak kecil.
"Alhamdulillah, da chef in the house nak turun padang masak istimewa malam ni. Rindunya nak makan masakan korang berdua." Huda menutur kata, ceria. Ateh dan Iman berpandangan sambil tangan membetulkan letak sejadah.
Dan mereka berlima tersenyum bahagia. Syukur atas kurniaan Allah. Kawan-kawan yang sentiasa ada waktu senang dan susah. Yang tidak kisah latar belakang mahupun pangkat dan harta kekayaan.
Iman terasa seperti matanya panas berkaca. Tidak disangka pertemuan kali pertama 5 tahun dulu membawa dirinya mengenal kawan-kawannya itu.Sungguh, dia bersyukur.Allah hantar mereka kerana Allah sayang akan dia.Allah hendak tegur dia melalui kawan-kawannya yang baik-baik itu.Alhamdulillah.Dia teringat hadis Nabi yang pernah Ustaz Aimin ajar dulu.Nabi pesan ;
"Tidak sempurna iman seseorang, sehingga dia mencintai saudaranya (sahabatnya) sepertimana dia mencintai dirinya sendiri."
Ustaz cakap, kawan yang baik, yang cinta akan kawannya macam dia sayang dengan dirinya itu adalah yang bila dia tak mahu kawannya berbuat yang tidak baik, seperti mana dia tidak mahu dirinya berbuat jahat juga. Dia yang mengharapkan kawannya itu dilimpahi keberkatan dunia dan akhirat. Dia yang sentiasa melakukan perbuatan yang menggembirakan hati kawannya.Allah~ Iman berterima kasih pada Allah sebab kawan-kawannya begitu. Dalam hati dia berdoa agar dia juga boleh jadi begitu. Bersahabat kerana Allah.
"Along, jom.Imam eh." Tersedar Iman dari lamunan apabila terasa Ateh menepuk belakangnya lembut.
Iman angguk sambil menghadiahkan senyum manis.Semua dah berbaris membentuk saf, lurus.Hati masing-masing tunduk sedaya diikhlaskan hanya untuk Allah.Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, tangan diangkat dan takbir dilafaz.Masing-masing tenggelam dalam cinta.Cinta pada Sang Pencipta.
* * *
and the story is not yet ended.^^. In Sya ALLAH.
nisaJauri
cairo24112012
1.50am
Tulisan tangan (yang dibantu keyboard laptop) yang tidak seberapa ini adalah hakcipta terpelihara (yang ideanya dipinjamkan Allah) empunya blog.Ambil yang dirasa baik dan tegur serta ingatkan mana yang dirasa kurang (dan amat dialukan). Dan ia hanya coret-coret dikala kelapangan, a note to self actually, A SELF REMINDER.